35

3.7K 141 1
                                    

Tengku Mona dan Puteri berborak rancak di ruang tamu, sementara menunggu Cik Piah menyediakan makanan tengahari. Sedang mereka berborak, tiba-tiba kedengaran bunyi enjin kereta diluar rumah. Tak sampai beberapa minit, muncul figura Dania dimuka pintu.

"kakak!" jerit Dania sambil kearah Puteri dan mamanya.

"Dania.. awal awak balik?" tanya Puteri.

Dania tersenyum lebar. "saja je balik awal. Nanti petang pergi balik sebab ada on call dengan patient malam ni".

Puteri mengangguk faham. Takde kawan lah aku nak berborak malam ni.

"Kak Puteri duduk sini sampai bila?" soal Dania.

"hm.. entahlah. Tengoklah pada abang Darren lah. Akak ikut je" kata Puteri sambil menjongketkan bahu.

"Mak Engku, makanan dah siap. Marilah kita makan" celah Cik Piah.

Tengku Mona, Dania dan Puteri mula mengatur langkah ke ruang makan. Masing-masing mengambil tempat duduk. Mereka menjamah makanan itu sambil berborak kosong.

"Puteri, bila perut tu nak ada isi? mama dah tak sabar ni" kata Tengku Mona teruja.

Puteri mengerut dahi. "isi? Puteri tengah isi lah ni. Tapi tak kenyang lagi hehe" kata Puteri dengan mulut yang penuh. Bibirnya tersenyum kecil.

Dania mengeluh kecil. "hei akak ni.. Maksud mama, bukan isi nasi dalam perut. Tapi isi baby. Faham?"

Puteri menggeleng kepala. Masih tidak faham. Aku tengah blur ni boleh pula buka topik isi-isi.

Tengku Mona memutar bebola mata keatas. Apalah dugaan aku bila dapat menantu blur ni.

"Maksud mama.. bila Puteri nak mengandung?" soal Tengku Mona. Serentak itu Puteri tersedak kerana tertelan ayam yang masih belum dikunyah hancur. Berkerut wajahnya menahan perit dibahagian tekak. Lantas Dania mencapai gelas air oren lalu dihulur pada Puteri. Puteri merampas gelas itu lalu diteguk laju. Puteri menghela nafas lega.

Tengku Mona mula gelisah. "Puteri okay ke?. Maaflah kalau soalan mama ni buat Puteri terkejut"

Puteri menggeleng laju. "tak.. Puteri dah okay.." kata Puteri perlahan.

Dania tergelak kecil. Dia mula bangun dari duduknya kemuadian berjalan masuk kedapur untuk mencuci pinggan yang telah digunakan. Begitu juga dengan Puteri dan Tengku Mona. Kemudian mereka kembali ke ruang tamu.

"Puteri bila nak mengandung?. Mama tak sabar nak dapat cucu sulung dalam keluarga ni" kata Tengku Mona teruja.

Puteri tersenyum kecil. "entahlah ma. Belum ada rezeki lagi kut"

Tengku Mona mengangguk faham.

"kalau Puteri nak tahu, dulu masa mula-mula mama mengandungkan Darren, mama taktahu pun yang mama mengandung. Nak tahu sebab ape? sebab papa yang dapat alahan ibu mengandung. Mama okay je..takde apa-apa pun"

"aik? kenapa pulak?"

"tak tahulah, mama yang mengandung. Tapi papa yang sakit teruk. Ada satu hari tu, mama tengah berehat. Tiba-tiba papa kata papa mengidam nak makan durian. Tak ke pelik tu?. Mama dengan papa pun pergilah keluar cari durian. Sebab kalau tak dapat nanti, dia akan nangis. Manja betul!"

Puteri tergelak kecil. Tak sangka perangai manja Darren ni turun dari Tengku Faliq. Sedingin-dingin wajah Tengku Faliq, rupanya ada sifat manjanya. Sebijik macam perangai Darren. Muka dingin tapi manja kalah kucing!. Heii.. nasib hensem jelah. Kalau tak dah lama aku hempuk muka dia pakai lesung batu.

