71

2.1K 98 8
                                    

Di dalam grab..

"adik berdua ni nak kemana ye?" tanya pemandu grab dengan senyuman.

Dinnie menyeluk poket hoodie hitamnya ingin mencari sesuatu. Sehelai kertas kecil warna merah bertulisan dihulur pada pemandu itu. Huluran itu disambut.

"itu alamat rumah" kata Dinnie.

Pemandu itu mengangguk faham.

"okay. Oh ye, mak bapak adik mana? mereka tak marah ke adik berdua keluar ni?" tanya pemandu itu.

Dinnie dan Dinnash saling berpandangan.

"tak, tak marah" balas Dinnie.

Pemandu itu mengangkat kedua belah bahu serentak. Apa-apa je lah dik. Kemudian kereta grab itu pun bergerak keluar dari perkarangan rumah agam yang besar dan gah itu.

Hampir setengah jam perjalanan, akhirnya mereka tiba. Duit tambang bernilai RM150 ringgit diberi pada pemandu itu.

"ini ke rumahnya?" soal Dinnash sambil memerhati suasana rumah sewa itu.

Dinnie hanya diam. Matanya juga memerhatikan rumah itu. Ada kereta, ada kasut, serpihan kaca dan botol-botol arak diluar rumah.

"kita nak masuk ikut mana?" soal Dinnash lagi.

"Like I said earlier, kita masuk ikut atap siling lepastu merangkak sampai siling tingkat atas" kata Dinnie lalu menurunkan beg galasnya.

Barang-barang yang dibawa dari rumah tadi dikeluarkan. Spana, tukul dan pisau rembo. Tukul besi dipegang ditangan kanannya manakala spana dipegang ditangan kiri.

"jom" ajaknya lalu berura-ura mahu jalan.

"tapi Eldian takut" kata Eldian seperti ingin menangis.

Langkah Dinnie mati. Dia berpusing menghadap adik kembarnya. Kedua bahu Dinnash disentuh.

"Eldian, niat kita datang sini sebab nak lepaskan mummy daddy. Kita kena kuat!. Even kita ni budak kecil, tolong jangan lemah. Kuatkan semangat demi mummy daddy. Don't be scared.. I always with you" kata Dinnie ingin meyakinkan Dinnash.

Dinnash terus memeluk tubuh Dinnie dengan erat. Dinnie tersenyum bangga.

"jom. Pegang tangan aku" tangan kanannya dihulur.

Dengan senyuman lebar, Dinnash mencapai tangan abangnya. Mereka berdua memanjatkan pagar rumah Alice dengan berhati-hati. Kemudian, dengan perlahan-lahan mereka berjalan ditepi rumah Alice.

Dinnie mencari sesuatu yang tinggi   untuk mereka memanjat atap siling. Meliar-liar matanya mencari sesuatu.

"Elyas! ni boleh?" sebuah kerusi tinggi berkarat di tunjukkan pada Dinnie.

Dinnie memerhatikan kerusi karat tersebut. Macam kerusi yang ada dekat club je?. Dinnie membuat 'thumbs up' pada Dinnash.

Kerusi itu diusung hingga ke belakang rumah Alice. Dinnie mula memanjatkat kerusi tersebut. Nampaknya dia sudah nampak jalan ke atap siling, malah lubang untuk kesana diterlalu kecil. Buat untuk tikus je.

Dinnie mula mengetuk lubang kecil itu agar menjadi lebih besar. Tiba-tiba kerusi itu bergoyang.

"Eldian, tolong pegang kerusi ni" arah Dinnie. Dengan pantas Dinnash memegang kerusi itu agar stabil.

Dinnie menyambung kerja menukul semula.

Pak! Pak! Pak!

Krak!

Siling itu pecah akhirnya dan meninggalkan lubang yang besar. Sangat muat untuk mereka berdua.

Dinnie memanjat lalu masuk kedalam lubang itu. Kemudian giliran Dinnash pula.

Isteri Tengku Kyle ✓ Where stories live. Discover now