10

6.4K 186 5
                                    

Pejam celik pejam celik, harini sudah pun hari ahad iaitu itu hari hujung minggu. Bagi orang hari ahad ni merupakan hari untuk bersantai-santai dan bermalas-malasan dirumah, tapi tidak pada Puteri. Harini dia perlu pergi ke rumah keluarga Darren untuk berbincang tentang hal perkahwinan mereka.

Darren sudah menghubungi keluarganya yang berada di luar negara. Terkejut beruk ibubapanya kerana mendengar permintaan anak teruna mereka. Siapa saja yang tak terkejut tiba-tiba anak minta kahwin? haihh.

"Puteri! Turun lah. Darren dah sampai!". Laung Emiya kuat.

Puteri tersentak dari termenung. Terus dia berdiri dan keluar dari biliknya.

"tu hah, your future husband dah sampai. Elok-elok jumpa your future mother in-law nanti yee". Sakat Emiya dengan senyuman nakal.

Puteri menjeling wajah kawan baiknya. Di dalam hatinya hanya tuhan saja yang tahu bertapa berdebarnya jantungnya. Rasa macam nak melompat keluar saja.

"Miya, doakan I".

Kata-kata Puteri membuatkan Emiya tergelak besar. Terbahak-bahak dia mengertawakan Puteri.

"you ni kenapa?. Dah macam nak pergi berperang pulak HAHAHAHA". Ujar Emiya dengan sisa ketawa.

"I is nervous je". Ujar Puteri lalu menepuk lengan Emiya.

Pin! Pin!

"haa tu suami dah you dah bising. Pegi cepat". Usik Emiya sambil menolak bahu Puteri.

✰✰✰✰✰

Di dalam kereta, Puteri hanya mendiamkan diri. Jari-jemarinya bermain antara satu sama lain untuk menghilangkan rasa gugup. Darren pula hanya menfokuskan pemanduannya. Fokus betul dua memandu.

Tiba di sebuah rumah agam 3 tingkat milik keluarga Darren, mereka berdua keluar dari perut kereta. Membuntang mata Puteri apabila melihat taman mini di tepi kolam ikan itu. Cantik dan luas halamannya. Tenang sekejap fikirannya.

"taknak masuk ke?". Tegur Darren apabila melihat Puteri seakan terpukau melihat taman mini rumah keluarganya.

Puteri terkejut lalu mengurut perlahan dadanya. Puteri mula berjalan dan membuntuti langkah Darren sehingga tiba di pintu utama.

"assalamualaikum mama". Ucap Darren dengan senyuman.

Puteri yang berada di sebelah sudah terkedu. 'Pandai bagi salam rupanya mamat ni'. Kutuk Puteri di dalam hati.

"waalaikumusalam anak mama. Ni ke bakal menantu mama?". Soal Tengku Mona Khaleila mesra.

"ye ma, inilah orangnya". Jawab Darren.

Tengku Mona Khaleila mengangguk. Pandai anaknya memilih pasangan. Cantik orangnya.

"dah jom masuk. Puteri, jemput lah masuk". Pelawanya dengan senyuman manis.

"okay"

Tiba diruang tamu, Puteri duduk bersebelahan dengan Darren. Masing-masing diam tidak berkutik.

"korang berdua duduk kejap ye. Mama dengan mak Piah nak buat minum petang sekejap". Pinta Mona lalu melangkah masuk kedapur.

Puteri dan Darren hanya mengangguk. Mata Puteri meliar melihat segenap ruangan ruang tamu itu. Terdapat frame yang besar dan terdapat satu gambar keluarga bahagia di situ. Puteri gambar itu, ada 2 orang dewasa, mungkin itu mama papa dia. Dan 2 orang kanak-kanak lelaki dan perempuan, budak lelaki itu mesti Darren, tapi siapa perempuan tu?.

"Kau tak reti nak bukak mask ke?". Soalan itu membuatkan Puteri tersentak.

"erkk sorry". Ujar Puteri lalu membuka masknya.

Isteri Tengku Kyle ✓ Where stories live. Discover now