Special Chapter

2K 58 1
                                    

15 tahun kemudian..

"Goodmorning Cik Elena.." ucap seseorang dimuka pintu biliknya. Pantas Elena membangunkan tubuhnya apabila terdengar suara garau tersebut.

"Ish abang Iyan ni.. terkejut kita tau" marahnya kepada si abang. Eldian yang masih tercegat disitu hanya tersenyum tipis.

"Turun bawah sekarang. Mommy daddy panggil. Oh ya, jangan lupa mandi" pesan Eldian lalu beredar meninggalkan bilik adiknya.

Elena mengeluh kecil. Dengan terpaksa dia pergi masuk kedalam tandas untuk membersihkan diri.

~

"Mommy daddy!!" panggil Elena dengan riang. Puteri yang melihat anak bongsunya berlari kearahnya turut tersenyum. Malah tidak pula pada Darren. Dia berdengus halus tanda tidak puas hati.

"Semakla budak ni. Aku baru nak manja-manja dengan isteri aku" gumamnya perlahan. Elena yang berada didakapan Puteri dia jeling tajam.

Puteri yang seperti terdengar sesuatu menoleh kearah suaminya.

"Awak cakap ape?"

"Takde ape. Huh!" keluh Darren dengan mulut muncung seperti itik serati.

Ya, inilah puteri bongsu mereka bernama Tengku Puteri Daisy Elena binti Tengku Darren Kyle. Bagaimana budak ini boleh wujud? kerana atas permintaan si adik kembar iaitu Tengku Putera Dinnash Eldian beberapa tahun lepas. Rungutnya, nama sahaja ada kembar tetapi serupa macam tiada. Dinnie sering melakukan hal sendiri dan lebih suka bersendirian. Sebab itula dia minta adik. Jadi, sebagai ibubapa yang baik mereka perlulah menunaikannya permintaan tersebut.

Dan kini usia Elena meningkat ke 15 tahun. Si kembar Dinnie dan Eldian pula sudah berumur 21 tahun. Sungguh tak disangka cepat sungguh masa berlalu.

"Ada ape mommy daddy panggil kita?" soal Elena setelah berminit-minit didalam pelukan mommy nya.

Puteri mengutum senyuman. Kemudian dia memandang ketepi melihat wajah separuh tampan suaminya. Yela, sebab dah tua kan?

Darren seakan faham akan maksud pandangan itu lalu mengangguk.

"Kita satu family nak pergi Brazil!!!" jerit Puteri dengan penuh teruja. Sungguh tidak berubah sikapnya dari muda hingga sekarang.

Membulat anak mata hijau Elena. Betul ke? dia tidak salah dengar?.

"Yeayyyy!!!! pergi Brazil uhuuu!!!" sorak Eldian secara tiba tiba. Entah dari mana muncul pun tidak tahu.

"Waa!! mommy, kita tak sabar nak jumpa tokbu, tokyah, nenek dan atuk. Rindunya dekat mereka!" Elena tersenyum hingga menampakkan giginya yang rata. Sungguh dia tidak sabar pergi kesana ingin berjumpa keluarga disana.

Setelah beberapa minit, muncul figura Dinnie di pintu utama. Dia sedang membuka sebelum masuk kedalam rumah. Terus Elena berlari mendapatkan abangnya.

"Abang Iyas! nantikan kita semua nak pergi Brazil. Abang Iyas happy tak? kita happy sangat!. Tak sabarnya!!" kata Elena sambil menepuk-nepuk tangan berkali-kali.

Dinnie hanya memandang muka adiknya yang kelihatan sangat teruja itu. Tinggi Elena hanya paras pinggangnya sahaja apabila dibanding dengan dirinya yang 191cm. Dia memandang Elena dengan riak wajah kosong.

"Kau pergi saje la. Aku sibuk" kata Dinnie tanpa nada.

Pap! hati Elena tiba-tiba tersentap. Senyuman yang terlakar dibibir serta merta terpadam. Dia mendongak memandang abang sulungnya. Dapat dia rasakan matanya sudah berkaca-kaca.

