14

4.8K 162 7
                                    

Ruangan kerusi menunggu dihadapan kaunter menjadi sasarannya untuk melabuhkan punggung. Emiya menarik nafas panjang. Apa benda kau dah buat ni Miya! kalau mak tahu kau buat dekat abang macam mesti mengamuk orang tua tu, Omel Emiya. Dalam beberapa minit kemudian, keluar seorang lelaki dengan menaiki kerusi roda. Lantas dia berdiri dan pergi kearah abangnya.

"abang, Miya minta maaf" pohonnya. Malah Emir hanya menjeling menggunakan sebelah matanya. Memandangkan sebelah matanya lagi kene tutup dengan kapas, nampak seperti agak teruk.

"terima kasih doktor" ucap Emir. Doktor itu hanya mengangguk.

"dah jom balik" ajaknya tanpa memandang wajah adiknya. Emiya terkedu. Marah betul abang aku ni.



"Abang.. Miya betul betul minta maaf. Miya takde niat nak buat abang macam ni. Kalaulah Miya tahu lelaki tu abang, Miya takkan buat macam ni" rayunya. Ni dah kali ke sembilan dia meminta maaf. Dari dalam kereta sampailah kerumah. Hanya 'maaf' saja yang keluar dari mulutnya.

"takde niat? kau tahu tak ridsect itu racun. Kalau mata abang buta sebelah macam mana? habis lah kekacakkan abang!, nasib baik doktor kata racun tu masuk sikit aje. Kalau masuk banyak, memang aku siat siat muka kau dik" marah Emir geram. Bende bende organ manusia tak boleh main tau. Kalau lah doktor kata aku buta tadi, taktahu keadaan aku macam mana sekarang. Mesti murung 2 tahun.

Emiya menunduk memandang lantai. Ye dia tahu memang salah dia. Selalu sangat fikir yang bukan bukan. Ada dia fikir abang dia tadi tu perompak?. Ish ish.

"hm sorry" ujarnya tanpa memandang wajah abannya.

Emir mengeluh kecil. Dia cuba bangun dan berjalan kearah Emiya. Kedua bahu Emiya dipegang, serta merta Emiya memandang muka abangnya.

"abang tak marah kau, abang cuma geram je. Lagipun abang tak salahkan kau sepenuhnya. Salah abang jugak sebab datang rumah kau tak bagi tahu, kan?. Dah jangan sedih sedih, tak cute nanti babygirl abang ni" pujuk Emir dengan senyuman.

Emiya mengangguk lalu memeluk erat tubuh sasa abangnya. Dah lama dia tidak merasa kasih sayang abangnya. Sejak dia berpindah ke Kuala Lumpur, dia kurang berjumpa dengan abangnya. Maklumlah sibuk jadi PA model kan?. Sewaktu dia kecil, jika Emiya menangis kerana jatuh atau tercedera pasti abangnya yang menjadi hero. Tempat bermanja dengan abangnya, tempat meluahkan segala yang terbuku dihati dan menangis dihadapan abangnya. Semua dengan Emir. Begitula kasih dan sayang seorang adik beradik.

"Dah Miya, Miya balik lah dulu. Dah nak senja ni. Tak elok perempuan drive malam malam. Bahaya, takut ada yang menumpang karang dekat sit belakang nanti" usik Emir dengan senyuman nakal.

Terbeliak biji Emiya. Pantas dia menampar kuat bahu abangnya.

"apa abang ni cakap macam tu. Ni yang takut nak balik ni! dahlah Puteri selalu balik lambat" marahnya, tapi dalam masa yang sama jantungnya sudah berdegup laju.

Emir ketawa kecil. "takde ape ape la, sebelum drive tu baca doa naik kenderaan. Lepastu baca baca lah sikit. Insyaallah takde ape ape"

"yelah bye abang!" ucapnya seraya masuk kedalam kereta.

✰✰✰✰✰

Keadaan didalam kereta menjadi semakin bosan. Darren merengus geram sambil mata melilau kearah kedai watsons dihadapannya. Tujuan dia ke kedai ini bukannya kerana dia mahu pergi tapi Puteri. Sudah 15 minit Puteri didalam kedai tersebut, tapi sampai sekarang batang tubuhnya tidak nampak di pintu keluar.

"mana pulak perempuan ni lah!" monolognya. Darren menggenggam kuat stereng kereta untuk menahan daripada amarahnya meletus.

5 minit kemudian, Puteri keluar dari kedai tersebut dengan wajah bersahaja. Masuk sahaja kereta terus Darren..

"Kau buat ape ha? dalam kedai tu!. Aku kata tadi 10 minit je kan? yang masuk sampai 20 minit tu kenapa?.Kau ingat kau raja ke nak kene orang tunggu tunggu kau huh?" bentak Darren. Dia memang pantang kalau nak kene tunggu tunggu orang ni. Rasa macam buang masa.

Puteri tergamam. Ini kali pertama Darren memarahinya. Sebelum ini pernah, tapi seteruk sekarang. Nampak dari segi mukanya memang dia betul betul marah.

"sa.. saya minta maaf sebab buat awak tertunggu tunggu. Saya cari barang tadi peribadi saya itu yang lama" pohonnya gagap. Jari jemarinya mula bermain sesama sendiri untuk menghilangkan rasa takut.

Darren mengendahkan sahaja percakapan Puteri. Mood nya sekarang betul betul tak baik. Lantas gear ditukar, dan keretanya melucur diatas jalan raya. Sampai dihadapan rumah Puteri, perlahan lahan Puteri membuka sit-belt.

"Terima kasih awak" ucapnya sebelum masuk ke pagar rumahnya. Darren hanya mengehem, tanda menjawab 'sama sama'. Keretanya pun bergerak semula ke jalan raya.

Puteri mengeluh kecil. Tubuhnya dipusingkan untuk membuka kunci pagar. Sedang dia membuka, tiba tiba ada sebuah kereta honda Putih berhenti dihadapannya. Tersentak Puteri dibuatnya. Sejurus itu, batang tubuh Emiya keluar dari perut kereta.

"Puteri!" Pantas Puteri berpaling kebelakang. Serta merta senyuman lebar terukir di bibir.

"Miya" jerit Puteri kuat. Lantas tubuh kawannya di peluk erat. Emiya turut membalas pelukan.

"you daripada mana ni?" soal Emiya.

"Erkk.. I dari rumah family Darren"

"uish baru balik dari rumah mak mertua lah ni" usik Emiya. Dia tersenyum menyeget.

"ish you ni, tak payah merepek. Dah jom masuk, takkan sampai pagi nak duduk dekat luar ni" ajaknya lalu melangkah masuk kedalam rumah.

"Heleh.. merepek apanya? esok lusa akan jadi mak mertua jugak" protes Emiya. Kedua tangannya naik memeluk tubuh.

Puteri yang mendengar hanya menghiraukan sahaja. Baik aku tidur daripada dengar bende merepek yang keluar dari mulut dia.











Isteri Tengku Kyle ✓ Where stories live. Discover now