59

3.1K 116 6
                                    

Emiya menghadap telefon tanpa menghiraukan suasana yang riuh rendah didalam rumah agam keluarga itu. Dia beredar keluar dari rumah itu dan menuju ke taman bunga mini yang terletak di tepi rumah.

Aplikasi Instagram dibuka lalu di scroll-scroll bagi menghilangkan bosan yang melanda. Hatinya terasa sunyi apabila semuaorang menghiraukannya. Semua sibuk berborak rancak tentang hal rumah tangga masing-masing. Tapi aku, single. Nak menyampuk pun macam tak kena pula. Yelah, aku takde pasangan, takkan nak borak pasal rumah tangga?.

Dagu ditongkat pada tangan dengan wajah yang muram. Matanya melihat skrin telefon itu dengan wajah bosan.

"baik aku takpayah ikut pun takpe. Bosan!. Kalau duduk rumah, boleh kawan dengan ibu ayah" omel Emiya seorang diri.

Telefonnya ditutup lalu diletakkan disisi. Kepala dijatuhkan sehingga pipinya bersentuhan dengan meja besi itu.

"ibuuu.. adik rindu.." adu Emiya dengan bibir tercebik seperti hendak menangis.

"abang dengan kakak bukan nak teman Miya pun. Diorang sibuk berborak dekat dalam" sambungnya lagi.

Emiya memejamkan mata menahan sebak didada.

"stop lah berdrama cik Emiya Syakila" tegur satu suara garau.

Emiya tersentak dengan suara itu. Lantas kepalanya diangkat memandang jejaka yang berdiri tegak dihadapannya dengan segelas air putih ditangan.

Emiya memandang wajah Zafran dengan kerutan didahi.

"you buat ape dekat sini?. Bukan you dekat dalam ke?" soal Emiya, hairan.

Zafran melabuhkan punggung dikerusi hadapan Emiya. Matanya menatap redup mata hitam bundar gadis itu. Gadis yang disukainya dalam diam.

Emiya mendengus geram kerana Zafran tidak menjawab soalannya. Meja besi ditepuk kuat bagi menyedarkan lelaki itu.

Pak!

Zafran tersedar dari lamunan. Terkedip-kedip matanya dek kerana terkejut.

"jawab soalan I. Macam mana you boleh ada dekat sini?. Bukan you duduk dalam tadi?" tanya Emiya dingin.

Zafran menghela nafas.

"manusia ni setiap masa boleh berubah-ubah perasaan. Begitu juga macam I. Sukahatilah nak duduk mana pun. Rumah paklong I" balas Zafran selamba. Macam pelik je ayat aku ni.. ;)

Kening sebelah terangkat sedikit. Kemudian, kepalanya digeleng berkali-kali. Apa-apa jelah.

"you buat ape duduk melepak dekat sini?. Dah malam kan? tak takut hantu datang?" kata Zafran, ingin menakutkan Emiya.

Emiya mencebik dengan wajah menyampah.

"takut? hantu? hahahaha" ketawa Emiya berbaur menyindir.

Zafran membuat muka. 'Acah je kau. Nanti nampak hantu, kau lari dulu' kutuk Zafran dalam hati.

"merepek lah you Zafran. Lebih baik I masuk rumah, dari layan perangai you yang serupa hantu ni" sindir Emiya, meluat.

Zafran menyilangkan kaki sambil matanya tidak lepas melihat gerak geri Emiya. Gelas berisi air putih yang dibawa tadi dicapai dan dihirup perlahan

"I masuk dulu" kata Emiya sebelum memulakan langkah pergi dari situ.

Baru beberapa tapak dia berjalan, telinganya tertangkap sesuatu bunyi yang aneh dari sudut tepi kanannya. Kepala ditelengkan ingin mendengar dengan lebih jelas.

Isteri Tengku Kyle ✓ Where stories live. Discover now