24

4.7K 154 4
                                    

"Assalamualaikum"

Darren dan Puteri melangkah masuk kedalam rumah agam papa Darren. Masuk saja, terus Darren pergi ke tingkat atas. Puteri pula hanya terpinga-pinga melihat suaminya.

"Puteri, mana suami kamu?" tanya Puan Fairose.

Puteri menggaru kepalanya yang gatal.

"erk.. dia dekat atas. Penat sangat kot drive tadi" kata Puteri. Puan Fairose mengangguk faham.

"yelah. Ibu nak siram pokok sekejap ye. Pergi teman suami kami dekat atas tu" kata Puan Fairose sebelum berjalan keluar dari rumah.

Puteri melihat disegenap rumah itu. Besar, cantik dan tersusun. Walaupun rumah itu milik Tengku Faliq sepenuhnya, tetapi dia meletakkan amanah kepada Encik Zuhri untuk menjaga. Iaitu ayah Puteri.

Dengan jalan yang berlenggang-lenggok, Puteri masuk kedalam lif dan menuju ke tingkat 3.

Krek!

Puteri memulas tombol pintu bilik dari luar. Puteri menjengulkan kepalanya dan mencari kelibat suaminya, tapi tiada. Hujung ibu jarinya digigit perlahan.

"apesal aku rasa rasa tak sedap hati ni?" soalnya sendiri.

Puteri mengeluh kecil. Tubuhnya dihempas diatas katil sebelum memejam mata beberapa minit.

Darren yang baru selesai mandi terkejut melihat sekujur tubuh Puteri sedang terbaring diatas katil. Terbit senyuman nakal dibibirnya. Kakinya mula melangkah ke arah katil lalu badannya dibaringkan secara mengiring menghadap Puteri.

"erghh!!" Puteri menggeliat kecil.

Kelopak matanya dibuka perlahan. Tiba-tiba hatinya terdetik untuk menghadap kekiri.

"argh!" jerit Puteri kuat. Dengan pantas tangannya naik memeluk tubuh.

Terperanjat dia melihat Darren sedang berbaring disebelahnya. Apa yang lagi memeranjat ialah Darren hanya memakai tuala paras pinggang sahaja sambil merenung tajam ke arahnya.

"kenapa dengan awak ni? apa awak nak buat dekat saya?!" soal Puteri kuat. Nasib baik tak luruh jantung tau.

Darren tersenyum menyenget. Yes! berjaya pun dapat terkejutkan dia hahaha. Tubuhnya didekatkan pada Puteri.

"kenapa? takut?" soal Darren menggoda.

"tak. Awak pergilah pakai baju sana. Saya nak turun bawah tolong ibu" kata Puteri ingin beredar dari situ.

"no need. Baik kau duduk sini layan aku. Dapat pahala, berganda-ganda lagi" bisik Darren di telinga Puteri.

Puteri terkedu. Tubuh keras bak batu.

"no and never" kata Puteri tegas.

"ha ape no no?. Kau lupa ke ape tujuan kita datang sini. Kita datang sini nak honeymoon tau"

Puteri senyum sinis.

"awak dah lupa ke ape tujuan kita kawin?. Kita kawin sebab nak tutup malu kalau saya mengandung. Mengandungkan anak awak!. Saya ni perempuan ada maruah. Awak sendiri yang kata kan, yang awak nak bertanggungjawab ke atas saya, walaupun kita taktahu siapa puncannya. Dan awak sendiri juga yang kata, awak akan ceraikan saya bila kes ni dah selesai" kata Puteri sebelum dia keluar dari bilik itu.

Darren tersentak dengan kata-kata Puteri. Ye, memang betul apa yang Puteri kata kan. Jika kes ini selesai ataupun sudah tahu siapa punca, dia akan ceraikan Puteri. Tapi sekarang dia telah ubah fikirannya. Darren sudah mula sayang dan cintakan Puteri dengan sepenuh hati. Cuma Puteri saja yang tidak perasan.

Isteri Tengku Kyle ✓ Where stories live. Discover now