60

3.5K 128 2
                                    

Darren meraba-raba ruang sebelahnya, kerana ingin memeluk tubuh isteri ketika tidur. Namun, apa yang dia rasakan saat itu ialah kosong. Langsung tiada bayang tubuh Puteri. Darren memalingkan wajah ditepi ingin melihat dengan jelas. Memang betul tekaannya, kosong. Tiada Puteri disebelahnya.

Lantas Darren turun dari katil dan mencuci muka di tandas yang berada didalam bilik mewah itu. Usai itu, dia berjalan kearah lif dan menuju ke ruang makan.

Ternyata tiada Puteri disitu. Yang ada hanya Tengku Faliq, Encik Fauzi, Tengku Mona, Puan Fairose, Sofea, Emiya, Zafran dan Dania sedang bersarapan. Jantung Darren sudah mula berdegup kencang.

'mana pulak bini aku ni?' desis hati Darren. Wajahnya diraup.

Dania yang perasan akan kedatangan abangnya memandang hairan.

"abang, abang okay tak?. Mehlah join kami makan" ajak Dania. Darren menggeleng perlahan.

"ada nampak Puteri tak?" tanya Darren.

"em.. rasanya tadi aku nampak dia keluar. Aku tanya dia nak pergi mana, dia kata nak hirup udara segar. Kau pergi lah tengok dekat luar sana" kata Zafran lalu mengigit roti di tangannya.

Darren hanya mengangguk saja. Kakinya terus diatur ke pintu utama. Bayang tubuh isterinya dicari-cari.

"sayang!" panggil Darren kuat. Namun, tiada sahutan.

"sayang!" panggil Darren lagi. Kakinya mengorak langkah menuju ke taman mini.

"say... yang" terus wajah Darren berubah tegang saat ternampak isterinya sedang bergelak tawa dengan Emir. Tambah pula dengan bertepuk tampar. Makin menyirap darahnya.

Penumbuk dikepal erat. Amarahnya cuba ditahan walaupun muka sudah berubah dingin. Urat-urat di leher dan juga tangan mula menimbul. Perlahan-lahan dia mendekati dua orang manusia itu.

"abang Emir ni kan memang tak pernah tak kelakar. Untung Sofea dapat suami macam abang Emir. Mesti hari-hari dia ketawa" kata Puteri berbaur pujian.

Makin panas telinga Darren mendengarnya. Tajam matanya memerhatikan isterinya itu.

"takde lah kelakar mana. Kalau Puteri nak tahu Sofea lagi kelakar dari abang, tahu?"

"yeke?. Puteri tengok macam tak je?"

"HAHAHAHAH. Sape suruh Puteri percaya! HAHAHAHA" terhambur tawa Emir.

Puteri mencebik bibir. Pening aku dengan Emir ni.

"abang Emir.. kalau Puteri nak tanya satu soalan boleh tak?" pinta Puteri.

"boleh. Apadia?"

"Alice. Dia dekat mana sekarang?. Kenapa Sofea dah tak berkawan dengan Alice?. Bukan diorang berdua kawan baik ke?" soal Puteri.

"Oh.. Alice sekarang dah..."

"Puteri Amanda Milayla!" celah satu suara garau.

Puteri tersentak. Wajahnya dipusingkan kebelakang. Terlihat Darren sedang menuju kearah mereka dengan wajah yang tegang.

Puteri terkejut, lantas dia berdiri dan memandang suaminya.

Anak mata Darren tajam menikam kedalam mata Emir dengan pandangan maut. Emir melawan pandangan itu dengan tenang.

"kau buat ape dengan bini dekat sini?" soal Darren, keras. Penumbuk dikepal kuat menahan amarah.

"mana ade aku buat ape-ape. Kami berborak je. Kan Puteri?"

Laju Puteri mengangguk. Darren menjeling tajam isterinya. Puteri terkedu buat seketika. Tajamnya jelingan dia.

"ouh tak buat ape-ape.. habis?! yang kau bertepuk tampar dengan bini aku tu ape?. Kau ingat aku buat ke hah?!" herdik Darren, geram. Dadanya mula berombak kencang.

Isteri Tengku Kyle ✓ Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon