8

5.8K 208 3
                                    

"eh Puteri? kenapa tergesa-gesa sangat ni? nak pergi mana?".

Puteri yang sedang sibuk mengemas barang-barangnya tersentak apabila suara Kak Emma menegurnya. Terus terhenti perlakuannya.

"Puteri nak pergi keluar sekejap Kak Emma. Nanti Puteri datang balik" ujar Puteri lalu mengemas kembali barang-barangnya.

Usai itu, Puteri berlari keluar dari studio itu. Parking lot dituju. Semasa pemandu, jantung Puteri berdegup dengan pantas. Sedaya-upaya Puteri menenangkannya.

Sampai saja di dihadapan bangunan yang gah itu, Puteri memarkingkan keretanya di ruang kotak kosong. Nasib ada parking.

Mata Puteri melilau sambil menilik bangunan gah itu. Tiba-tiba mata hijaunya terhenti pada nama syarikat itu.

Faliq's Holdings

"macam pernah dengar?". Ujar Puteri sendirian.

Tanpa berlengahkan masa, Puteri mencapai mask hitam dan cermin mata hitam didalam dashbox keretanya. Selesai memakainya, Puteri mengatur langkah kearah lobi didalam bangunan itu. Sampai saja, Puteri terpegun plus terpukau dengan konsep dan decoration bangunan itu. Seluruh dinding berwarna keemasan dan kekuningan. Ada juga dicampurkan dengan warna putih dah krim. Senang kata, macam ala-ala diraja gitu. Sangat cantik!

Ketika Puteri berjalan menuju ke lif, tiba-tiba ada seorang gadis seksi merempuhnya sehingga dia jatuh terduduk.

"aduhh!". Adu Puteru sedikit kuat. Kuat betul minah ni langgar. Tu badan ke besi?

"are you blind?". Soal gadis itu sambil merenung Puteri dengan tajam.

"No! I tak buta eh?. You tu buta!. I dari tadi tunggu lif dekat sini. You tu yang langgar I". Marah Puteri lantang.

Staff-staff disitu terdiam apabila terdengar suara lantang Puteri. Masing-masing menunjukkan riak wajah terkejut.

"I buta? huh. You lah buta! siang-siang pakai spek hitam. Orang buta je pakai lah!". Kini giliran gadis itu pula memarahi Puteri.

Dengan geram Puteri membuka cermin mata hitamnya. Kini hanya mask hitam saja di mulutnya.

Gadis itu nampak seperti terkejut saat melihat anak mata hijau emerad Puteri. Adakah itu asli atau contect lens?

"you dah..".

"apa bising-bising ni?!". Jerkah satu suara garau dari arah belakang.

Kesemua disitu terus mendiamkan diri apabila mendengar jerkahan dari boss besar a.k.a orang atasan. Puteri memalingkan wajahnya kebelakang untuk melihat gerangan itu. Serta-merta wajahnya bertukar menjadi pucat.

Darren!

Darren yang perasan akan pandangan Puteri, dia mengalihkan pandangannya dan merenung anak mata hijau Puteri.

Puteri menundukkan kepala untuk memandang lantai. Takut dia mahu bertentang mata dengan Darren. Jantungnya mula berdetak laju.

"you, tengok perempuan ni. Dia langgar I tadi". Adu gadis tadi dengan nada gedik.

Puteri mengetap giginya tanda marah. Sabar Puteri.. sabar !.

Darren hanya memandang kosong pada gadis itu. Gadis itu ialah accountant syarikat ini. Pekerja-pekerja disini pun meluat bila melihat gelagat gedik gadis itu apabila berhadapan dengan Darren. Entah lah, ada orang kata sebenarnya dia ni ada simpan perasaan pada Darren. Tapi Darren hanya buat endah-tak endah saja. Malas dia mahu melayan.

"You pergi buat kerja sekarang! jangan sampai aku pecat kau sekarang Syasya!". Tengking Darren kuat di muka Syasya.

Terhinjut bahu Syasya dan staff disitu, termaksuklah Puteri. Syasya memandang Darren dengan muka yang bengang. Syasya mula berdengus geram. Tiba-tiba mata dihala pada Puteri yang sedang berdiri diam itu. Sebelum dia beredar dari situ, sempat Syasya memberi satu jelingan maut pada Puteri.

Isteri Tengku Kyle ✓ Where stories live. Discover now