"lepastu bila mama mengandungkan Dania, papa takde lagi kena alahan tu. Mungkin sebab mama mengandung anak perempuan kot? jadi effect tu tak kena pada papa. Mama pulak yang sakit sana sakit sini. Mengidam itu mengidam ini. Sampai pening papa nak melayan. Tapi nak buat macam mana kan?. Ibu mengandung ni kena layan baik-baik. Takboleh berkasar, jangan buat dia stress sebab takut effect pada baby. So nanti bila Puteri mengandung, mesti Darren akan layan kerenah Puteri. Like a true princess" kata Tengku Mona dengan senyuman kecil.

Puteri tersenyum lebar. Betul ke apa yang aku dengar ni?. Darren akan layan aku baik-baik bila aku mengandung nanti?. Seriously?!.

"okay lah mama, Puteri nak naik ke bilik dulu. Nak solat Zohor sekejap. Nanti kita sambung borak lagi ye" pamit Puteri.

Tengku Mona mengangguk. "yelah, mama pun nak solat jugak. Lepastu nak berehat"

Selesai menunaikan solat Zohor, Puteri mengatur langkah ke pintu utama. Selipar jepun disarung, kemudian kakinya menuju ke tanam mini ditepi rumah agam keluarga tengku itu. Kerusi buaian menjadi tempatnya melabuhkan punggung. Puteri termenung seketika sambil menggerakkan kerusi buaian itu.

Dania yang berada di halaman rumah mengerut dahi saat dia terpadang sekujur tubuh kakak iparnya yang sedang duduk dibuaian taman mini mamanya. Fail-fail kerjanya diambil dari dalam perut kereta bahagian penumpang belakang. Sesudah itu, dia mengatur langkah kearah kakak iparnya.

"akak" panggil Dania. Namun, Puteri masih lagi dalam lamununannya. Dania merengus, kemudian dia meletakkan fail-fail pesakitnya diatas meja berdekatan.

"akak!" sergah Dania kuat.

Puteri terperanjat dengan bahu terhinjut. Terus mati lamunnanya tadi. Terkebil-kebil matanya memandang Dania yang berada disisinya.

"ke..kenapa ni?" soal Puteri.

"takde ape, yang akak duduk sini sorang-sorang kenapa?. Jomlah masuk, dekat sini panas" kata Dania mendatar. Tangannya naik melindung mata dari bertentang dengan cahaya matahari.

Puteri menggeleng perlahan. "takpelah, akak nak duduk sini tengok bunga. Kalau Nia nak masuk, Nia masuklah" kata Puteri lembut.

Kening Dania bertaut. Lantas dia melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan dengan Puteri. Wajahnya mulus kakak iparnya di tenung lama.

"akak ada masalah ke?" soal Dania tiba-tiba.

Puteri tersentak. Pandangannya dialih pada Dania.

"eh mana ada. Siapa cakap dekat Nia yang akak ada masalah?" kata Puteri, acah tenang. Bibirnya dibuat-buat ketawa.

Dania mengangkat kedua belah bahunya. "entah. Tapi tengok riak wajah akak pun Nia dah tahu yang akak ada masalah. Kan?" kata Dania. Kening sebelahnya diangkat berkali-kali.

Puteri terdiam sejenak. Riak wajahnya cuba dikawal.

"ak.. akak"

"akak gaduh dengan abang kan?" cantas Dania laju.

Puteri terkedu. Air liurnya ditelan kesat. Macam mana budak ni boleh baca fikiran aku?. Genius betul otak dia?. Pandangannya dialih kearah lain.

"so? am i right?"

Puteri hanya diam. Angguk tidak, geleng pun tidak. Jarinya mencubi sesama sendiri bagi menghilangkan rasa resah dihati.

Dania mengangguk perlahan. Betullah tekaannya tadi. Lihat wajah saja pun dia sudah tahu. Mesti ada masalah dengan abangnya.

"cerita dekat Nia, apa yang abang yang dah buat dekat akak sampai korang berdua bergaduh?"

Puteri mengeluh kecil. "bukan salah abang Darren. Tapi salah akak, akak yang main tuduh melulu. Akak terlali ikutkan perasaan. Semuanya berpunca pada akak" luah Puteri.

Dania mengerut kening. "jap, Nia tak faham. Apa sebenarnya yang dah jadi ni. Cerita dengan Nia. Now!"

Puteri mengangguk perlahan. "mastu akak keluar dengan Emiya, kawan akak. Abang tinggal sorang-sorang dekat rumah. Lepastu.."


Isteri Tengku Kyle ✓ Where stories live. Discover now