20

5.7K 209 10
                                    

Tok! Tok!

Puteri mengetuk pintu bilik Darren dengan sedikit kuat menggunakan sebelah tangan manakala sebelah tangannya pula sedang menatang dulang berisi sepinggan nasi dan semangkuk tomyam ayam bercampur daging. Tidak lupa juga dengan segelas air oren.

"Darren, buka lah pintu ni. Saya ada bawa tomyam ni" ujar Puteri. Namun tiada sahutan.

Dia mengeluh kecil. "awak saya betul-betul minta maaf. Saya takda niat nak buat awak merajuk. Saya ada bawakkan awak tomyam ni. Nanti sejuk tak sedap pula.."

Klak!

Kedengaran bunyi kunci tombol dibuka dari dalam. Darren membuka pintu dengan muka yang dingin.

Puteri terkedu. Air liur ditelan kesat.

"sa.. saya ada bawakan tomyam untuk aw.."

"kau nak ape?" tanya Darren, dingin. Wajahnya dipaling kearah lain.

Puteri menggaru belakang kepalanya. "erk.. saya ada bawakan awak tomyam. Awak kata tadi nak makan tomyam kan? nah saya dah buat ni. Awak makan lah ye" dulang itu dihulur pada Darren dengan senyuman.

Namun, huluran itu tidak disambut. Darren hanya memandang wajah Puteri sahaja.

"tadi kata kau taknak masak kan? apesal kau masak jugak. Tadi bukan main suruh aku appriciate ape yang mama masak lah, ape lah" perli Darren. Jelingan tajam dipanah pada Puteri.

Puteri mengeluh kecil.

"saya minta maaflah pasal tadi. Saya tak sengaja nak melawan cakap awak. Lagipun saya mana tahu awak ada perangai manj.." sekelip percakapannya terhenti apabila telapak tangan Darren menekup mulutnya.

"ermm!!.." jerit Puteri, tapi tidak berbunyi.

"dah diam, aku lapar ni. Cepat letak dalam bilik dulang tu" arahnya. Tangannya dilepaskan dari mulut Puteri.

"apa awak ni?! tahu lah lapar. Tapi takpayah lah sampai nak tekup mulut orang!" marah Puteri. Dia menjeling wajah Darren.

"baik kau diam sekarang sebelum aku cium mulut kau. Bawak dulang tu masuk sekarang! aku nak makan"

Puteri memandang tidak puas hati. Eii! kecil besar kecil besar je aku tengok mamat ni tau!, desis Puteri.

"nganga mulut" arah Puteri. Sudu besi berisi nasi nak kuah tomyam disua kedalam mulut Darren.

Darren tersenyum manis. Lantas dia menganga besar. Tersengih dia sambil mengunyah nasi didalam mulut. Hah! baru kau tahu the real perangai Darren macam mana!.

"sedap?" soal Puteri. Pantas Darren mengangguk. Puteri tersenyum malu.

Nasi disua kedalam mulut Darren sehingga habis. Selesai saja menyuap, Puteri bangun dari duduknya. Baru saja dia ingin melangkah, Darren sudah menarik tangannya semula sehingga terduduk kembali di sisi katil.

"nak ape lagi? nak makan sup pulak? ke kari?" perlinya dengan senyuman terpaksa.

Darren menggeleng laju. "thank you" ucapnya tiba-tiba.

Puteri terdiam seketika. Keningnya mengerut pelik.

"for what?"

"sebab kau dah layan perangai manja aku. Aku tahu aku ni manja terlajak, tapi aku buat ni semua bersebab" katanya sambil merenung anak mata hijau Puteri. Sungguh dia terpaku saat bertentang mata dengan mata hijau tersebut.

"sebab ape?" soal Puteri lagi. Jantungnya mula berdegup laju saat bertentang mata dengan Darren.

"sebab aku dah mula sayan.." belum sempat dia menghabiskan ayat, kedengaran seseorang mengetuk pintu bilik mereka.

Tok! Tok!

"abang! kak Puteri! mama papa panggil suruh turun bawah" jerit Dania dari luar.

Mereka berdua tersentak. Spontan kepala mereka berpaling pada pintu.

"erk.. kejap Nia. Nanti kami turun!" balas Puteri. Dia mula bangun dari duduknya. Dulang juga dicapai lalu berlari menuju ke pintu bilik meninggalkan Darren berseorangan.

"cis!.. kacau daun betullah budak ni" desis Darren.


Darren duduk bersebelahan dengan Puteri diatas sofa. Kakinya disilang naik keatas seperti boss besar. Selang beberapa minit, Mak Piah datang sambil membawa beberapa cawan teh panas lalu dihidangkan diatas meja.

"ada ape ni papa, ayah?" tanya Darren.

"I'm nothing to say, but your little sister, Nia want to say something with us. I don't know about what. Nia, please start your conversation" ujar Tengku Faliq. Nia mengangguk dengan senyuman.

"Okay guys. First of all, I want to say thank you for papa, mama, akak, abang, ayah Zuhri, ibu Fairose sebab doakan Nia untuk berjaya. And now! Nia dah dapat kerja tetap!. Nia sekarang dah jadi doktor bahagian pediatric iaitu bahagia baby and child like that. But, Nia kan doktor baru, so banyak bende lagi yang ni kene belajar. So Nia nak kesemua yang ada dekat sini, Nia nak korang semua doakan Nia supaya Nia dapat jalankan tanggungjawab dengan bagus. Okay, that's all" ujarnya dengan gembira.

Kesemua yang berkumpul disitu tersenyum lebar. Tengku Mona yang disebelah Nia, terus ditarik dalam dakapannya.

"ya allah, syukur sangat. Nia jangan risau, doa mama tak pernah putus anak-anak mama. Baik abang, baik Nia" ucap Tengku Mona. Terharu Dania mendengarnya. Tubuh belakang mamanya digosok.

"thanks ma"

Usai itu, pelukan dileraikan. Puteri hanya memerhati dari sofa yang diduduknya.

"congratulations Nia" ucapnya. Dania mengangguk dengan senyuman.

"thank you akak" tubuh Puteri dipeluk beberapa saat.

Darren disebelah menjeling menyampah. Nak peluk-peluk bini aku pulak. Badan aku pun dia tak pernah peluk. Huh!






Isteri Tengku Kyle ✓ Where stories live. Discover now