79

2.1K 89 1
                                    

     Puteri melabuhkan punggung dikerusi besi ditaman mini. Dia baru sahaja selesai menyiram pokok-pokok bunga dan tanaman lain. Peluh yang merenik didahi dilap menggunakan hujung lengan. Kemudian tangannya dikibas-kibas pada muka berkali-kali. Panas!. Dirumah ini hanya ada dia, Dinnie, Dinnash dan Emiya sahaja, memandangkan harini Darren dan Zafran pergi ke Faliq's Holdings atas urusan menyelesaikan masalah kecil disana. Jadi tinggal lah mereka berempat. Terasa sunyi lah sikit suasana rumah ni.

Puteri merehatkan diri sambil matanya melihat burung-burung beterbangan di langit. Sungguh indah hidup burung. Terbang kesana kesini melihat ciptaan tuhan tanpa halangan.

Minggu depan merupakan hari lahir kembar. Siapa lagi kalau bukan Dinnie dan Dinnash. Ulang tahun kelahiran mereka yang ke 4 tahun. Sekejap saja masa berlalu, rasa macam baru aje mereka dikeluarkan saja dari perut. Puteri bersyukur Allah memberikan dia 2 cahaya mata yang sangat berharga dihatinya dan suami. Tanpa mereka berdua, perkahwinan mereka ini tidak bermakna. Selepas kelahiran mereka, muncul satu titik bahagia di dalam keluarga dan titik itu sudah pun membesar dan menjadi sinar kebahagiaan yang sangat penting dalam hidup Puteri dan Darren.

Tanpa sedar airmata keibuan Puteri mengalir perlahan dengan senyuman nipis dibibir.

"Puteri"

Puteri tersentak. Cepat-cepat dia mengelap airmata itu.

"Ye Miya, you nak ape-ape ke?" tanya Puteri. Senyuman manis dihadiahkan.

Emiya membalas senyuman itu. Kemudian menggeleng.

"I taknak ape-ape. Cuma--" kata-kata Emiya terhenti.

Puteri mengerut dahi. "Cuma ape?"

"em.. cuma petang ni I kena pergi rumah abang Emir. Dia suruh I tidur rumah dia dalam 2 ke 3 hari macamtu. You tak marah kan kalau I pergi?" ujar Emiya dengan senyuman kelat.

Puteri membuat muka blur. Cuba mentafsir kata-kata Emiya. Beberapa saat kemudian dia tergelak. Peha Emiya ditepuk kuat.

"apa you merepek ni, Miya?. Kenapa pulak I nak marah you kalau you nak tidur rumah abang Emir?. Kan rumah abang you. Lainlah kalau you tidur rumah orang yang I tak kenal" kata Puteri lalu menepuk lagi peha Emiya.

Emiya tersengih. Sedar dengan kebodohan sendiri.

"So, you tak marah lah ni?. Thank you Puteri Amanda Milayla!" tubuh Puteri dipeluk kemas. Puteri ketawa kecil lalu membalas pelukan itu.

Tiba-tiba Emiya terfikirkan sesuatu. Pelukan dileraikan.

"Tapi macam mana kalau twins cari I?"

"Don't worry lah, pandai-pandai lah I cakap dekat diorang nanti. You perlu risau pasal satu ni je" kata Puteri bernada serius.

"apadia?" keningnya bertaut hairan.

"Zafran cari you" kata Puteri lalu ketawa kuat.

Membuntang biji mata Emiya. Lengan Puteri ditampar kuat sehingga dia meringis sakit.

"tak kelakar" kata Emiya mendatar. Mukanya cemberut habis.

Puteri masih lagi galak ketawa. "ala.. you ni gurau sikit je pun tak boleh" rambut Emiya yang terjuntai ditarik sedikit. Suka dia mengusik Emiya. Memang dari mereka tinggal serumah dah biasa main tarik-tarik rambut ni.

"Puteri!!" jerit Emiya geram. Puteri ketawa kuat. 

------

  Selesai makan malam, Puteri membuat keputusan untuk naik keatas setelah siap membasuh pinggan bersama Emiya. Bilik Darren dituju lalu pintu dikuak. Ternyata Darren sedang berdiri dibalkoni. Bibir Puteri mengoyak senyuman jahat. Muncul satu idea jahat di fikirannya.

Terjengket-jengket dia menapak kearah suaminya.

