47

3.4K 135 1
                                    

Emiya memimpin tangan Puteri hingga ke luar hospital. Sebelah tangannya pula membawa beg pakaian Puteri. Harini, doktor mengesahkan yang Puteri sudah boleh discharge kerana kesihatannya sudah pun pulih sepenuhnya. Kandungannya juga baik-baik belaka.

Sampai di tempat parking kereta, mereka berdua memasuki perut kereta. Emiya mulakan perjalanan dari hospital ke rumah ibunya.

"Miya, kenapa abang Emir tak pick up kita?" tanya Puteri. Emiya mengerling sedikit wajah Puteri sebelum tersenyum kecil.

"abang dah balik KL. Ada kerja yang perlu selesaikan" ujar Emiya sambil fokus memandu.

"ouh.. you tak ikut pulak?"

Emiya hanya menggeleng perlahan. "dah kalau I ikut, siapa yang nak jaga you?"

Puteri hanya berdiam diri sebelum mengangguk kecil.

Tiba dirumah kayu ibubapa Emiya, Puteri terus keluar dari perut kereta dan melangkah masuk kedalam rumah. Puan Saleha yang sedang menyiram bunga pun dia hanya endahkan. Puteri masuk kedalam bilik lalu tombol pintu dikunci.

Beberapa saat kemudian kedengaran esakan halus. Bibirnya dikemam sekuat yang boleh agar tangisannya tidak kedengaran oleh Emiya dan Puan Saleha. Wajahnya disembam kedua belah lutut.

"kenapa aku lemah Ya Allah.. Aku terlalu rindukan suami aku. Tapi aku tak kuat untuk bersemuka dengan dia, Ya Allah. Hati aku terlampau sakit bila teringatkan gambar-gambar tu" lirih Puteri dengan airmata yang mengalir dipipi.

"awak.. saya sayangkan awak, sayang rindukan awak sangat-sangat.." kata Puteri perlahan. Airmata dipipi dibiarkan mengalir. Lansung tiada rasa mahu menyeka.

Setelah emosinya berubah menjadi sedikit stabil, Puteri membaringkan tubuhnya lalu memejamkan mata. Beberapa minit kemudian terdengar dengkuran halusnya.

Zafran yang sedang menaip di komputer tersentak saat telefonnya berdering kuat. Lantas dia mencapai telefon itu sebelum meletakkan dicuping telinga.

"yow! what ups bro!" ucap Zafran ceria.

Syak hanya menggeleng disebalik talian.

"aku on the way ke KL. Kau free tak malam ni?" tanya Syak mendatar.

Zafran berfikir sejenak. Dagunya diketuk dengan pen tanda berfikir.

"I think, I'm not sure. Kenapa?" Zafran mengerutkan dahinya.

"aku nak beritahu kau pasal Puteri. Aku nak kita jumpa malam ni. Nanti aku share location" kata Syak bernada serius.

Zafran mengangguk sekilas. "okay, malam ni aku dengan Darren datang"

"jangan!" cantas Syak laju. Zafran mengerut dahi. Kalini makin berkerut macam orang tua.

"apahal kau ni?. Biarlah dia ikut, dia pun nak tahu juga tentang bini dia" kata Zafran geram.

Syak menghembus nafas kecil.

"yes I know. Tapi benda yang aku nak bagitahu ni hanya kau je boleh tahu. Yes! aku tahu Darren pun dah tahu tentang wife dia. Tapi please lah, dengar cakap aku kalini. Aku taknak bila Darren tahu, dia salahkan diri dia sendiri. Kau faham tak?" kata Syak dingin.

Zafran terdiam sejenak. "okaylah. Aku faham"

Syak menghembus nafas lega.

"thanks Fran, see you tonight. Bye" ucap Syak sebelum memutuskan panggilan.

Zafran memerhati dinding kaca pejabatnya. Kata-kata Syak tadi masih terngiang-ngiang ditelinganya. Sedaya upaya di cuba mencerna apa yang Syak katakan. Tapi langsung tidak dapat.

Isteri Tengku Kyle ✓ Where stories live. Discover now