"Abang Iyas.. taknak pergi..?" soal Elena dengan suara bergetar.

Dinnie tidak menjawab malah dia mengangguk tanda 'ya'. Dengan respon itu lagila membuatkan hatinya Elena berasa sakit.

"Tapi.. kenapa?"

"Because I'm busy, Elena. Banyak bende aku perlu selesaikan. Lagipun Eldian kan ikut. Apa yang kau nak sedih sangat?" ujarnya tanpa perasaan.

Perlahan-lahan Elena menunduk memandang lantai. Airmata sedikit demi sedikit mengalir membasahi pipi.

"Kita nak family kita complete pergi sana. Kita nak abang kita dua dua pergi. Tapi.. nak buat macam mana kan?. Abang Iyas sibuk. Takpela" kata Elena mengelap lembut airmatanya.

Dinnie tersenyum kecil. "Thanks for understand me, sweetheart" katanya lalu pergi menuju kearah lif.

"Oh my bunny. Please dont waste your tears. It's hurt me.. Takpe, nanti abang Iyan belasah dia, paksa dia pergi juga. Ok, bunny?" pujuk Eldian lalu menggosok kepala adik kesayangannya.

Elena mengangguk perlahan.

Puteri dan Darren hanya melihat drama anak-anaknya dengan perasaan sebak didada.

"Puteri sedih la, abang.." katanya lalu menyandarkan kepala pada bahu suaminya.

"Eleh, mengada la kau"

~

Eldian melangkah menuju ke bilik Dinnie. Dihadapan pintu bilik itu tertulis nama 'Elyas's Room'.

BUM!

Dinnie yang sedang fokus membaca buku di meja luar koridor hanya meneruskan fokusnya. Seperti sudah biasa.

Tanpa berkata Eldian terus menghempaskan tubuh sasanya diatas katil empuk itu. Hei.. dah la bilik gelap, cadar katil pun warna hitam, lampu pun bukak satu saja. Itupun lampu belajar.

"Erm.. Elyas" panggil Eldian.

"Hm?"

"Kenapa kau taknak ikut pergi Brazil sekali?. Kesian la sikit dekat Elena. Dari tadi dia nonstop menangis sebab terasa dengan ape kau cakap siang tadi" kata Eldian, terselit juga kemarahan.

Dinnie mengangkat kedua belah bahu. "How did you know she crying about me?" soalnya, mata masih tertumpu pada buku yang dibaca.

Eldian mendengus geram. "Kau ni bodoh ke takde perasaan?. Elena cerita dekat aku everything. Dia terasa dengan setiap bait perkataan yang keluar dari mulut kau. Dia nak kau pergi. So kau pergi ajela!!" hambur Eldian. Dia mengepal penumbuknya sekuat hati. Mahu saje dia menumbuk muka kacak lelaki itu.

"Tengok la macam mana" balas Dinnie, ringkas. Cukup membuatkan Eldian melopong. Itu saja dia berkata?

"Bro, Elena is our sister. Tolongla ikut permintaan dia. Kau pun tahu kan, keluarga lain dekat dah plan macam-macam untuk dia. Please jangan hampakan dia" kata Eldian lalu turun dari katil. Dia melangkah ke arah Dinnie yang masih berdiam diri.

"Ingat ape aku cakap. Goodnight. I love you. Muah!" satu kucupan hinggap dia pipi Dinnie. Kemudian dia berlari sepantas kilat keluar dari bilik abangnya.

Membuntang biji matanya. Dia terkejut. Buku yang berada ditangannya digenggam sekuat hati.

"shit this kid" pipinya digosok kasar bagi menghilangkan najis ciuman Eldian. Nafas dihela panjang saat teringatkan wajah muram Elena siang tadi. Dia pastikan budak itu merajuk dengannya.

"I'm sorry, sweetheart"

Isteri Tengku Kyle ✓ Where stories live. Discover now