Cinta pertama? I (Ep-62)

3.9K 199 44
                                    

Di rumah Sabrina,

Rumah tiada tanah atau lebih dikenali sebagai rumah pangsapuri. Walaupun rumah pangsapuri tetapi rumahnya cukup besar sehingga boleh memuatkan seramai 5 orang malah rumahnya juga dilengkapi dengan sistem kecemasan, sistem graviti dan sistem elektronik seiring dengan kemajuan Aqua dalam bidang graviti dan sistem teknologi.

Jam dinding yang tersangkut elok didinding menunjukkan sekarang pukul 1 pagi.

Sabrina masih lagi belum melabuh tirai. Dia sedang duduk dijendala bertemankan hujan renyai.

Hujan renyai membuktikan musim panas hampir meninggalkan mereka.

Sabrina menjelur kaki kanan dan membongkokkan kaki kiri dan dipeluk dengan lengan. Dia merenung langit. Cahaya warna merah jambu kelihatan di sebalik awan kelabu dilangit.

Ini salah satu keajaiban Aqua dimana terdapat dua bulan berbeza warna. Satu bulan berwarna biru dan satu lagi bulan berwarna merah jambu. Bulan akan keluar ke langit berselang-seli setiap pertukaran musim.

Bulan hari ini membuktikan musim panas sudah mahu pergi dan diseru musim hujan selama sebulan.

Sabrina hanya memakai baju kemaja-T tanpa lenggan berwarna hijau dan dipadankan dengan seluar jeans pendek paras peha berwarna putih. Rambutnya berwarna hitam diikat tocang kuda disebelah kanan.

Hawa sejuk dari langit menyengat kulit coklat putihnya yang hanya berkemaja-T tanpa lengan. Bibirnya merah kerana memakai pelembab bibir mengikut darah bagaikan bersinar hasil pantulan bulan merah.

Matanya kuyu bagaikan sedang memikirkan sesuatu yang menyakitkan.

Apa perlu dia lakukan? Itu apa yang terpancul dalam fikirannya. Perbualannya ditelefon dua hari lepas masih terngiang-ngiang ditelinga.

"Sanggup ke aku nak jalankan misi ni?" Sabrina bermonolog perlahan.

"Kakak... Apa patut Brina lakukan?" Wajahnya dibenamkan ke lutut sambil menghembus nafas yang berat.

Fikirannya terbayang saat dia hadapi kenangan indah bersama Arsh dan Las. Terlalu banyak kenangannya bersama mereka berdua.

Saat dia kelam-kabut semasa mula-mula mereka berkenalan... Memang lawak masa tu. Itulah, hari dimana dia rapat dengan dua jejaka pujaan ramai. Siapa tahu mereka boleh berkawan sampai hari ni.

Saat mereka makan tengahari... Dia mengejar Arsh sambil memaksa si Arsh untuk memakan korinnya... Sabrina ketawa apabila tergingatkan saat-saat dia mengejar Arsh dan merajuk sebab Arsh menolak..

Wajah Sabrina merah apabila teringat saat Arsh mengambil sudunya dan memasukkan makanan ke dalam mulutnya. Memang jantung macam nak lucut sebab pam tanpa henti.

Saat dia terserempak dengan Arsh masa perjalanan ke sekolah. Masa tu memang dia sengaja lompat  ke arah Arsh dari pokok berdekatan dengan jabatan kebiasaan Arsh lalu. Masa tu memang sengaja dia nak mengatal, tak sangka Arsh layanannya dengan lembut. Terasa bersalah juga masa tu. Apa boleh buat... Alang-alang mencelup pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan.

Saat-saat dia keluar membeli belah dengan Las... Las betul-betul melindunginya dari mata-mata nakal yang memerhatinya ketika itu. Las layannya seperti seorang kekasih walaupun dia tidak pasti apa Las fikirkan. Las menghalangnya dari kena panas dengan berdiri menghalang cahaya matahari. Sungguh manis~

Kenangan semasa dia menjalankan misi.. Kapten Soa.. Siapa dia sebenarnya? Aku rasa macam pernah mengenalinya tetapi aku tidak tahu siapa... Sehebat manapun dirinya dalam mengecam wajah dan mampu mendapatkan identiti seseorang dengan mudah tetapi dia tidak dapat ingat wajah kapten Soa bagaikan dirinya dilindungi sihir yang kuat.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now