65

2.6K 120 1
                                    

"Morning sayang" ucap Darren dengan senyuman manis. Kedua belah tangan ditongkat ke kabinet dapur. Mengunci Puteri ditengah-tengah.

Puteri terkejut dengan tindakan Darren. Kedua tangannya suaminya dipandang. Ah! tak boleh bergerak!.

"morning abang. Erm.. nanti abang nak ambil Zafran dekat airport kan? boleh tak abang belikan saya donat coklat. Saya teringin lah" tutur Puteri dengan gugup.

"teringin? are you pregnant?" soal Darren tidak percaya.

Puteri mendengus geram. Laju tangannya menyiku perut bidang Darren.

"mana ada saya pregnant!. Saya cuma teringin je, sebab dah lama tak makan" kata Puteri lalu memeluk tubuh. Bibirnya sudah muncung seperti itik serati.

Darren tergelak. Bibir bawah isterinya ditarik geram.

"kenapa? awak taknak mengandung lagi ke?" soal Darren dengan senyuman nakal. Wajahnya didekatkan ke wajah Puteri.

Jantung Puteri mula berdegup kencang. Wajah Darren sangatlah dekat, hanya tinggal beberapa inci saja lagi hidung mereka akan bersentuhan. Pipinya pun sudah mula berona merah.

Ya Allah malunya.. apa aku nak buat ni

"awak--"

"hah!! buat ape tu?!" tegur Dinnash menyetakkan Puteri dan Darren.

Puteri menghela nafas lega. Nasib Dinnash ada. Kalau tidak memang aku keras dekat sini sampai esok pagi.

"Eldian ni kacau daun betul lah. Daddy baru nak usik mummy" kata Darren tidak puas hati.

Mata Puteri membulat. Usik? dia usik je tadi?. Ya Allah Ya Rabb.. jantung aku tadi punyalah berdegup kencang seperti baru lepas lari marathon. Rupa-rupanya dia mengusik aku je. Hei..

Dinnash mengerut kening. "mana ada Eldian kacau daun. Eldian kacau korang berdua je"

Dinnie disebelah hanya menggeleng kepala.

"daddy tadi Elyas dengar, harini uncle Zafran nak datang. Betul ke?" tanya Dinnie.

"betul. Nanti daddy pergi ambik dia dekat airport" kata Darren lalu melabuhkan punggung dikerusi makan. Begitu juga dengan Dinnash dan Dinnie.

"yeayy!! uncle Zafran dah balik Malaysia! yeayy yeayh!!" sorak Dinnash seorang diri.

Dinnie mengangguk faham. "aunty Emiya?"

"erk--" Darren menggaru belakang kepala.

"aunty Miya dekat kampung. Dia tengah kerja. Nanti bila-bila kita pergi rumah aunty Miya ye" kata Puteri lembut.

"okay" balas Dinnie. Sekeping roti sosej di sua ke mulut.


Kereta Ferarri 812 GTS mula bergerak keluar dari perkarangan rumah agam 3 tingkat itu. Puteri hanya melambaikan tangan dari pintu utama. Hilang saja dari pandangan, Puteri menutup semula pintu itu. Puteri menuju ke tingkat 3, tingkat yang menempatkan pelbagai bilik. Bilik perputakaan, bilik gym, bilik game dan bilik wayang.

Puteri membuka pintu bilik perpustakaan. Terlihat Dinnie dan Dinansh sedang berbaring di sofa bulat, sambil membaca buku.

"Once upon a time, a group of warriors on horseback came to attack the Crystal state. They attacked until half the population in Crystal state died" kedengaran suara Dinnie membaca buku cerita kanak-kanak berbahasa Inggeris.

Puteri tersenyum suka. Lancar sungguh anaknya berbahasa Inggeris. Dia sendiri pun pelik, macam mana Dinnie boleh lancar berbahasa Inggeris.

"Pada suatu hari, ada seekor biawak datang ke reban ayam betina. Sewaktu ayam betina sedang menyeram telur, biawak itu menggigit leher ayam tu sehingga ayam itu menjadi lemah. Dengan pantas biawak itu memakan telur-telur ayam itu. Eee.. kesiannya ayam tu anak dia kena makan. Jahat punya biawak!. Dasar biawak sedara buaya!" tiba-tiba Dinnash marah.

Isteri Tengku Kyle ✓ Where stories live. Discover now