67

2.1K 99 4
                                    

Zafran melabuhkan punggung dikerusi ruangan menunggu dihadapan bilik pembedahan. Mulutnya tidak henti berdoa agar keadaan Emiya didalam baik-baik belaka. Airmata yang menitis dibiarkan saja.

Emiya baru saja ditolak masuk kedalam bilik pembedahan untuk merawat dan menjahit luka tikaman. Luka yang agak dalam menyebabkan darah mengalir keluar dengan banyak. Dan tubuh badan Emiya menjadi semakin lemah kerana kehilangan banyak darah.

"Ya Allah.. kau selamatkanlah Emiya Ya Allah. Aku tak bersedia lagi nak hilang dia" tutur Zafran. Kedua tangannya melekap ke wajah. Wajahnya yang putih, berubah kemerah-merahan dek kerana menangis.

Hampir 1 jam dia menunggu disitu, akhirnya seorang doktor pakar wanita keluar dari bilik pembedahan itu. Langkah doktor itu dituju kearah Zafran yang duduk menutup muka.

"Encik" panggil doktor itu.

Zafran tersentak. Lantas dia bangun berdiri dengan wajah teruja. Walaupun jantung ya masih lagi berdegup kencang menanti berita dari doktor itu.

"boleh saya tahu encik ni suami atau kawan dia?. Sebab dalam kes ni hanya keluarga terdekat saja yang boleh diberitahu" kata Doktor wanita itu. Senyuman manis dilemparkan.

Zafran mengerut dahi hairan. Ahli keluarga terdekat je boleh tahu?. Aku orang luar. Habis aku tak boleh lah kan?. Argh! aku nak tahu juga!.

"saya suami dia" ujar Zafran dengan wajah serius.

Doktor itu tersenyum lalu mengangguk perlahan.

"mari ikut saya ke bilik x-ray" ajak doktor tersebut.

Zafran membuntuti langkah doktor itu dengan jantung yang berdegup kencang. Tidak keruan otak memikirkan ape yang bakal keluar dari mulut doktor itu. Harap baik-baik sajalah.

"mengikut hasil gambar x-ray ini, bahagian pinggang kanan Puan Emiya telah luka dengan dalam. Ibarat sebatang pensil kedalaman lukanya. Dan Puan Emiya juga turut kehilangan banyak darah. Keadaannya sekarang sangat lemah. Dia sedang dipantau ketat oleh pihak operaters. Encik jangan risau, banyakkan doa untuk dia. InsyaAllah dia akan diberi peluang untuk hidup seperti biasa. Cuma buat masa sekarang, mungkin Puan Emiya akan koma selama.." percakapan doktor itu terhenti.

Zafran mengerut kening hairan. Janganlah buat aku suspen doktor. Aduhh dia ni..

"berapa lama?" soal Zafran.

Doktor itu mengeluh berat.

"selama sebulan. Saya harap encik bersabar banyak-banyak" kata doktor itu dengan lembut.

Zafran terpana. Sebulan? lamanya!.

"takkan sampai sebulan?. Kau nak matikan dia ke ape ha?" soal Zafran, tidak puas hati.

"tak encik, encik salah faham ni. Itu cuma jangkaan kami. Kalau semangat Puan Emiya kuat, dia mungkin akan sedar dalam tempoh masa terdekat" kata doktor itu dengan gelisah.

Zafran menjeling tajam muka wanita itu. Tanpa berkata, dia berjalan keluar dari bilik X-ray itu.

Sebuah ruang tamu yang usang dan berhabuk. Sofa dan perabot lain bersepah tidak teratur. Serpihan-serpihan kaca berleraian di atas lantai. Terdapat sebuah kerusi kayu dan seorang wanita yang sudah diikat ketat. Tudung yang tersarung diatas kepala, sudah hilang tah kemana.

Puteri mencelikkan matanya saat terasa ada yang terbelit di pergelangan tangannya. Dia bertindak untuk menarik kedua belah tangannya, tetapi gagal.

Puteri mengerling kebelakang. Rupanya, tangannya diikat ketat.

Ting!

Puteri mengalihkan pandangan kearah dapur. Terlihat Alice sedang bermain pisau dan berjalan menuju kearahnya. Dengan skrit takat betis, singlet pendek menampakkan pusat dan perut, rambut serabai. Nampak macam tengah mabuk pun ada.

"morning Puteri" ucap Alice dengan senyuman khayal. Terhuyung-hayang dia berjalan. Dia melabuhkan punggung dihadapan Puteri yang kelihatan kelesuan. Senyuman tipis diberikan.

"kenapa Alice?. Ape salah aku sampai kau buat aku macam ni?" soal Puteri dengan mata berkaca-kaca.

Alice mencarik senyuman menyenget.

"kau tanya aku ape salah kau?. Hei sundal! kau dah rampas hak aku lah sial!. Kau tak payah nak jadi bodoh, buat-buat lupa" tengking Alice kuat. Dahi Puteri ditunjal tanpa belas kasihan.

Puteri menangis. Sungguh dia tidak faham ape yang keluar dari mulut perempuan itu.

"hak? hak ape Alice. Bende ape yang aku dah rampas dari kau?" lantang Puteri bertanya. Wajahnya sudah bertukar merah padam.

Alice ketawa sinis.

"heh, dasar sundal. Kau dah rampas kasih sayang mama aku lah bodoh!. Cik Manggis sayang aku, bela aku dari remaja dengan penuh kasih sayang. Sampai kau datang bekerja dengan dia, semua kasih sayang dia pada aku dah berpaling pada kau. Dia abaikan aku, dia dah tak ambil kesah pasal aku, semuanya sebab kau lah sial!" jerit Alice, melepaskan amarahnnya.

Pang!

Satu tamparan hinggap dipipi kanan Puteri. Tidak cukup dengan itu, rambut Puteri ditarik kasar sehingga Puteri terdongak keatas.

Puteri mengiris sakit. Pipinya terasa pijar, ditambah pula dengan pedih dibahagian akar-akar rambut. Airmata sudah mengalir deras. Puteri menatap wajah bengis Alice dengan penuh ketakutan. Tubuh sudah mula mengigil kecil.

"sa..sakit" rintih Puteri.

"sakit? sakit kau ni tak sesakit hati aku lah!. 5 tahun hidup aku diabaikan Cik Manggis semenjak kau ada. Kau dengan Cik Manggis sama je, perosak hidup aku!. Kau memang patut mati macam dia!" ditolak kasar kepala Puteri dengan kuat.

"arghhh!!" jerit Puteri kesakitan.

Krek!. Dapat dia rasakan lehernya sudah terkehel.

"huh, itu baru sikit perempuan. Kau jangan nak lemah sangat!. Ada banyak lagi bende aku nak buat dekat kau lepas ni" kata Alice lalu ketawa besar. Langsung tiada rasa belas kasihan.

Langkahnya diatur ketangga dan meninggalkan Puteri yang sedang merana kesakitan.

Puteri menangis teresak-esak. Fikirannya teringatkan Darren, Dinnie dan Dinnash.

"abang.. saya sakit.. Tolong selamatkan saya. Saya tak kuat.." tutur Puteri dengan airmata mengalir deras.

"Dinnie.. Dinnash.. Tolong Mummy. Hiks.. hiks.."










Isteri Tengku Kyle ✓ Where stories live. Discover now