"askar... TEGAK!" pinggang Darren dicucuk. Spontan tubuh Darren menegak seperti askar ingin berkawad. Matanya terbuka luas.

Puteri menghambur ketawa terbahak-bahak sehingga terkeluar airmata. Darren memusingkan badan menghadap isterinya dengan wajah bengang. Dahi Puteri dijentik kuat.

"auch!!. Sakitlah abang!" marah Puteri. Dahinya terasa berbisa itu digosok kasar. Habis merah dahi aku.

"Sakit?. Yang kau cucuk pinggang aku tadi, ingat tak sakit ke?. Dah lah kuku tajam!" kata Darren, dingin. Mata hazelnya menikam tajam anak mata hijau itu.

Mulut Puteri memuncung panjang. "saya nak gurau dengan abang je pun" kata Puteri perlahan. Tangannya masih lagi menggosok-gosok dahi yang memerah.

Darren menghembus nafas perlahan. Tangan isterinya yang berada didahi dialihkan. Puteri hanya melihat tingkah laku suaminya.

Sebuah kucupan hangat dilabuhkan pada tempat yang dia jentik tadi.

Puteri terkedu. Tubuhnya kejung seperti askar. Tak berkelip matanya.

"I'm sorry Princess. Sakit lagi ke?" soalnya bernada lembut. Tubuhnya ditundukkan ingin melihat wajah isterinya.

Puteri meneguk liur dengan susah. Dia cuba bersuara tetapi sukar untuk dikeluarkan. Macam ada bende yang tersekat dikerongkong.

"hei.. I ask you. It's still hurt? "

"erk.. tak. Tak sakit dah" jawab Puteri, gugup.

Darren menguntum senyuman manis.

"oh ya! actually, I've something to tell you" ujar Darren apabila dia teringat sesuatu.

Kening Puteru berkerut. "apa?"

"abang akan fly ke Bali Jumaat ni sebab ada masalah yang nak kena settelkan. Projek dekat sana sedikit low untuk penambahan maju. Sayang ok kan?" kata Darren.

Puteri terdiam beberapa saat. Pergi Bali? masalah kerja?. Tiba-tiba dia teringatkan kejadian beberapa tahun lepas. Dimana Darren diperangkap oleh Alice, di Bali. Adakah Puteri perlu menghalang suaminya supaya tidak pergi. Dia takut kejadian lama terjadi semula. Dia taknak, dia taknak kehilangan suaminya.

"abang.." panggil Puteri dengan suara tertahan-tahan. Airmata sedaya upaya ditahan agar tidak merembes keluar.

Hati Darren terasa sakit apabila melihat mata hijau itu berkaca-kaca. Dia agak panik, tetapi dia cuba bersabar.

"sayang, why you crying?. Abang ada tersalah cakap ke?" tanya Darren, agak gelabah.

Puteri menggeleng tanda tidak.

"boleh tak abang jangan pergi. Saya takut abang diperangkap Alice lagi. Saya taknak kehilangan abang. Saya sayang abang.." luah Puteri sayu.

Darren tersenyum nipis. Ingatkan fikir ape lah tadi.

"Princess, are you forget?. Alice in jail, sayang. No need to worry about me. Lagipun abang bukan pergi bukan seorang, I'm going there with Zafran. Dah lah.. stop crying, it's hurt me so damn much" ujar Darren lalu mengusap tangan isteri.

Puteri yang lemah tidak dapat menahan airmata, akhirnya merembes keluar juga. Tersedu-sedan dia menangis. Darren menarik tubuh kecil itu kedalam pelukannya. Puteri menghambur tangisan didada bidang suaminya. Terhinjut-hinjut bahunya.

Shhhsss

"I know you're really worried about my safety. Tapi kan Alice dah masuk penjara, seumur hidupnya. So, nothing else wants to worry about it anymore" kata Darren, lembut. Cuba ingin meredakan hati gusar isterinya.

Rambut coklat Puteri dielus lembut dengan jari-jemari kasarnya. Setelah 10 minit berperang dengan airmata, akhirnya Puteri tertidur didalam dakapan Darren.

"Goodnight Princess Amanda Milayla" ucap Darren. Kemudian dia mendukung tubuh Puteri dengan gaya bridal style dan diletakkan diatas katil. Selimut ditarik paras bahu.

Sebuah kucupan dihinggap didahi isterinya.

"I'm sorry for my mistake"


♡︎♡︎



Isteri Tengku Kyle ✓ Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang