Episode 48

3.5K 249 32
                                    

Di situasi Cashen,

Cashen sedang leka membaca surat khabar dari komputernya sambil memasang tv untuk menonton berita.

Walaupun dia sedang menjalankan misi dia perlu peka mengenai isu semasa yang sedang berlaku diplanetnya.

Sedang Cashen leka membaca terasa firasat tidak elok berada disekitarnya.

"Kuasa apa ni? Pertama kali aku rasa." Cashen membetulkan cermin matanya.

Dia meletak cermin mata di penghujung katil berdekatan dengan cermin kecil.

Dia bergerak ke pintu dan membuka dengan cukup perlahan sehingga tidak berbunyi. Ruang untuk mengintip benar-benar kecil.

Biliknya bertentangan dengan ruang makan memudahkan dia melihat apa yang berlaku.

Dia melihat Sabrina yang duduk bersilang kaki di kerusi graviti.

"..."

Sabrina sedang termenung sambil mendagukan dengan ibu jari.

Cashen menjadi perhati seketika sebelum bosan untuk menonton. Dia menutup pintu dengan perlahan akan tetapi pergerakkan dia berhenti apabila matanya tertarik dengan pisau kecil yang Sabrina sentuh.

Cantik! Ukirannya sempurna dan juga kilauan yang memukau.

"Mana dia dapat pisau tu?" Hati Cadshen tertanya.

"Senjata dia ke?" Ujar Cashen apabila terasa kuasa sihir disekeliling Sabrina.

Sabrina menyimpan pisau kecil menggunakan pentagram.

"Senjata dialah tu.." Cashen menutup semula pintu dengan perlahan sehingga rapat.

Jam 7 pagi, keesokkan harinya,

Mereka sudah bangun dari lena dan sudah siap mandi.

Mereka semua sedang sibuk di dapur serta ruang makan untuk menyediakan sarapan pagi.

"Arsh! Susun pinggan." Ujar Cashen di dapur.

Dia sedang menolong Sabrina memasak di dapur. Sabrina sedang sibuk menyediakab bahan untuk masak manakala kali ini giliran Cashen yang memasak.

"Baik!" Sahut Arsh.

Arsh mengambil pinggan mangkuk di dapur bersebelahan dengan sisi Sabrina yang sedang kusyuk membuat kuah korin tanpa api.

Arsh menjeling seketika Sabrina lalu mengambil pinggan yang sudah tersusun cantik dengan sekali angkat.

Dia bergerak ke meja makan di mana Las sedang duduk sambil membaca sesuatu di komputer gravitinya. Sebaik sahaja Arsh meletak pinggan di meja lantas Arsh menutup komputer graviti dan membantu Arsh menyusun pinggan.

"Kau baca apa?" Tanya Arsh bersahaja.

"Hurm? Oh! Tu? Aku baca serba sedikit pasal planet yang kita akan pergi."

"Jadi? Apa yang kau dapat?"

"Planet tu walaupun dah lama wujud. Pendudukkan disana jauh lebih lama dari penduduk Aqua sendiri. Mereka dah duduk planet tu 1000 tahun lebih lama berbanding penduduk Aqua yang baru 8000 tahun menetap di Aqua."

Arsh tidak menyampuk hanya mendengar sambil duduk berhampiran dengan Las selepas selesai menyusun pinggan mangkuk.

"Walaupun macam tu.. Penduduk dekat sana tak semaju penduduk aqua. Mereka masih mengamalkan sistem berpindah-randah di perkampungan."

"Bandar pulak macam mana?"

"Bandar? Mereka baru nak bangunkan pembandaran."

"Ha? Punya lama diaorang duduk langsung tak ada bandar?"

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now