17

4.7K 177 2
                                    

"Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku Puteri Amanda Milayla Bt Zuhri dengan mas kahwinnya RM3000 ringgit tunai"

Darren menarik nafas panjang dan hembus dengan perlahan.

"aku terima nikahnya Puteri Amanda Milayla Bt Zuhri dengan mas kahwinnya RM3000 tunai"

"sah? sah?"

"Sah!"

"alhamdulillah" ucap Encik Zuhri.

Kesemua disitu menadah tangan untuk berdoa. Puteri mengalirkan airmatanya.

"sayang.. jangan lah menangis" pujuk Puan Fairose. Ibu kepada Puteri.

Tengku Mona tersenyum lalu menggosok bahu Puteri.

"Tahniah sayang" bisiknya di tepi Puteri.

Darren yang duduk dihadapan bapa mertuanya terpegun melihat penampilan Puteri. Selama ni Puteri yang tidak bertudung, tapi pada hari pernikahannya ini Puteri bertudung cantik. Berseri sahaja wajahnya.

Puteri perasaan akan Darren memerhatikannya, pantas di berpaling kearah lain.

Malu!

"Puteri! Congrats babe!" Ucap Emiya. Tubuh Puteri dipeluk erat. Puteri turut membalas pelukan kawan baiknya.

"Ish janganlah jerit-jerit, kita dekat masjid kan?" Tegur Emir. Malu dengan perangai tak tahu malu adiknya. Emiya tersengih menampakkan gigi.

Maklumlah majlis Puteri dan Darren hanya buat dimasjid dan kecil-
kecilan sahaja. Tetamu pun hanya jemput saudara terdekat sahaja.

"eh abang Emir? maaflah tak perasan pulak hehe.." ujar Puteri.

Emir tersenyum. "It's okay, btw congrats Puteri. Abang doakan Puteri bahagia disamping suami tercinta" ujarnya dengan senyuman. Heii crush dah kahwin. Hoho..

Tercinta? bwerkkk! Tercinta lah sangat. Nak termuntah aku dengar.

"insyaallah"

"ehem!"

Mereka bertiga tersentak. Semua memandang kearah Darren. Darren hanya membuat wajah dinginnya. Senyum pun tidak.

"erkk.. abang Emir kenalkan ini lah suami saya"

Emir tersenyum manis. "Bro" tangannya dihulur. Namun tidak disambut oleh Darren.

"erkk.. maaflah bang, tangan suami saya ni sakit. Semalam terkena hempap dengan batu" sinis Puteri. Darren membuat muka tidak puas hati. Kecil saja dia pandang Puteri.

"Ouh yeke?"

Puteri tersenyum janggal.

"abang, jom kita makan. Adik laparlah" Emiya mencebik bibir.

"jom" pantas Emiya menarik tangan Emir untuk membuntutinya.

Lepas sahaja Emiya dan Emir hilang dari pandangan, terus Puteri memandang Darren dengan wajah yang merah menahan geram.

"kenapa awak tak salam abang Emir tadi huh? tunjuk lah sikit kebaikan awak tu dekat orang. Sombong sangat" bentak Puteri.

"what? sombong?. Perlu ke aku salam dia"

"Of course lah. Dia tu lelaki bukannya perempuan. Tak berdosa pun awak salam dia"

"ouh pandai eh kau sekarang nak melawan aku. Kau tahu tak dosa isteri lawan cakap suami?"

"tahu" perlahan Puteri menjawab.

"bagus. Dah ikut aku sekarang, aku kenalkan kau dekat saudara aku" tangan Puteri ditarik supaya mengikut langkahnya. Puteri hanya akur sahaja. Nak bantah berdosa pula. Ikut jelah.

Langit malam yang gelap dihiasi dengam bintang yang berkedipan. Puteri tersenyum melihat keindahan langit malam. Tangannya naik menongkat dagu. Tanpa sedar Dania sudah berdiri lama di tepinya.

"Kak"

"opocot mak bulan!" latah Puteri. Pantas dia menekup mulut tahan malu.

"ish Nia ni, tekejut akak tau" lengan Nia dipukul perlahan.

"auch. Sorry lah. Nia mana tau akak tengah khayal. Hehe.."

Puteri menjeling. Ada-ada je budak ni.

"ada apa Nia cari akak?" soalnya.

"takde pape. Saja je nak berborak dengan akak. Bosan duduk dalam" keluh Nia. Puteri mengangguk faham.

"hm kak, Nia nak bagitahu something ni" ujarnya separuh berbisik.

Puteri mengerut kening. "pasal ape?"

"abang Darren"

"kenapa dengan dia?" soal Puteri ingin tahu. Wajahnya sidah bertukar serius.

"Ish akak jangan lah buat muka macam tu. Kelakar tahu tak?"

Terus riak wajah Puteri bertukar normal. Aku kang budak ni, orang tengah excited nak dengar dia cerita boleh pulak dia tegur muka aku.

"macam ni.. abang Darren tu sebenarnya...."










Isteri Tengku Kyle ✓ Where stories live. Discover now