7

5.8K 203 13
                                    

Setelah 3 hari Puteri ditahan wad, akhirnya dia keluar juga dari hospital. Kereta milik Puteri dipandu cermat oleh Emiya. Di dalam kereta, Puteri hanya membuang pandangannya diluar tingkap. Fikirannya melayang seketika.

"Puteri? you okay?". Soal Emiya apabila melihat Puteri termenung itu.

Puteri tersentak. Pandangannya dialihkan ke Emiya.

"I okay". Jawabnya sepatah. Sayu saja suaranya.

"you nak singgah mana-mana kedai tak?. You kan selalu minta I singgap kedai sebab lapar". Ujar Emiya sambil tersenyum. Dia mahu membuatkan Puteri ceria semula seperti dulu.

Puteri hanya membalas dengan gelengan. Pandangannya kembali ke arah tingkap kereta.

Tiba saja dirumah, Puteri terus berlari keatas. Pintu biliknya dihempas kuat. Dia menangis sekali lagi.

Emiya yang berada dibawah hanya diam. Pilu hatinya bila melihat kawan baiknya begitu.

"I tahu you kuat Puteri. I akan cari siapa dalang disebalik ni". Ujar Emiya sendiri. Dia perlu mencari siapa si dalang itu.

Emiya melangkah masuk ke dalam dapur untuk memasak makanan malam. Usai memasak, Emiya menghantar WhatsApp kepada Puteri. Mesej diberikan.

you, I dah sediakan dinner. You turun lah I tunggu - Emiya

Ting !

Puteri tersentak dengan bunyi ringtone mesejnya. Mesej ringkas yang diberikan itu dibaca. Puteri menghela nafas lemah. Mesej itu dibalas.

okay - Puteri

Ting !

Emiya tersenyum melihat balasan mesej itu. Selang beberapa saat, kedengaran bunyi seseorang sedang menurun anak tangga.

"you duduk lah". Ajak Emiya lembut.

Puteri akur dan duduk dengan lemah. Matanya sembam kerana terlalu banyak menangis. Emiya hanya memandang kesian pada Puteri. Macam mana ye dia nak ceriakan Puteri?.

"You, tadi I ada belikan coklat favourite you. Lepasni kita tengok movie sambil makan coklat eh?". Cadang Emiya sedaya upaya untuk mengembalikan sifat hyper Puteri.

Ya, Puteri Amanda Milayla seorang yang hyper active, suka membuat orang ketawa, suka menceriakan orang dah macam-macam lagi. Dengan perangainya itu membuatkan orang disekelilingnya amat menyukainya.

Puteri mengangguk lemah. Nasi dipinggannya dikuis-kuis. Tiada selera makan.

"makan lah sikit Puteri. You ni dari tengahari tadi you tak makan. Makanan hospital tadi pun you tak sentuh. I risau dengan keadaan you ni. You makan sikit eh? I dah masak dah ni. Muka you pun dah pucat tu. Lepasni I nak you makan ubat yang doktor bagi tadi". Bebel Emiya panjang lebar. Matanya tercacap pada wajah Puteri yang sedikit pucat dan lesu.

"you ni bising lah. I nak makan la ni. Bebel je tak habis-habis". Bentak Puteri dengan senyuman kecil. Kalau tak membebel bukan nama Emiya Syakila.

Emiya tersentak dengan senyuman kecil itu. Sudah seminggu dia tidak melihat senyuman itu. Gembira hatinya melihat perubahan Puteri sedikit demi sedikit.

"I membebel sebab I sayang you tau. Dah makan cepat makan then kita tengok horror movie". Ujar Puteri dengan geram. Nasi dan lauknya disua ke mulut.

Puteri mengangguk. Pantas dia menghabiskan nasi dipinggannya. Mereka berdua makan dengan tenang sehingga selesai. Selesai makan malam, Puteri dan Emiya bergerak keruang tamu untuk menonton movie.

"you nak tengok cerita hantu ape?". Tanya Emiya sambil memainkan remort ditangannya ke kaca tv.

Puteri berfikir sejenak.

"haa I nak tengok cerita THE NUN II lah". Ujar Puteri teruja. Dah lama rasanya di tidak menonton cerita hantu.

