19

5.1K 199 4
                                    

"Assalamualaikum" ucap Puteri seraya melangkah masuk kedalam rumah agam mertuanya.

Dia baru sahaja bekerja bersama Cik Manggis. Rasanya sudah seminggu dia tidak bekerja. Jika disoal Cik Manggis, Puteri hanya menjawab demam panas.

Puan Fairose yang duduk dikerusi menjengukkan kepala untuk melihat siapa yang memberi salam. Terlakar senyuman di bibirnya.

"waalaikumusalam. Olà sayang"

Puteri tersenyum kecil. Dekat malaysia pun masih lagi menggunakan bahasa Brazil.

"mana ayah, ibu?" soal Puteri.

"ayah kamu pergi ikut Tengku Faliq ke office. Tinggallah ibu dengan Tengku Mona je" ujarnya. Puteri mengangguk faham.

"kenapa? kamu nak tanya apa apa ke?"

Puteri menggeleng. "nope. Puteri rasa sedih sikit, kenapa ibu dengan ayah cepat sangat nak balik brazil eh? duduk lah sini lama sikit. Tak puas lagi Puteri nak bermanja dengan ibu" rungutnya. Bibirnya mencebik.

"nak buat macam mana? dah ibu dengan ayah ada kerja dekat sana. Karang kalau tak tengok rumah tu, bersawang pulak nanti. Silap hari bulan, boleh ada penunggu nanti"

"ish.. ibu ni. Maksud Puteri, nanti nantilah balik tu. Balik la lagi 2 3 minggu ke?.."

"kamu dah lupa yang kamu dengan Darren kene pergi brazil jugak ikut kami? kamu kan kene pergi honeymoon" ujar Puan Fairose.

Puteri terdiam sejenak. Honeymoon? aku dengan dia pun kahwin sebab nak tutup malu keluarga. Apahal pula nak kene pergi honeymoon?.

"ermm.. Puteri.."

ehem!

Air liurnya ditelan kesat. Darren di hadapan meja sedang memerhatinya tajam. Apa salah aku sampai dia pandang macam tu?, desis hati puteri.

"ibu. Darren nak pinjam Puteri sekejap boleh tak?" pintanya lembut bersama senyuman.

Puteri memandang Puan Fairose dengan gelengan laju. Namun tidak dipandang oleh ibunya.

"boleh. Boleh sangat Darren. Puteri sekarangkan dah jadi isteri kamu? so? you can do anything what you want from her" sinis Puan Fairose. Terbeliak biji mata Puteri. Tidak jangka, ibunya akan berkata begitu.

Darren tersenyum menang. Terus dia mengajak Puteri naik keatas. Puteri hanya mencebik bibir. Apasal jantung ni asyik berdegup je eh. Penat lah macam ni..

"awak nak ape?" soal Puteri.

"aku lapar. Masakkan aku tomyam" ujar Darren sambil bermain telefonnya.

"mama kan dah masak. Awak jangan nak mengada-ngada boleh tak?. Penat mama awak masak, tapi awak tak makan" bentak Puteri. Suara ditahan-tahan dari meninggi.

Darren memandang Puteri. Dia tersenyum sinis.

"aku pelik, semenjak kita kahwin. Kau dah berani eh nak melawan cakap aku. Kalau tak dulu bukan main baik lagi kau ek? cakap sopan aje?"

"saya bukan nak melawan cakap awak. Tapi perangai awak tu buat saya macam ni. Cuba appriciate sikit ape yang mama masak. Tak boleh?"

Darren mendengus geram. Dia mula bangun melangkah mendekati Puteri. Puteri mula tidak keruan. Kecut perutnya melihat renungan tajam Darren.

"kalau kau tak boleh nak buat. Cakap je tak boleh, tak payah nak menjawab. Fine! lepasni jangan harap aku nak turun makan. Kau keluar sekarang! keluar!" halaunya. Terkedu Puteri dibuatnya. Tak sangka disebabkan dia melawan cakap sikit sahaja, dah kena marah sampai macam ni.

"aw.. awak. Saya minta maaf. Saya takde niat.."

"aku kata keluar kan? yang kau bercakap lagi ni dah kenapa?! keluar!" cantas Darren kuat. Terhinjut bahu Puteri.

Dengan langkah laju, Puteri berlari keluar dari bilik itu. Takut dia melihat muka singa Darren.



Dania yang baru sahaja balik dari tempat kerjanya mengerut kening saat ternampak tubuh kakak iparnya duduk berseorangan di taman mini luar rumah. Dengan perlahan-lahan dekat berjalan kearah Puteri.

"akak?" sapa Nia.

"eh Nia. Awal Nia balik harini, selalu bukan balik petang ke?" tanya Puteri.

Dania melabuhkan punggung dikerusi hadapan Puteri. Senyuman manis terukir dibibirnya.

"haah, memang selalu balik petang. Tapi entah kenapa pulak ketua pemantau kitaorang suruh balik awal" ujarnya. Puteri mengangguk faham, dan kembali termenung jauh.

Nia mengerut kening memandang Puteri.

"akak okay ke?" soal Dania. Namun Puteri masih lagi termenung jauh. Nia mengeluh kecil. Sah! ni mesti ada masalah ni.

"akak, akak okay tak? kalau ada apa apa problem, you can share with me"

Puteri mengeluh berat. Jari jemarinya bermain sesama sendiri. Taktahu nak cerita macam mana.

"hmm macam ni ceritanya.. sebenarnya abang Darren merajuk dengan akak" katanya perlahan.

"what? sulking?" terlopong luas mulut Nia.

Puteri mengangguk. "ya, sebab akak taknak masak tomyam dekat dia. Yelah, mama dah banyak masak lauk pauk untuk tengahari ni. Tetiba pulak ni minta tomyam. Habis sapa nak makan lauk mama tu. Tak ke membazir?" bentak Puteri geram.

Dania yang mendengar ketawa kecil. Patut lah merajuk. Perangai manja abangnya sudah datang.

"memang lah dia merajuk. Dah akak tak masakkan" ujar Nia.

Puteri mengerut kening tidak faham. "what do you mean, huh?"

"I mean, abang tu kan manja?. So, that's mean dia nak bermanja dengan akak. Perangai manja abang tu selalu datang secara tiba-tiba. Akak tahu tak, ada satu hari tu. Mama masak banyak lauk pauk tau, sedap-sedap pulak semua. Then, you know what? abang tiba-tiba minta maggi kari. Tak ke naik angin mama masa tu. Nak tak nak, terpaksalah mama masakkan jugak. Kalau tak nanti dia merajuk sampai tak keluar bilik. Baik akak pergi masak sekarang. Kalau tidak, seminggu dia tak keluar bilik" terang Nia berbaur kutukan pada abangnya. Dah abang aku takde kan? takpelah kalau cerita. Hihi..

Membuntang mata Puteri mendengar cerita perangai Darren. Seriously babe?!.

"pergi la kak masak. Karang bertambah 2 kali ganda minggu dia tak keluar bilik" sinis Nia.

Puteri sudah kelam kabut. Pantas dua berlari anak masuk kedalam rumah dan menuju kedapur.

"susah betul dapat suami perangai macam kucing ni" desis Puteri.

Dania tersenyum melihat kakak iparnya berlari kedalam rumah.

"sabar jelah kak dapat suami perangai macam tu. Bila time marah tu mengalahkan singa kelaparan. Bila time nak bermanja tu kalah kucing" ujar Nia seorang diri. Kepala tergeleng berkali kali.




Isteri Tengku Kyle ✓ Where stories live. Discover now