63

2.6K 114 3
                                    

Sebuah kereta berjenama BMW m4 diparking disebelah Audi R8. Emir keluar dari perut kereta dan membukakan pintu untuk isterinya, Sofea. Sofea menghadiahkan senyuman manis sebelum turut keluar.

"kejap, saya nak dukung Syaina" pinta Sofea. Wajah anak perempuan ditatap seketika. Baru saja dia berura-ura mahu mengangkat, Emir sudah menghalang.

"takpe babygirl. Babygirl masuk dulu. Syaina, biar babyboy yang dukung" kata Emir lembut. Sebelah matanya dikenyit bersama senyuman nakal.

Sofea menggeleng kepala. Daripada takde anak sampai dah ada anak, masih lagi menggelarkan diri 'babyboy'. Hei.. sabar jelah duhai hati. Nanti kalau membantah, berdosa pula. Jadi, kita ikutkan jelah kehendak dia.

"yelah babyboy. Saya tunggu awak dekat dalam ye" pasrah saja suaranya.

Emir mengangguk tanda ya. Selepas melihat Sofea sudah berjalan kehadapan. Emir mula mendukung tubuh Syaina yang tertidur. Syaina diangkat perlahan-lahan, tidak mahu dia terjaga. Kemudian, dia berjalan menuju ke pintu utama rumah agam itu.

"Assalamualaikum.."

Puteri yang sedang menonton TV, terkocoh-kocoh mencapai tudung. Tudung disarung kekepala. Usai itu, dia membuka pintu utama itu.

"waalaikumusalam.. eh Sofea!" terjerit Puteri dibuatnya.

Sofea tergelak kecil. Terus tubuh Puteri dipeluk. Puteri turut membalas pelukan wanita itu.

"awak sorang je ke?. Emir mana? Syaina?" tanya Puteri ceria.

"diaorang ade. Syaina tidur tadi, Emir tengah angkat lah tu" kata Sofea dengan senyuman.

Puteri mengangguk faham. "eh meh lah masuk. Panas dekat ni" ajak Puteri lalu menarik tangan Sofea ke ruang tamu.

"Assalamualaikum!" kedengaran suara Emir di muka pintu.

"waalaikumusalam. Meh lah masuk abang Emir. Syaina, abang letak je atas sofa ni" kata Puteri.

Setelah meletakkan Syaina, mata Emir melilau disekeliling rumah itu. Nampak macam sunyi sepi saja rumah ni.

"erk.. Twins mana?" soal Emir.

"twins dekat atas. Dinnash dekat game. Dinnie pulak dekat bilik dia, study english. Kejap ye Puteri buatkan air" Puteri bangun dari sofa. Kakinya melangkah ke dapur untuk membuat air dan sedikit makanan.

"erk.." Syaina menggeliat kecil. Matanya dibuka perlahan-lahan. Syiling berwarna putih keemasan menjadi pandangan pertamanya.

Sofea dan Emir mengalihkan pandangan kearah Syaina.

"hei.. sayang mama dah bangun?" tegur Sofea lembut.

Syaina merenung hairan ruangan rumah itu.

"kita dekat mana ni mama?" tanya Syaina dengan pelatnya.

"kita dekat rumah uncle Darren dan aunty Puteri" balas Emir.

"ouh.."

Ting!

"better you stop playing that game before I throw it out" dingin saja suara Dinnie mengugut adik kembarnya.

"iye.. sikit je lagi" Mata Dinnash masih lagi fokus.

Dinnie menjeling sekilas. Dia mendengus geram. Dengan sekelip mata dia merampas ipad itu dan melemparkannya keluar. Hanya beberapa inci saja lagi ipad itu ingin terjatuh kedalam kolam.

Membuntang biji mata Dinnash. Tidak berkelip dia memandang tangannya yang kosong.

"Dinnie!! how dare you!. That's my favorite Ipad. Daddy bought it for me. Why did you throw it out?" soal Dinnash geram. Penumbuknya digenggam. Ringan saja tangannya ingin mendarat di pipi kembarnya itu.

Isteri Tengku Kyle ✓ Where stories live. Discover now