82

2.4K 117 1
                                    

      "Kau tak rasa bersalah ke buat isteri kau macam ni?"

Darren menjulingkan mata keatas. Apasal susah sangat Zafran ni nak faham rancangan dia?. Tak habis habis tanya soalan macamtu.

"Tak. Langsung" balas Darren, malas mahu melayan Zafran. Dia meneruskan langkah ke bilik hotel yang ditempah 2 minggu lepas.

Ya, sekarang mereka berdua sudah pun tiba di Bali 2 jam lalu. Sekarang mereka berada di hotel untuk sesi merehatkan diri. Bilik yang ditempah Darren dituju setelah mendapatkan kunci dari kaunter. Setelah beberapa minit mereka berjalan, akhirnya sampai juga di bilik hotel bernombor 501. Kad kunci ditekapkan pada tombol, tak lama kemudian pintu itu terbuka dengan sendiri. Mereka melangkah masuk kedalam.

Zafran mengeluh perlahan. Penat dengan perangai Darren. Badan dihempaskan pada katil single yang empuk. Mata dipejam seketika.

Usai meletakkan beg pakaian, Darren mengatur kaki ke pintu semula.

Dengar saja bunyi derapan kasut, spontan mata Zafran terbuka.

"Kau nak kemana?" tanya Zafran.

"Nak keluar sekejap, ada hal. Kau rehat lah dulu. Nanti aku datang balik" usai berkata Darren menutup daun pintu rapat.

Zafran mendengus geram. Suka hati dia je tinggalkan aku sorang-sorang.

-------

Dinnash mengusap lembut bahu kiri Puteri manakala Dinnie pula mengusap bahu kanan. Mereka sedang berusaha untuk menenangkan mommy nya yang dari tadi menangis.

"Mommy, stop crying. It's hurt me" ujar Dinnie perlahan. Jari kecilnya menyeka lembut airmata mommy nya.

Dinnash mengangguk setuju. "Betul. Hati Dinnash sakit tengok airmata mommy mengalir" kata Dinnash pula. Sebenarnya kelopak matanya pun sudah bertakung airmata. Cuma dia tahan dari jatuh.

Puteri menangis lagi. Terhinjut-hinjut bahunya. Hatinya bagai dicucuk dengan lidi satay apabila melihat Darren keluar dengan beg pakaian. Walaupun dia tahu yang suaminya pergi ke Bali atas urusan kerja. Namun sejak semalam, tiada lagi perkataan 'maaf' keluar dari mulut lelaki itu. Puteri tidak mahu hubungan mereka kekal dingin sehingga Darren langsung tak dapat maafkannya.

Bila diingatkan kejadian malam semalam, semakin laju airmata merembes keluar.

Dinnie dan Dinnash mula tidak keruan. Masing-masing memandang sesama sendiri. Dinnash membuat tangan seolah berkata 'kita nak buat ape ni?'. Dinnie mula membalas dengan mengangkat bahu serentak tanda 'tidak tahu'.

"erk.. mommy. Mommy nak aiskrim tak?. Kalau nak Eldian boleh ambilkan" pujuk Dinnash. Senyuman paling manis dihadiahkan.

Puteri menatap mata greenhazel Dinnash. Kemudian.... menggeleng.

Senyuman Dinnash terus mati.

Dinnie menggaru kepala.

"Mommy, you want fresh oren? I can make it for you. Special" pujuk Dinnie pula.

Puteri menoleh kearah Dinnie. Kemudian... menggeleng.

Dinnie mengeluh. Begitu juga Dinnash. Dinnie berfikir cara untuk menenangkan mommy nya. Tiba-tiba muncul satu idea bernas difikirannya. Dia melompat turun dari sofa lalu menarik Dinnash agar ikutnya. Tangan adiknya ditarik sehingga ke tempat yang sedikit jauh dari mommy. Mulutnya dirapat ke telinga Dinnash ingin berbisik sesuatu.

Puteri mengerut kening melihat tingkah anaknya itu. Entah apa yang mereka bisikan pun taktau. Bibirnya menarik senyum nipis apabila melihat Dinnie seperti sedang marah kepada Dinnash. Wajah Dinnash jelas kelihatan blur.

Isteri Tengku Kyle ✓ Where stories live. Discover now