episode 11

5.1K 388 3
                                    

waktu rehat, diatas bumbung sekolah.

"Jemput makan semua." serentak tiga sahabat mengucap.

"Eh? Arsh kau tak bawa korin kau ke?" tegur Las.

"Tak. Malas nak masak. Jadi aku beli roti daging kambing ni dekat pasaran demensi tadi." Jelas Arsh sambil mengunyah rotinya.

"Eh?! Mana boleh begitu Arsh! Awak sedang membesar! Awak kena makan banyak-banyak!" jerit kecil Sabrina.

"Bukak mulut cepat Arsh!" Sabrina menyua sudu yang penuh dengan nasi dan iton.

"Tak payahlah. Nanti kau tak kenyang." Arsh mengeleng kepalanya. Sebenarnya dia malu.

"Tak. Tak. Tak. Kenyang punya!" Sabrina melawan kata.

"Bukak mulut cepat! Saya suap!" kata Sabrina dengan bersungguh-sungguh.

"Tak mahu. Aku makan ni pun tak kenyang." Balas Arsh sambil mengeleng kepala sambil menunjuk buku roti daging kambing yang dibeli olehnya tadi.

"Tak! Awak tipu! Tadi senaman 4 jam mustahil awak kenyang dengan sebuku roti!" Sabrina masih tak berputus asa.

"Kenyang!"

"Tak kenyang!"

"Kenyang!"

"Tak! Awak tipu!"

"Aku tak tipu!"

Mereka masih berperang sedangkan Las makan tanpa menghiraukan mereka.

"Makan!"

"Tak apa! Aku tak nak!"

"Makan!"

Maka bermulalah aksi kejar mengejar diantara mereka. Las hanya menumpu perhatian pada makanan dia.

"Las tolong aku!" jerit Arsh apabila bajunya berjaya ditarik oleh Sabrina.

"Ermm?" Las mendongak.

"Sabrina, Arsh kata masakan kau tak sedap sebab tu dia tak nak." terang Las.

"Betul ke?" aura kesedihan menguasai Sabrina.

Sabrina hanya menandang bawah tetapi tangannya masih lagi kedudukan ingin menyuap Arsh.

"Eh?! Tak! Aku tak maksudkan begitu!" Arsh kelam kabut bila terlihat aura suram milik Sabrina.

"Ayok! Tak tayok! Arsh kau buat di sedih!" kata Las sambil mengoyang jari telunjuknya.

"Hok kau! Kau yang cakap merepek! Aku lak kena!" marah Arsh. Las hanya melemparkan senyuman kemenangan pada Arsh.

"Grr.. tak guna kau Las." Arsh bermonolog sambil melemparkan pandangan tak puas hati pada Las.

"Makanan saya tak sedap.. Maaf saya tak reti masak macam awak.." Semakin suram nada Sabrina.

Arsh buntu apa perlu dia lakukan kerana dia tidak reti menujuk.

Sabrina beralih ke belakang dan ingin kembali ke tempat duduknya terus bahunya di pegang oleh Arsh.

Sabrina mengalih pandangan kebelakang dan tanpa diduga Arsh mengapai tangannya yang memegang sudu yang masih bernasi dan berlauk itu ke dalam mulut Arsh. Degupan jantung Sabrina menjadi laju.

"Ermm.. Sedap.." Puji Arsh sambil mengalih pandangan dari wajah Sabrina yang menenungnya tanpa berkelip. Jantung Arsh turut berdegup kencang bila rapat dengan Sabrina begitu. Lalu Arsh menjarakkan diri.

"Kalau gitu! Kita kongsi!" Suara Sabrina kembali ceria.

"Eh? Tak habis lagi?" kata Arsh cuba menutup malunya.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now