11

5.2K 186 2
                                    

Usai sarapan pagi, Emiya membuat keputusan untuk pergi joging bersama Puteri. Maklum lah harini diberi cuti free oleh Cik Manggis, adalah masa untuk mereka berjoging. Puas Emiya memujuk Puteri supaya menemannya, tapi Puteri berkeras juga tidak mahu.

"you, please teman I joging. You pun dah lama tak pergi joging kan". Pujuk Emiya sambil mengoncang-goncangkan tubuh Puteri.

Puteri merengus geram. Naik rimas dia melihat Emiya yang berusaha memujuknya. Bukan taknak teman, tapi Puteri memang tak minat berjoging. Memang dari sekolah rendah ke sekolah menengah sampai lah ke Universiti, memang dia tak aktif. Dia lebih suka aktiviti yang duduk-duduk je. Eh ada ke?. Melihat muka kesian kawannya, akhirnya Puteri pasrah. Terpaksalah dia teman Emiya pergi joging.

"eee yelah-yelah".

Emiya tersenyum lebar. Pantas dia memeluk tubuh Puteri dengan erat.

"thank you Puteri. Ni yang makin sayang ni". Ujar Emiya mengada.

Puteri hanya menayang wajah kosong. Dia mula bergerak menuju ke biliknya untuk menukar pakaian yang sesuai.

✰✰✰✰✰

Tiba di Taman Tasik Perdana, Puteri memarkingkan keretanya di parking lot. Mereka berdua dari perut kereta dan berjalan kearah trek untuk berjoging.

"Jom Puteri. I excited ni". Ujar Emiya ceria. Mask hitam sentiasa dipakai begitu juga dengan Puteri.

Puteri yang sedang membetulkan cap adidasnya mengeluh perlahan. Dengan langkah yang perlahan, Emiya dan Puteri bergerak diatas trek joging itu. Banyak mata-mata yang memandang kearah mereka. Baik lelaki mahupun perempuan, sama je. Dah macam tak pernah nampak manusia berjoging.

Setelah 20 minit mereka berjalan, Puteri meminta untuk berehat disalah sebuah kerusi yang berdekatan. Mereka duduk berehat sebentar sambil memandang tasik yang terbentang luas dihadapan mereka.

"Miya kaki I sakit lah". Adu Puteri dengan dahi yang berkerut. Jari-jemari runcingnya mengurut perlahan pergelangan kakinya.

"Ha tu lah, dah lama tak pergi joging. Memang macam tu. Nampak sangat you ni not active person. Sini I tengok, terseliuh kot". Bebel Emiya.

Emiya memicit sedikit pergelangan kaki Puteri. Puteri mengadu-adu sakit dengan dahi berkerut.

"Dah you duduk sini kejap, I nak sambung joging. Bye". Sejurus itu Emiya meninggalkan Puteri keseorangan di kerusi itu.

Puteri mengeluh bosan. Matanya melilau diseluruh taman itu. Tiba-tiba matanya terpandang sebuah kedai aiskrim. Cantik pagi-pagi makan aiskrim. Bagus Puteri !

Terhinjut-hinjut Puteri berjalan kearah kedai itu.

"Bang, I nak aiskrim coklat kacang tu satu". Minta Puteri sambil menunjuk gambar gambar itu.

"Okay kejap ye dik"

Puteri mengangguk laju. Lepas mendapat aiskrim, Puteri membayar duit nilai aiskrim itu. Puteri berjalan semula kearah kerusi yang didudukinya tadi. Sedang dia berjalan, tiba-tiba bahunya dilanggar oleh seseorang sehingga membuatkan Puteri jatuh terduduk diatas simen.

"Arghh!". Jerit Puteri. Habis aiskrimnya jatuh ke lantai simen.

"ouh miss, I'm so sorry". Ujar lelaki itu lalu mencangkung dihadapan Puteri.

Puteri hanya menundukkan kepala. Airmata mula mengalir dipipi mulusnya.

"miss? Are you okay?". Soal lelaki itu.

Puteri menurunkan masknya kedagu, kepalanya diangkat perlahan-lahan.

"sa.. sakit". Ujar Puteri lalu memegang kakinya yang terseliuh tadi. Peritnya usah dikatakan, rasa macam nak tercabut kaki ni.

Isteri Tengku Kyle ✓ Where stories live. Discover now