Puteri mengangguk. Matanya masih lagi tertumpu pada kaca tv untuk mencari cerita hantu yang dikatakan Puteri. Sudah jumpa, mereka berdua pun melihat dengan hati yang berdebar. Masing-masing memeluk kusyen dengan erat. Jika watak hantu itu keluar, dengan pantas mereka menutup muka dengan laju.

1 jam kemudian...

Ice Cream chillin chillin
Ice Cream chillin

Bunyi ringtone Iphone milik Puteri menyentakkan mereka berdua yang sedang khusyuk menonton tv. Puteri dan Emiya terkejut, lantas mereka mengurut dada perlahan. Orang tengah khusyuk boleh pula dia berdering.

"Miya, kejap eh. I nak angkat call". Pinta Puteri lembut lalu bangun dari duduknya.

Kakinya diatur menuju ke dapur. Nama yang tertera diskrin telefonnya dilihat.

Unknown Number

Puteri mengerut dahi. Hujung keningnya digaru perlahan. Nak jawab ke taknak?. Nak ke taknak?. Setelah beberapa saat berfikir, Puteri mengambil keputusan untuk menjawab panggilan tersebut. Jantungnya kini berdegup kencang. Puteri cuba untuk tentangkan hatinya.

"Assalamualaikum, sape ni? boleh I tahu sape yang bercakap? mana dapat nombor I ni?". Soal Puteri bertubi-tubi pada orang itu.

"Waalaikumusalam, ni aku lah. Orang yang dah rosakkan kau minggu lepas. Dah lupa?". Ujar lelaki itu dengan lembut tetapi kedengaran dingin ditelinga Puteri.

Serta-merta kelopak mata Puteri berlinangan airmata.'Orang yang dah rosakkan aku? telefon aku?. Apa dia nak?'. Bermacam-macam soalan berlayar di fikirannya.

"kenapa you call I ? apa you nak?". Soal Puteri dengan dingin. Sedaya-upaya dia menahan airmatanya dari mengalir.

"aku call kau ni sebab nak ajak kau keluar lunch esok. Aku nak bincangkan pasal kita. Pasal macam mana aku boleh dapatkan nombor kau, kau tak perlu tahu. Esok ingat pukul 12 tepat. Lambat siap kau". Amarannya dengan keras.

"tapi I ada photoshooth esok. Lain kali boleh tak?". Balas Puteri dengan takut-takut.

"No excuse ! esok aku send location dekat kau". Ujarnya dengan tegas.

Puteri menggaru dahinya. Dan berfikir sejenak.

"okay lah. Esok I datang. Btw ape nama you?". Tanya Puteri lembut.

"Darren". Jawabnya sepatah. Tanpa menunggu sebarang balasan dari Puteri, pantas dia mematikan panggilan.

Tut !

"aik? mati dah?". Soal Puteri seorang diri.

Malas mahu dia berfikir. Puteri melangkah ke ruang tamu semula. Tiba-tiba matanya tertacap pada sekujur tubuh Emiya yang sedang tertidur di atas sofa. Puteri tersenyum kecil. Dah lah sebelum tidur tak tutup tv. Ni dia tengok tv ke tv tengok dia?. Haihh..

Puteri duduk bercangkung dihadapan Emiya. Bahu Emiya digoncang lembut untuk menyuruhnya naik keatas.

"Miya.. Miya.. bangun Miya". Panggil Puteri dengan perlahan.

Emiya yang tersedar apabila lenanya diganggu pantas dia mencelikkan matanya.

"kenapa you?". Tanya Emiya sambil menggosok matanya.

"bangun lah tidur dekat bilik". Ajak Puteri sambil mencapai coklat kegemarannya.

Emiya menggangguk perlahan. Dia mula bangun dari baring dan bergerak keatas. Puteri masih lagi dibawah sambil mengunyah coklatnya. Tangannya mencapai remort untuk menukar siaran. Dah la sorang-sorang, lepastu tengok cerita hantu?. Gila kau !

Lama juga Puteri duduk bersantai sofa sambil melayan tv. Tiba-tiba dia terfikir tentang esok dia akan berjumpa dan dengan lelaki yang bernama Darren itu. Perasaannya kini bercampur-baur. Takut, resah, gelisah, gentar semuanya sudah menjadi satu. Dengan langkah yang malas, Puteri bangun dari duduknya dan menutup tv. Usai itu dia mendaki anak tangga dengan berhati-hati dan menuju ke bilik tidurnya.












Isteri Tengku Kyle ✓ Where stories live. Discover now