18

5K 197 7
                                    

Puteri sekarang berada dihadapan bilik Darren. Tubuhnya keras seperti patung sekarang ni. Tiba-tiba sahaja dia teringat kata-kata Nia sewaktu mereka berborak tadi.

"Abang Darren tu sebenarnya manja tau kak. Tapi perangai manja dia tu datang bila dia sakit je, takpun dengan orang yang dia sayang. Lagi satu, abang Darren tu adalah sifat dingin, baran tu sikit. Tapi perangai tu dia tunjuk strangers je. Yelah abang Darren ni payah nak percaya orang luar. Dia selalu letak kepercayaan dia pada orang tersayang"

"tapi kalau dengan akak dia asyik tunjuk sifat dingin, baran dia je. Maksudnya dia tak sayang akak la?"

"ish korang berdua dah bercinta kan before kahwin? ofcourse lah dia sayang akak. Takkan couple lama-lama, dah fall in love in each other, dia tak sayang akak lagi?"

Puteri mengerut kening. Couple? Fall in love?. Bila masa pulak aku bercouple dengan dia?

"Couple?"

"ish akak ni dah kenapa? hilang ingatan ke?. Kan akak start couple dengan abang tahun lepas" bentak Dania. Takkan baru lepas kahwin dah lupa semua memori lama masa bercinta?. Pelik lah aku.

"oh! Ha baru akak ingat. Betullah ape yang Nia cakap tu" bohongnya. Masalahnya aku tak pernah bercinta dengan dia. So kita iye kan jelah.

Nia menghela nafas. Ingat pun.

"Akak masuk tidur dulu ye Nia. Goodnight" cepat-cepat beredar dari taman mini itu. Hei kalau duduk sini lama-lama sampai ke esok tak sudah lagi.

"Nak masuk ke tak eh?" soalnya sendiri. Kepala yang tidak gatal digaru.

"kau buat ape dekat depan bilik aku?" sergah Darren dari belakang.

Hampir sahaja Puteri melatah, nasib baik sempat tahan. 'Ish dia ni, tak reti bagi salam ke?' Omel Puteri.

"sa.. saya nak masuk tidur, tapi taktau nak tidur mana. Mama dengan ibu suruh tidur bilik awak. Sebab diorang kata saya dengan awak dah jadi suami isteri" ujar Puteri. Kepala ditundukkan kebawah. Takut mahu bertentang mata dengan Darren.

Darren tersenyum lalu melangkah setapak demi setapak ke arah Puteri.

"dahtu, kenapa tak masuk?"

"boleh ke?" soalnya takut-takut.

Darren merapatkan mulutnya di telinga Puteri. Seolah mahu berbisik sesuatu.

"of course lah boleh sayang.." bisiknya dengan nada menggoda.

Puteri seakan terkedu mendengar bisikan itu. Jantungnya mula berdegup laju. Makin lama makin menunduk kepalanya. Pipinya usah dikata, merah berhabis.

"dah jom masuk" Darren tangan Puteri masuk ke dalam bilik.

Kenapa dengan dia ni. Sekejap dingin sekejap romantik. Ya Allah, tolong berikan aku kekuatan untuk meneruskan hidup dengan mamat ni Ya Allah.

Puan Fairose dan Tengku Mona yang berdiri disebalik dinding tersenyum manis. Gembira hati mereka melihat adegan romantik anak-anak mereka. Nampak disitu permulaan titik bahagia.

"tak sia-sia kita cepatkan perkahwinan mereka kan?" ujar Tengku Mona.

"betul tu" sokong Puan Fairose.

"Morning everyone"

"Morning"

Darren dan Puteri mengambil tempat di belah kiri untuk menjamu selera. Bihun goreng dicapai Puteri lalu dituangkan kedalam pinggan Darren. Usai itu, dia menuangkan bihum itu kedalam pinggannya pula.

"ha Darren, kamu nak kemana?" Soal Tengku Faliq.

"Darren nak pergi kerja lah. Kenapa?"

"lah.. buat ape pergi kerja. Kamu kan pengantin baru. Duduk je rumah layan Puteri. Takpe harini papa bagi kamu cuti"

Tersedak Darren dibuatnya. Puteri sudah gelabah, pantas air oren dihulur pada Darren.

Kesemua di meja makan sudah ketawa melihat Darren. Darren tunduk malu.

"ape ni pa. Darren dah banyak hari cuti. Bagila Darren pergi kerja. Banyak fail bertimbun dekat office tu"

"takde! kamu kene cuti. Semalam baru aje nikah. Harini mama nak kamu spend time dengan Puteri. And ya, mama ada suprise untuk kamu berdua" ujar Tengku Mona.

Mereka berdua mengerut kening.

"what's suprise?"

"Memandangkan next week ibu ayah Puteri nak balik Brazil. Mama nak kamu berdua ikut sekali" terangnya.

"kenapa mama?" soal Puteri.

Tengku Mona tersenyum lalu memandang Puan Fairose. Puan Fairose mengangguk dengan senyuman.

"mama nak kamu berdua pergi honeymoon. Mama dan ibu dah tempah package hotel dekat Brazil for you all"

"what?!" jerit Darren dan Puteri serentak.

Honeymoon?



Isteri Tengku Kyle ✓ Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu