55

3.9K 150 9
                                    

Selesai Zafran membersihkan diri, dia mengatur langkah ke arah ruang tamu. Terdapat sekeluarga Emiya, Emiya, Puteri dan Darren sedang berborak rancak diruang tamu. Tanpa rasa gerun, Zafran melabuhkan punggung disebelah Darren. Puteri dan Emiya pula duduk di kerusi dua bersebelahan dengan mereka.

"em.. terima kasih pakcik sebab pinjamkan baju dengan kain pelikat ni. Nanti saya pulangkan semula esok ye" kata Zafran dengan sopan kepada Encik Fauzi.

Encik Fauzi menayang senyuman separuh abadnya.

"takpelah, kamu pakai jelah dulu. Kamu jatuh sawah petang tadikan. Takkan kamu nak pakai baju kotor tu lagi" kata Encik Fauzi. Zafran mengangguk perlahan.

Darren disebelah sudah mengeman bibir dengan kuat agar tawanya tidak meletus.

Ya, kejadian pertengkaran mereka dengan Firash petang tadi menyebabkan Zafran jatuh dalam sawah padi. Ikutkan sebenarnya Firash mahu menolak Darren agar terjatuh dalam sawah, tapi Darren sempat menahan bahu Zafran dari terjatuh. Alamatnya silap, Zafran pula yang jatuh kerana hilang imbangan. Habis kotor berlumpur baju kemeja dan seluar Zafran. Tak pasal-pasal dia kena pinjam baju Encik Fauzi sebagai ganti.

"Puteri nak keluar dulu ye semua. Nak ambil angin sekejap" kata Puteri setelah lama berdiam diri. Dengan penuh bebanan di perut, Puteri bangun dan berlalu keluar dari rumah itu.

Darren memandang tubuh isterinya sehingga hilang dari pandangan. Kepalanya ditundukkan kebawah menahan sebak didada.

"kau tunggu ape lagi. Pergi keluar sana jumpa dia" bisik Zafran ditelinga Darren.

Kening Darren berkerut hairan. "huh?"

"pergi lah dekat Puteri sana. Bincang elok-elok dengan dia. Apalah lembap sangat kau ni Darren Kyle?" kata Zafran sambil menahan geram.

Darren menarik dan menghembus nafas perlahan ingin mencari kekuatan. Kemudian dia bangun dan berlalu keluar dari rumah itu.

Bintang-bintang yang bersinar terang dilangit dipandang lama, sambil tangannya mengusap perut yang kian membesar. Masuk minggu ini kandungannya sudah mencecah 2 bulan 3 minggu. Puteri sangat bersyukur kerana Ya Allah memberikan kesihatan yang sangat baik pada dirinya dan juga kandungannya.

"cantikkan bulan dan bintang tu. Mommy harap sangat bila baby dan keluar nanti, baby dapat terangi hidup mommy macam mana daddy terangi hidup mommy yang gelap dulu" kata Puteri sambil mengusap lembut perutnya.

"tapi sekarang hidup mommy bukan macam dulu lagi. Daddy dah abaikan mommy. Tengok petang tadi, dingin je cara daddy tengok mommy. Mungkin betul sangkaan mommy sebelum ni. Daddy memang bahagia dengan Alice... hiks.." kata Puteri dengan linangan airmata. Memori 4 bulan lepas sungguh memberi impak yang besar padanya. Sehingga harini dia tidak akan lupa.

Airmata dilap menggunakan hujung lengan baju. Mata hijaunya yang cerah sudah bertukar kepada hijau yang berkaca kaca.

"sayang"

Puteri tersentak. Tangisannya berhenti seketika.

Darren melabuhkan punggung disebelah Puteri. Mata coklatnya turut berkaca kaca. Tangan kanan Puteri cuba digapai, namun Puteri mengalihkan ketempat lain. Darren menghela nafas berat.

"sayang, saya minta maaf atas semula kesalahan saya selama ni. Saya tahu saya dah banyak buat salah pada sayang. Pasal kes dengan Alice tu, bukan salah saya. Itu semua rancangan dia untuk musnahkan rumahtangga kita. Tolonglah percaya" rayu Darren.

Puteri hanya berdiam diri. Pandangannya dialihkan kearah berlainan. Tangisan ditahan sedaya upaya dari terhambur.

"sayang.. kalau sayang tak percaya itu semua rancangan Alice, sayang boleh minta penjelasan Emir. Selama sayang tinggalkan saya. Emir, Zafran dan Dania yang banyak bantu dia beri semangat pada saya. Saya tak kuat dan lemah bila tahu awak pergi tinggalkan saya. 4 bulan sayang menghilang, 4 bulan jugalah abang merana hidup tanpa sayang. Cinta abang hanya pada Puteri Amanda Milayla sorang je. Bukan pada orang lain" luah Darren. Airmata yang menitis dibiarkan saja.

"tapi awak dah rogol dia. Kalau dia mengandung, paksa awak untuk bertanggungjawab macam mana?. Awak sanggup ceraikan saya demi tutup malu awak dengan Alice, macam tu?" kata Puteri bernada serak. Seluruh wajahnya bertukar merah menyala.

Darren menggeleng laju.

"tak! saya takpernah sentuh dia apatah lagi buat perkara terkutuk tu. Kalau dia suruh bertanggungjawab, sampai mati pun saya taknak. Dia yang buat malu dekat muka sendiri, kenapa saya pulak yang nak bertanggungjawab?" kata Darren tidak puas hati.

"macam mana kalau dia paksa awak?" soal Puteri.

"no! no and never. Cinta saya hanya pada Puteri Amanda Milayla sahaja. Bukan Alice" protes Darren.

"habistu macam mana awak tahu dia yang sentuh awak dulu?"

"sebab saya ada bukti kukuh menyatakan saya tak sentuh dia" kata Darren.

Puteri mengangkat kening sebelah. "apadia?"

"buktinya ada pada Emir. Emir yang simpan semua bukti bukti tu. Gambar, ubat tidur semua dia ada. Tinggal nak serah dekat polis je" kata Darren dengan muka mendatar.                                    

"gambar?" tanya Puteri hairan.

"gambar yang sayang dapat dulu. Itu semua dari Alice. Alice suruh anak buah dia hantar dekat rumah kita masa saya dekat Bali. Sebab dia tahu sayang tinggal seorang dekat rumah. So, itulah tektik dia untuk porak perandakan hubungan kita. Sayang pun cakap dulu memang dari dulu dia dengki sayang. Lupa ke?" terang Darren panjang lebar.

Puteri mengangguk faham. Penjelasan Darren telah membuatkan hatinya sedikit tenang. Tambah lagi dengan suara suaminya. Sungguh dia begitu rindu dengan suara itu.

"jadi sayang dah boleh maafkan saya?" tanya Darren. Tangan Puteri digapai dan digenggam erat. Kalini Puteri tidak menolak. Hanya membiarkan saja.

Perlahan-lahan Puteri mengangguk dengan senyuman tipis.

"saya maafkan. Lagipun bukannya salah awak. Awak cuma mangsa keadaan je. Saya pun nak minta maaf dekat awak. Selama ni saya larikan diri dari awak tanpa usul periksa dulu. Saya minta maaf sebab derhaka dengan awak, tinggi suara pada awak. Saya ego dan pentingkan diri. Langsung tak fikir perasaan awak. Saya minta maaf" sejurus berkata, Puteri memeluk erat tubuh erat tubuh Darren. Tangisannya dihambur dibahu Darren.

Darren tersenyum kecil. Tangannya naik menggosok tubuh belakang isterinya.

"saya maafkan awak, sayang. Awak tak salah. Stop salahkan diri sendiri" pujuk Darren lembut. Pipi Puteri yang basah dek kerana airmata dicium sekilas.

Makin kuat bunyi tangisan Puteri. Darren tergelak kecil melihat telatah Puteri.

"manja betul mommy awak ye baby. Langsung taknak lepaskan daddy. Nasib mommy awak ni comel" ujar Darren sambil mengusap perut Puteri.

Puteri memandang wajah Darren dengan bibir tercebik. Habis merah satu mukanya.

"sa..saya. Huwaaa!!!" jerit Puteri. Wajahnya yang penuh dengan airmata disembamkan pada dada suaminya.

Darren terperanjat, terkedu, terkejut. Tercengang dia melihat isterinya sekarang ini.

"sayang, sudahlah menangis tu. Tak penat ke?" tanya Darren hairan, sambil tangannya membelai rambut coklat Puteri.

"sa..saya rasa bersalah sangat. Saya ni isteri derhaka kan?" ujar Puteri.

"haah" balas Darren selamba.

Mendengar respon Darren, makin menjadi jadi tangisannya.

"kalau sayang taknak jadi isteri derhaka. Sayang kena ikut perintah saya. Boleh?"

Puteri mengangguk wajah. "huh?"

"pakai tudung" kata Darren lembut tetapi kedengaran tegas.

.

.

.

.

hallo readers 🤍 semoga korang sentiasa didalam lindungan rahmat Allah SWT 🤲🏻🤍

Isteri Tengku Kyle ✓ Where stories live. Discover now