81

2.4K 108 6
                                    

    Berat hati Puteri ingin mengemas baju-baju sang suami. Tapi apakan daya, dia gagahkan diri juga untuk kemas. Setelah mengemas baju didalam bagasi. Puteri keluar dari closet dan menuju ke arah Darren yang sedang membaca buku.

"Abang.." panggil Puteri meleret.

"hm?" balas Darren acuh tak acuh. Matanya masih fokus pada buku.

Puteri agak terasa dengan tingkah suaminya, tapi dia cuba bertahan.

"Abang, saya bosan lah. Jom kita keluar nak tak?. Kita pergi dating" kata Puteri dengan senyuman lebar.

Kening sebelah Darren terangkat. "dating?. What do you mean about dating?" soal Darren, sinis.

Hati Puteri ibarat ditusuk sesuatu yang tajam. Tubir mata terasa panas. Airmata sedaya upaya ditahan dari mengalir.

"Kenapa abang buat saya macam ni?. Abang.. abang tak maafkan saya lagi ke pasal semalam?. Besar sangat ke kesalahan saya sampai abang ignored saya macam ni?" soal Puteri bertubi-tubi sambil menahan rasa didada.

Darren sedikit tersentak. Tapi cuba berlagak tenang seperti tidak ada apa-apa berlaku. Wajahnya mendatar saja.

"abang! jawab lah soalan saya!" lengan Darren digoncang-goncang kuat. Airmata laju merembes keluar.

"I have no answer" jawab Darren, mendatar.

Puteri menangis. Menangis teresak-esak.

"Sampai hati abang. Kenapa abang susah sangat nak maafkan saya?" lirih Puteri.

Darren hanya diam. Dia menyibukkan diri dengan membaca buku. Walaupun hati sedikit rasa kasihan dan bersalah pada isterinya yang sedang menangis.

"Saya tak sangka abang lebih agongkan ego abang dari maafkan saya. Saya-- Puteri keluar dulu. Abang ambillah masa abang untuk maafkan Puteri. Puteri minta maaf atas kesalahan dan kesilapan Puteri pada abang. Beg pakaian abang semua Puteri dah sediakan. Abang tinggal bawa je nanti. Puteri keluar" tangan Darren diambil lalu disalam. Kemudian Puteri keluar dari bilik mereka.

Setelah Puteri keluar dari bilik, Darren membuang pandangan ke luar balkoni.

"I'm so Puteri Amanda Milayla. I have a reason why I did you like this. I had to punish myself for the surprise for you" bisik Darren perlahan. Akhirnya airmata jantannya gugur jua.

Hati terasa sakit melihat airmata isterinya gugur disebabkan kebodohan dirinya.

-------

Dania yang baru selesai menyiapkan laporan pesakit segera menuju ke bilik doktor. Dengan lafaz bismillah Dania mengetuk pintu itu.

Tuk! Tuk!

"masuk!" laung suara lunak dari dalam.

Terpancul wajah doktor Vesya dengan senyuman manis. Dania menapak lebih dekat dan berhenti di betul-betul dihadapan meja doktor pakar itu.

"Hai Dania, So where is my patient report?" soal Doktor bernama Vesya. Seorang wanita berdarah kacukan Itali dan Melayu.

Tanpa membalas, Dania memberikan fail laporan yang berada ditangannya. Huluran itu disambut mesra oleh Doktor Vesya.

Doktor Vesya membelek-belek helaian kertas pada fail itu. Matanya fokus memerhatikan setiap tulisan yang ditulis Dania. Setelah 5 minit membuat pemeriksaan, Doktor Vesya menguntum senyuman lebar.

"I am very satisfied with this report. You have done a good job. So, to further increase your performance. I'll give you a little assignment. You have to do that task in one month" ujar Doktor Vesya dengan senyuman kecil.

Dania mula rasa resah. Tugasan ape pula kalini dia nak bagi?. Jangan yang susah-susah sudah lah.

"Tugasan apa doktor?" soal Dania perlahan.

Doktor Vesya mengangguk sedikit. Kemudian kerusinya dipusingkan menghadap almari dibelakangnya. Terdapat berpuluh-puluh fail didalam almari itu. Satu fail warna merah diambil.

"Ini. I nak you handle this man for a one month. Memandangkan I akan ke JB sebulan, so I can't handle.
I hope you can help me. Don't worry, I'll raise your bonus for this year. So, can you help me?" pinta Doktor Vesya, dengan penuh harapan.

Dania berfikir seratus kali. Kepala yang tidak gatal digaru.

"Erk.. okay.." jawab Dania. Pasrah saja bunyinya.

"Thank you Dania. You're sooo kind" kata Doktor Vesya kemudian memeluk Dania. Dania agak terkejut, tetapi dia hanya ketawa halus sahaja.

"Okay, this red fail I'll give you. Make sure you pantau lelaki ni ketat-ketat. Sebab dia ni jenis degil dan kepala batu. You kena guna kekerasan sikit" kata Doktor Vesya berbaur pesanan.

Dania mengangguk faham. Fail merah itu diambil.

"kalau takde ape-ape saya balik dulu ye doktor. Bye" pinta Dania.

"okay bye!"

-------

   Nama dan biodata yang tertera di fail merah itu dibaca.

Nama: Daniel Andrew Kenxar Idan
Tempat Tinggal: Australia
Bangsa: Kristian
Umur: 28 tahun (1994)

    Penyakit yang alami: Gangguan mental dan nymphomaniac (jangan gatal gatal nak pergi google)

Dania mengerut dahi hairan. Nymphomaniac?. Bukan ke ia sejenis penyakit yang bahaya dan mempunyai kesan buruk terhadap manusia sekeliling?.

"Apasal mamat ni boleh dapat penyakit nymphomaniac macam ni?. Tak takut dosa ke?" Dania mula membebel seorang diri.

"takkan aku nak handle mamat gila kurang siuman macam dia ni?. Mau jatuh maruah aku. Tapi? macam mana Doktor Vesya boleh handle lelaki ni eh?. Pelik.." soal Dania sendiri. Jari jemarinya mengetuk dagu sambil berfikir.

"kalau manusia ada penyakit macam mana ini, apesal tak hantar hospital Tanjung Rambutan je? kan senang. Yang hantar hospita aku ni buat ape" bebel Dania lagi.

Dia membelek-belek helaian kertas itu.

"Pernah menagih dadah 2 tahun lepas. Penyakit mental yang dialami tahap 2. Gangguan emosi tidak stabil. Perlu makan ubat 10 kali sehari ubat penenang. Uishh! banyak betul dia kena makan!. Emosi cepat berubah. Ketagihan nymphomaniac yang sangat kuat. Ya Allah.. biar betul mamat ni? bahayanya!" Dania menekup mulutnya pantas. Terkejut saat membaca laporan pesakit ini.

"sepatutnya lelaki yang ada penyakit macam ni, takboleh bagi doktor perempuan merawat. Bahaya! boleh hilang maruah diri. Ishh doktor Vesya ni.. banyak lagi doktor lelaki, apasal aku jugak yang disuruh" kata Dania, geram. Fail merah itu ditutup, kemudian disimpan pada rak.

Tubuhnya dibaringkan diatas katil empuk. Leganya dapat baring. Lama kelamaan matanya terkatup rapat sehinggalah azan waktu subuh berkumandang.


Korang rasa siapa Daniel ni eh?. Kalau korang tahu memang korang power ah!! Harap-harap tiada perkara buruk yang terjadi dekat Dania.


Isteri Tengku Kyle ✓ Where stories live. Discover now