Episode 30

4.7K 266 21
                                    

Hari perayaan,
Walaupun sudah pagi tetapi suasana gelap seperti malam. Penuh cahaya yang warna-warni. Pagi ini tiada salji yang turun dari langit tetapi tanah sudah dipenuhi dengan salji.

Jam menujukkan pukul 5 pagi, mereka semua sudah berkumpul di hadapan pagar sekolah. Arsh, Zulian, Las, Sabrina, Cashen, serta Cikgu Bess sudah memakai baju yang bergaya dan sesuai dengan cuaca salji.

"Cantik sungguh pakaian kalian!" Puji Avira sambil mengusap rambut kuningnya yang sedikit serabai kebelakang.

Untuk pengetahuan mereka yang tidak membaca novel khas untuk perayaan ini, Arsh dan kawan-kawan mendapat kawan baru yang datang dari planet lain yang bernama Glen, Ailan, Shierly, Hiran,Niklas, Ciaran Nikita, Avira, Dietrich dan Kolina yang datang dari planet yang digelar Ghais Lavanark berjuta-juta kilometer cahaya jauh dari planet Aqua.

"Pakaian kau sungguh comel!" Kata Shierly sambil memusing-musing mengelilingi Zulian serta Sabrina.

"Arsh! Baju kau memang sungguh cantik! Benar-benar menyerlah ketampananmu." Ujar Shierly lagi sambil memandang Arsh yang bersandar si sebelah dinding sambil menyilang tangan sambil memejam mata.

"Hurm? Kau cakap sesuatu ke?" Arsh terpinga-pinga.

"Dia kata kau buruk." Ujar Las mengusik.

Rambut Las berbeza dari rambutnya yang sebelum ini yang terpacak tetapi kali ini rambutnya cukup cantik dan kemas walaupun masih ada bahagian belakang terpacak sedikit.

"Hei? Kenapa kau memakai penutup mulut?" Tanya Nikita yang tiba-tiba muncul di tepi Las.

Las memandang Nikita yang berambut hitam dan sungguh cantik warnanya.

"Rahsia." Ujar Las sambil mengusap lembut kepala Nikita.

"Hei!" Kolina menarik tubuh Nikita jauh dari Las.

Las hanya memandang sebelum perasan semua mata memandangnya.

"Oh! Maaf." Pinta Las sambil menurunkan tangannya.

"Sebab muka dia penuh jerawat! Bibirnya besar!" Laung Kolina yang tidak jauh dari situ.

"Adinda!" Nada Dietrich mula kedengaran kasar.

Las ketawa dengan usikan Kolina. Serupa dengan dia. Rindu Las padanya mula keluaran. Matanya kuyu seketika sebelum berubah seperti biasa.

"Betulah tu~ Mesti buruk habis mukanya~ Mulut berkudis! Gigi Hitam! Gigi ronggak! Mulut berbau! Muka kau mesti hodoh habis!" Ujar Kolina.

"Di....."

"Diam! Atau aku panggil naga bersegi telan kau!" Cashen memintas percakapan Dietrich yang mula mengeraskan kukunya.

Dietrich memandang Cashen berkerut dahinya. Cashen yang memakai baju yang lebih tebal dari yang lain sambil membenamkan separuh mukanya dengan mafela.

"Benci aku! Sejuk betul!" Ujar Cahsen perlahan.

Bagi pengguna element api, salji merupakan sesuatu perkara yang melemahkan mereka. Pertama adalah kesukaran mengaktifkan sihir dan kedua adalah sejuk!

"Aku juga mahu melihat naga bersegi yang sudah diperkatakan oleh Kolina dan Nikita." Ujar Dietrich sedikit teruja.

"Eh? Dietrich kau juga teruja?" Tanya Glen.

"Mungkin...." Dietrich membalas soalan Glen sambil mengerakkan pergerakkan mata ke kiri, ke atas, ke kanan, serta ke bawah.

Arsh dan lain-lain ketawa dengan reaksi Dietrich.

"Lihatlah kekanda, reaksi Dietrich benar-benar mencuit hati." Ujar Avira memeluk tangan Niklas.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now