69

2.1K 97 2
                                    

Emir menyandarkan badannya didinding koridor. Fikirannya melayang jauh teringatkan satu-satu adik perempuannya yang sedang terlantar dihospital. Hari ni merupakan hari 3 Emiya tidak menyedarkan diri.

Keadaan Emiya sekarang dirahsiakan dari ibu ayah di kampung. Bukan ingin sorokkan, tetapi tidak mahu mereka bimbang disana.

Sofea meletakkan sepiring donat gula di atas meja kopi. Wajah muram suaminya ditatap lama. Tangannya naik menepuk pipi Emir bagi menyedarkan lelaki itu.

"eh? babygirl" kata Emir terkejut. Sofea ketawa lucu.

"babygirl buat ape dekat sini?. Syaina mana?" soal Emir, kepalanya dijengah mencari anaknya.

"Syaina dekat depan, tengah tengok TV. Abang fikir ape sampai termenung jauh ni?" tanya Sofea, ingin tahu.

Emir memandang anak mata bundar Sofea. Mata yang hitam pekat, sangat membuat dia terpikat. Dah macam pantun ye..

Sofea mengerut kening hairan. Dah kenapa laki aku ni?.

"Emir Syakirin!" panggil Sofea kuat.

Emir tersentak. Terus mati lamunannya. Dia menggeleng kepala beberapa kali, lalu melabuhkan punggung dikerusi.

Sofea memandang hairan. Dia turut duduk disebelah Emir. Bahu Emir disentuh lembut.

"abang kenapa?. Ada masalah ke?. Kalau ada, share dengan saya. Jangan simpan sorang-sorang. Saya risau lah" bebel Sofea dengan nada  risau. Matanya mula berkaca-kaca.

Emir mengalihkan pandangan pada Sofea. Senyuman kecil terbit dibibirnya.

"abang cuma fikir pasal Emiya lah. Abang terfikir, bila lah dia akan sedar. Abang rindu sangat-sangat dengan adik abang sorang tu. Dahlah.. jangan nangis-nangis. Buruk muka tu" kata Emir berbaur kutukan.

Sofea menunduk menatap kaki. 'Apahal dengan kau Sofea?. Apahal mudah sangat kau nak overthinking ni?'. Ahh!! mama malu!.

"Babygirl.. nanti abang nak pergi rumah Darren tau. Ada benda yang abang kena bantu dia. Boleh?" pinta Emir manja. Bibirnya dicebik sedikit dengan mata kedip-kedip seperti bayi.

"hm?.. okay" kata Sofea lalu memeluk leher Emir dengan ketat. Wajahnya disorokkan.

Emir menepuk-nepuk lengan Sofea agar Sofea melepaskan pelukan dilehernya.

"Sofea.. abang tak boleh bernafas lah!" jerit Emir gelabah.

Sofea mengendahkan jeritan suaminya. Malah, di makin mengetatkan pelukannya.

"argh!! sakit!" jerit Emir kuat. Sofea menahan diri dari ketawa. Dia selesa berkelakuan begitu.

--

Alice mencampak botol air mineral kearah wajah Puteri. Puteri yang tertidur tersentak dengan mata terbeliak. Botol mineral itu terkena tepat pada dahi Puteri.

"sa.. sakit lah!" marah Puteri. Tajam mata hijaunya figura Alice yang tersenyum sinis padanya.

Alice melipat tangan kedada. Wajahnya hanya tenang saja.

"aku nak kau minum air tu. Aku taknak kau lemah bila aku seksa kau nanti. Baru kena hiris sikit dah sakit. Heh!" sinis Alice, lalu menjeling Puteri.

Puteri mengetap gigi. Botol mineral itu dipandang. Botol mineral tapi air tu warna hijau?. Jangan-jangan itu air..

"kau ingat aku bodoh ke?. Kau nak bagi aku minum arak kan?!. Arak tu haram!" lantang Puteri membalas.

Alice tergelak hambar. Kepala digeleng-geleng perlahan. Tanpa berkata, dia mendekati Puteri yang terikat dikerusi kayu itu. Sudah 3 hari Puteri duduk terikat dikerusi itu.

Isteri Tengku Kyle ✓ Where stories live. Discover now