62

2.9K 127 8
                                    

Puteri bertungkus lumus menyiapkan sarapan untuk suami dan anak-anak.

Kelentung, kelentang, keluntang, kelentang!

Setelah nasi goreng siap dihidangkan, Puteri menuju kearah lif untuk ke bilik si kembar. Sampai ditingkat 2, Puteri menuju ke pintu bilik yang tertulis ELYAS's Room. Pintu dibuka perlahan. Kemudian dia duduk di birai katil sambil tangannya mengusap lembut rambut coklat anaknya.

"Dinnie.. bangun sayang. Mummy dah buatkan breakfast" kejut Puteri. Langsir slide door diselak luas. Biar terjaga terus budak tu.

Dinnie mengeliat kecil apabila tidur diganggu. Terpisat-pisat matanya dek kerana terkena sinaran matahari.

"mummy.. silaulah" rungut Dinnie.

"No excuse. Wake up and go wash your face, now. Mummy nak kejutkan Dinnash pula" selesai berkata, Puteri keluar dari bilik Dinnie dan pergi pula ke bilik Dinnash.

Pintu bilik yang tertulis ELDIAN's Room diterjah masuk. Terlihat Dinnash sedang tidur didalam lubungan selimut.

"Dinnash Eldian! bangun. Cuci muka. Dan turun bawah. Sarapan. Now!. Lambat, dapat denda" ujarnya, garang.

Terus tersembul kepala Dinnash di sebalik selimut itu. Muka mummy dipandang tidak percaya.

"seriously mummy?"

"yes! I'm serious right now. Cepat cuci muka lepas tu turun bawah" usai berkata, Puteri keluar dari bilik Dinnash.

Dinnash mengerut kening. Apesal harini mood mummy macam tak baik je? mummy datang bulan ke? ke bulan datang dekat mummy?. Pelbagai perkara melintas fikirannya.

"ahh! what ever" terus Dinnash melangkah kedalam tandas yang terdapat didalam biliknya.

Karang kalau lambat nanti kena denda pula dengan mummy.

Darren mencari batang tubuh isterinya diruang tamu, namun tiada disitu. Kemudian kakinya melangkah kearah dapur pula.

Matanya tertangkap batang tubuh yang dicari-cari dari tadi. Puteri sedang membancuh air teh di kabinet dapur. Perlahan-lahan Darren menapak kearah Puteri.

BAH!

"argh!!" jerit Puteri dek kerana terkejut. Tekejut dia apabila merasakan ada sesuatu menyergah bahunya.

Kepala dipusingkan kebelakang. Matanya tajam memandang Darren yang bergelak sakan.

"saya ni tengah buat air panas tau. Kalau saya tersimbah dekat muka awak macam mana?. Biar cacat muka awak" marah Puteri. Dijelingnya wajah Darren, menyampah.

"sorry lah sayang.. bukan selalu saya bergurau dengan awak. Saya dahlah selalu sibuk kebelakangan ni" bibirnya dimuncungkan.

"siapa suruh sibuk? saya tak suruh pun kan. Ada anak bini dekat rumah tapi selalu balik lewat sampai tengah malam. Kadang-kadang sampai tak balik langsung. Awak tahu tak saya sunyi, risau, gelisah, overthinking bila awak tak balik?. Macam-macam perkara negetif muncul dalam kepala saya tau!. Awak tu seronok duduk dekat office sampai lewat malam, saya yang dekat rumah ni dah gelabah beruk macam ape. Kalau awak tak percaya awak pergi tanya twins. Sudahlah! pergilah kerja sana. Ada dekat rumah pun macam takde. Sibuk mengadap laptop, kertas" luah Puteri panjang lebar. Terus beredar meninggalkan Darren yang terkulat-kulat seorang diri.

Darren terkedu dengan luahan isterinya. Betul, memang betul sejak kebelakangan ni dia sibuk. Sibuk mengurusan hal-hal syarikat. Dia ingat Puteri faham keadaannya sekarang, namun tekaannya salah. Tak sangka, dengan perbuatannya ini dia sudah melukakan hati Puteri. Kenapa dia baru nak sedar?. Padahal dah 2 minggu dia jarang meluangkan masa bersama keluarga. Aishh.. bodohnya kau ni Darren. Isteri dah luah segala-gala baru kau nak sedar.

Isteri Tengku Kyle ✓ Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt