29

4.1K 174 5
                                    

Puteri dan Emiya jalan beriringan didalam bangunan yang tinggi. Studio Cik Manggis dituju. Semalam Cik Manggis telah telefon Emiya, katanya mahu berbincang tentang produk keluaran terbaru. Jadi Macam biasa, Puteri dan Alice lah akan menjadi duta. Memandangkan Cik Manggis ada 2 orang model sahaja.

Sedang mereka berdua berjalan, tiba-tiba mereka terserempak dengan Alice dan Sofea. Alice menghadiahkan senyuman sinis pada Puteri, manakala Sofea hanya mengendahkan kewujudan Puteri dan Emiya.

Puteri mengerut kening. Alice senyum dekat aku ke tadi?. Tapi senyuman tu macam ada maksud disebaliknya.

"I rasa macam tak sedap hati lah bila tengok senyuman Alice tadi" kata Puteri tiba-tiba. Dadanya disentuh. Jantungnya sudah berdegup laju.

"takde ape lah. Maybe dia demam kot. Itu yang dia senyum tu" kata Emiya, ingin menyedapkan hati Puteri.

Puteri mengeluh. Harap-harap takde ape yang berlaku nanti.

Akhirnya, mereka tiba juga di studio A. Puteri melabuhkan punggung di kerusi plastik yang berdekatan.

"Puteri!" panggil Cik Manggis.

Puteri tersentak. Pantas dia mengatur langkah pada Cik Manggis.

"ye Cik Manggis. Apa produk keluaran Cik Manggis tu. Perfume? heels?" soal Puteri mesra.

Cik Manggis diam membisu. Matanya merenung tepat kedalam anak mata hijau Puteri.

Senyuman Puteri pudar. Keningnya bertaut pelik memandang Cik Manggis.

"Cik Manggis?"

Cik Manggis menggeleng perlahan sebelum dia menghela nafas berat.

"I'm sorry" kata Cik Manggis sepatah.

Puteri mengangkat kening sebelah.

"I'm sorry Puteri. You're fired"

Membuntang biji mata Puteri.

"Tapi ape salah saya?. Takkan sebab saya minta cuti sebulan, cik Manggis nak pecat saya?" soal Puteri laju. Turun naik dadanya mencari nafas.

Emiya yang sedang bermain telefon tersentak dengan suara Puteri. Tiba-tiba Alice dan Sofea masuk lalu menuju kearah meja make up.

"No! bukan sebab tu!. Aku pecat kau sebab perangai kau!. Aku tak sangka orang baik macam kau ni sebenarnya berperangai syaitan!. Aku ni malu tau bila orang kata aku ada model yang perangai tak senonoh macam kau. Oh patutlah minta sampai sebulan, aku ingatkan kau ada hal keluarga. Rupanya sibuk buat maksiat dekat luar sana!. Aku suruh kau dan Alice ke majlis tengku tu untuk berkenalan dengan tengku dan clien dia. Bukannya aku suruh kaunlepaskan nafsu kau dekat hotel tu!" kata Cik Manggis kuat. Dadanya mula berombak kencang.

4 keping gambar di lempar pada wajah Puteri.

Terketar-ketar Puteri mengutip gambar itu. Puteri tergamam. Gambar dia dan seorang lelaki yang sedang tidur di atas katil terpampang di gambar tersebut. Puteri menggeleng laju. Airmata mula bergenang ditubir mata.

"tak! saya tak buat semua tu. Saya diperangkap!" nafi Puteri. Cecair jernih jatuh mengalir dipipi.

"halah Cik Manggis.. orang mana yanh nak mengaku dia buat salah" celah Alice. Bibir merahnya tercarik senyuman sinis.

"No! tak!. Saya tak buat semua tu Cik Manggis. Saya difitnah! saya diperangkap!" kata Puteri kuat.

Emiya dari tadi memerhati terus bergerak kearah Puteri.

"ape ni? what's wrong?" soal Emiya.

Alice menjeling kearah Emiya.

"kawan kau ni dah malukan nama aku. Kau ingat aku boleh terima ke pekerja macam ni?. Hidup bertuhankan nafsu!. Menyesal aku terima kau jadi model aku. Sekarang aku nak kau keluar dari sini. Sekarang!" jerit Cik Manggis.

Isteri Tengku Kyle ✓ Where stories live. Discover now