15

5.2K 167 4
                                    

Tiba dihadapan butik perkahwinan, pantas Tengku Mona menarik tangan Puteri kedalam. Puteri hanya membuntuti saja Tengku Mona dari rumah sampai ke sini. Mahu kata taknak nanti terasa pula. Apakan daya, dia tiada khudrat untuk membangkang semua kehendak Tengku Mona. Nanti kalau bantah kene buang negeri pulak. Eh tibeh!

"ma.. mama kita nak buat ape dekat sini?" tanya Puteri.

"kita datang sini nak cari murtabak daging. Nak cari baju kahwin kamu lah apa lagi?"

Puteri tersengih menayang gigi. Ye tak ye juga ek?. "hehe"

"hye Mak Engku, mau datang sini nak cari baju kahwin ka?" sapa fashion designer itu ramah.

"hye Lily. Saya datang sini nak tempah dress wedding untuk menantu saya, takkan nak tempah nasi kandar pulak" kecil saja dia melihat yang tersengih dihadapannya. Kenapa harini semua tanya soalan bodoh. Tadi Puteri, sekarang Lily pula. Habis rosak moodnya harini.

"sorry Mak Engku. Wait, by the way, I think I macam pernah nampak ini menantu you" ujar Lily. Kepala tidak gatal digaru. Tiba tiba dia memetik jari dengan kasar.

"oh yah! I know who is she. You Puteri Amanda Milayla right? Cik Manggis Production's model. Am I right?" kata Lily dengan menjongketkan keningnya.

Perlahan lahan Puteri mengangguk. Senyuman manis dilempar mesra.

Lily semakin teruja. Dia menepuk tangannya berkali kali. Yes! tak sangka model yang paling MeletOp di Malaysia akan menjadi customer butiknya. Waaaa!!

"dah, sudah sudahla berborak. Kita datang sini nak discuss baju pengantin. Lily carikan baju yang cantik dan sesuai untuk Puteri. Pastikan saya nak corak yang sedikit elegen. Faham?" Arah Tengku Mona. Matanya masih fokus pada majalah pakaian. Sehelai demi sehelai, muka surat itu diselak.

40 minit kemudian..

"mama.. okay tak?"

Tengku Mona yang sedang menyelak majalah itu tersentak. Pandangannya dialihkan pada Puteri.

"Ya Allah cantiknya bakal menantu mama!" pujinya. Puteri tersenyum malu.

"so macam mana? okay?"

"okay sangat ni!" Sokong Lily.

"Okay sangat sangat Puteri, busana ni sesuai sangat dengan kamu. Darren mesti suka" kata Tengku Mona. Lily juga turut mengangguk setuju.

Puteri tersenyum puas. Tubuhnya dipusingkan menghadap cermin besar di sisi kanannya.

Cantik. Tidak terlalu kecil atau besar, sepadan dengan badannya yang cantik. Hiasan pada bahagian dada dan bahu terdapat manik-manik bunga kecil yang berkilauan gangsa. Begitu juga dengan bahagian pinggang dan lengan. Busana ini pula berwarna pink lembut dicampuri dengan warna putih. Sangat sesuai dengan kulitnya yang putih dan cerah. Sekali lagi dia tersenyum manis.

"Lily, saya nak konfemkan baju ni. Cantik sangat" ujar Puteri.

Lily mengangguk. "okay"

✰✰✰✰✰

"you nak apa datang sini? I dah cakap kan yang I taknak muka you muncul depan I?"

Sofea mencebik bibir. "I datang sini sebab nak ajak you lunch. That's all" balasnya selamba.

"Sudah la Sofea. I penat la dengan perangai you macam ni. Tak pernah matang" Emir meraut wajahnya.

"Ouh, dengan I you penat? huh?. Dengan perempuan tu? tu tak penat pulak?!. I datang sini just nak ajak lunch je. Yang you nak marah-marah I ni dah kenapa? Huh?" Bentak Sofea geram.

"Huh? perempuan mana pula you ni?. You jangan nak merepek sangat boleh tak?. Jangan tambah serabut kepala I. Kepala I ni dah cukup serabut nak fikirkan you tahu tak?" gertak Emir.

Sofea tersenyum sinis. "Okay fine. You serabut? serabut kan?. Kalau macamtu.. From now on we break up!. Puas hati? Hilang dah serabut?" Sejurus itu Sofea keluar dari pejabat Emir dengan hati yang hancur.

Emir menghantar pemergian Sofea dengan pandangan mata. Dia meraup wajahnya dengan sekuat hati.

"Arghh!!" Jeritnya kuat untuk melepaskan tekanan.



Isteri Tengku Kyle ✓ Where stories live. Discover now