38

3.5K 129 2
                                    

Seminggu kemudian..

"Assalamualaikum....Ibu! kami dah balik ni!" jerit Emiya dari luar rumah.

Puan Saleha yang berada di dapur terkocoh-kocoh berlari kehadapan pintu utama saat terdengar jeritan suara anak daranya.

"ya Allah Miya! bertuah punya budak balik tak bagitahu ibu. Abang kamu mana?" soal Puan Saleha seraya memeluk erat tubuh Emiya.

Emiya tersenyum gembira. "abang ada dekat kereta, ambik beg. Saja kami balik tak bagitahu ibu ayah. Nak buat suprise" kata Emiya lalu tergelak kecil.

"heii.. kalau bagitahu dulukan senang. Boleh ibu masak sedap-sedap untuk korang" kata Puan sambil menggelng kepala.

"ibuu!!!"

"Emir! anak teruna aku" kata Puan Saleha lalu memeluk tubuh sasa anaknya.

"amboi.. ibu tengok sejak kamu duduk sana, makin sado ye badan kau"

Emir tersengih kecil. "mana ada bu. Biasa je" mana tak sadonya, setiap hujung minggu pasti dia akan ke gyn untuk bina badan.

Puan Saleha mencebik bibir. "dah jom masuk, panas ni dekat luar ni. Sekejap lagi ayah kamu balik. Ada eloknya korang rehat dulu. Ibu nak sambung masak sekejap" ajak Puan Saleha. Emiya dan Emir hanya mengganguk.

Beg-beg pakaian mereka dibawa masuk kedalam bilik masing-masing. Bilik mereka tidak berubah walaupun satu peratus. Masih sama seperti dahulu. Dinding beralaskan papan kayu jati, begitu juga dengan lantai. Lantai kayu ye.. bukan mozek ataupun simen.

"dik, petang nanti ronda kampung nak tak?" ajak Emir dengan senyuman lebar.

Emiya menggeleng kepala tanda tidak mahu.

"taknak la, adik penat lah"

"alah.. jom lah"

"taknak" Emiya tetap menggeleng.

"jom lah..."

"taknak!"

"please.. jom lah.." pujuk Emir.

Emiya merengus geram.

"orang cakap taknak, taknak lah" jerit Emiya kuat. Bibirnya diketap kuat.

"Hei.. apa korang berdua ni. Dari dulu sampai sekarang asyik bergaaaduh je. Cubalah berlajar berbaik sikit" sampuk Puan Saleha dari dapur.

Emiya terdiam. Emir pula tersengih kambing.

"Fine! ergh!" kata Emiya geram. Tubuhnya direbahkan diatas katil single miliknya.

"thank you so much babygirl"

Emir bersorak gembira sebelum meramas kasar rambut adiknya sehingga serabai lalu keluar dari milik Emiya. Membuntang biji mata Emiya.

"abang!!!"

Puan Saleha menggeleng kepala. Hei.. anak.. anak.

Puteri mengeluh berat apabila memandang kereta milik suaminya bergerak keluar dari pagar rumah agam kedua ibubapa mentuanya. Dania yang berada disisi menepuk lembut bahu kakak iparnya.

"jangan risaulah kak.. abang dengan Zafran pergi tiga hari je pun, bukannya tiga tahun" pujuk Dania.

Puteri mengeluh. Rasa sunyi pula bila ketiadaan Darren dah Zafran. Kalau tidak ada juga lah suasana bising bila mereka berdua bergaduh. Ditambah pula dekat ketiadaan Tengku Faliq serta Tengku Mona. Katanya Tengku Faliq ada urusan syarikat di Brazil. Dan Tengku Mona pula, sebagai seorang isteri mestilah dia perlu inut kemana saja suaminya pergi. Tapi Darren, bila Puteri mahu ikut sekali, dia tidak benarkan. Katanya nanti Dania tiada kawan. Kalau Dania pergi kerja, sama saja. Aku takde kawan jugak.

Isteri Tengku Kyle ✓ Where stories live. Discover now