Episode 89

2.7K 197 23
                                    

Pagi keesokkan harinya,

Bunyi ketukan pintu jelas kedengaran di kawasan bilik Cashen.

Tok! Tok! Tok! Tok!

"Cashen? Kau masih tidur ke? Aku dah bawa makanan ni." Laung Caren dari luar.

Tiada balasan.

Sekali lagi Caren mengetuk pintu bilik Cashen.

"Cashen? Kau ada dekat dalam ke atau kau dah keluar pergi joging?" Caren bertanya sebelum ketawa kecil dengan persoalannya.

Kalau dia dah keluar joging tak akan dia nak jawab pulak.

"Senior?" Suara seseorang menegur Caren ketika itu.

Caren terkejut apabila dia ditegur. Dia berwajah pucat ketika itu sebelum berkalih dia segera mengubah riak wajahnya.

"Ya?"

Arsh dan beberapa orang tabg tidak dikenali oleh Caren sedang berdiri memandangnya.

Arsh berdiri dihadapan sekali antara mereka.

Caren perasan cara pemakaian Arsh lebih kepada jaket yang mempunyai kerudung dibelakangnya.

"Senior Villi buat apa depan bilik Senior Cashen?" Tanya Arsh.

Arsh dapat menangkap tangan wanita dihadapannya itu sedang memegang dulang makanan.

"Ni haa.. Makanan untuk dia.. Dalam senarai dia antara tak ambik makanan." Bohong Caren padahal dia merisau lelaki itu kerana cedera dibahagian kaki akibat luka hasil tangannya sendiri.

"Oh." Arsh menganguk kepala tanda memahami.

Mujur Arsh tak perasan yang aku sedang menyamar. Jangan dia tanya macam-macam sudahlah lepas ni.

Bisik hati Caren ketika itu.

Arsh tersenyum kecil selepas Caren berbisik sebegitu menyebabkan Caren berpeluh tubuh kerana menyangkakan penyamarannya sudah terbongkar.

"Rasanya Cashen masih dalam ni sebab kami baru sahaja lepas makan.. Dia tak keluar lagi rasanya. Cuba ketuk sekali lagi." Arsh memberi cadangan sambil memandang rakan sebiliknya untuk meminta persetujuan mereka.

"Ok."

Caren segera mengetuk pintu semula namun tidak ada balasan.

"Pengsan ke apa?" Tanya salah seorang rakan sebilik Arsh, Feretlo.

"Entahlah, Feretlo." Brodter mengangkat bahu.

"Apa kata senior Villi pergi minta kunci dari kaunter kunci." Sekali lagi Arsh memberi cadangan.

Villi mengangguk kepala tanda setuju dengan cadangan Arsh dan segera beredar.

"Makanan tu nak bawak sekali ke?" Usik Arsh.

Pergerakkan Villi terhenti dan melihat tangannya yang masih memegang dulang itu lalu menganguk kepala. Dia mahu memberi sendiri kepada Cashen.

Arsh ketawa kecil dengan terlatah gadis itu.

"Seronok nampak." Ujar Feretlo sambil menjeling kearah Arsh.

"Nak mengorat dia ke?" Sambung Feretlo.

"Taklah.. Itu kekasih hati orang lain." Ujar Arsh tenang sambil memerhati Caren hilang dari pamdangannya.

"Oh."

"Feretlo.. aku dapat rasa kehadiran sihir dekat balik pintu ni. Lemah. Sihir yang lemah." Ujar Aladhin yang dari tadi menyentuh pintu semasa Arsh dan Senior Villi bersembang.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now