37

3.6K 146 2
                                    

Darren melangkah masuk kedalam rumah ibubapanya selepas memarkingkan keretanya di garaj. Tiba-tiba matanya tertacap pada sekujur tubuh seorang lelaki yang sangat dikenali sedang tidur disofa ruang tamu. Dengan TV terbuka, jajan bersepah. Tergeleng kepala Darren.

"woi!" jerkah Darren sehingga membuatkan lelaki itu terjaga dari lena.

"eh? ampunkan patik tuanku! tolong jangan halau patik dari sini. Ampun!.." ngongoi Zafran tanpa sedar. Tangannya naik disambung seperti ingin memohon maaf.

Darren merengus geram. Lantas dia menampar kepala Zafran sedikit kuat, ingin menyedarkan lelaki itu. Terbeliak biji mata Zafran.

"kau apahal nak tampar kepala aku?" soal Zafran dingin. Dia memegang kepalanya yang terasa pening.

Darren memutarkan bebola mata keatas. "kau tu, tiba-tiba 'ampunkan patik, ampunkan patik'. Tulah! tidur lepas Asar lagi. Kan dah gila!" herdik Darren dengan mata mencerlung tajam kedalam anak mata Zafran.

"bising lah!. Membebel macam mak nenek. Nenek pun tak bising macam mulut kau!" Zafran menjeling menyampah. Kacau betul lah mamat ni. Tak tenang aku nak tidur.

"bini aku mana?"

"mana aku tahu"

Tanpa membuang masa, Darren mengatur langkah menuju ke biliknya. Tombol pintu dipulas lalu dia melabuhkan punggung dibirai katil. Wajah Puteri yang sedang tidur ditatap dengan penuh kasih dan sayang.

Mengikut kisah pertemuan pertama dia dan Puteri, memang dia tidak suka pada wanita ini. Kerana dia anggap Puteri telah merancang sesuatu untuk perangkap dirinya. Selepas mereka berkahwin, Darren dan Puteri merancang untuk membuat perjanjian. Dimana, mereka menganggap perkahwinan ini hanya ingin menutup malu keluarga. Tapi dia salah, setelah beberapa bulan mendirikan rumahtangga, ada satu perasaan yang aneh pada dirinya. Ya, dia dah mula sayangkan Puteri. Sejujurnya memang dia tidak boleh menipu diri sendiri.

Perasaan cinta itu hadir setelah mereka pergi ke Brazil untuk berbulan madu, rumah kedua papanya. Sewaktu dia ditendang oleh kuda tu, jelas gelak tawa Puteri itu menunjukkan dia bahagia. Dan pada saat itu, dia tidak sanggup untuk melukakan hati isterinya. Dia bertekad pada diri sendiri, dia akan menjaga, melindungi dan membahagiakan Puteri sepenuh hatinya.

Itu kata hatinya, tapi tidah tahu pada kata hati Puteri. Mungkin dia cinta atau tidak.

"erk.."

Darren tersentak. Matanya terus menghala kearah lain.

Puteri menggeliat kecil. Matanya dikedip-kedipkan berkali untuk menghilangkan rasa pedih.

"dah pukul berapa ni?. Eh? Awak!" jerit Puteri dek kerana terkejut dengan mata terbeliak biji matanya.

"30 minit lepas" balas Darren tenang.

Puteri merengus geram. Suka sangat cakap '10 minit lepas, 20 minit lepas, 30 minit lepas'. Buat malu aku jelah. Mesti dia tenung muka aku bagai nak tembus masa aku tidur kan?. Ish malunya!. Jerit Puteri dalam hati.

"hm.. dah tepi sana. Saya nak mandi" kata Puteri lalu menolak tubuh Darren ke tepi. Darren akur, dia mula bangun dari duduknya.

Puteri mencapai kain tuala di tempat penyangkut. Baru saja dia mahu masuk kedalam tandas, Darren sudah memanggilnya.

"Puteri"

"ye?"

Darren merenung anak mata hijau Puteri dengan dalam. Seolah mahu mencari sesuatu di dalam anak mata itu.

"awak nak ape?"

"kau.. kau.." kata-kata Darren terhenti.

"kenapa ni?" soal Puteri, risau.

Isteri Tengku Kyle ✓ Where stories live. Discover now