Episode 51

3.8K 236 36
                                    

Di awal pagi,

Seluruh kampung kecil di negara Yuis sudah tahu kehadiran dari penduduk Aqua kemari untuk membantu mereka semasa proses pemindahan telah menyambut mereka besar-besaran.

Mereka berasa berterima kasih pada Oti yang banyak membantu dalam penerangan atas kehadiran mereka. Kini mereka layan pasukan Kapten Soa dengan hormat dan bukan lagi wajah menyedihkan.

"Selamat pagi tuan!" Itulah apa yang mereka akan ucap setiap kali jumpa mereka di pagi hari.

"Selamat pagi." Kapten Soa menjawab. Dia bergerak melepasi penduduk yang sibuk mengemas.

Seluruh penduduk sudah siap sedia untuk menjalankan proses pemindahan tempat tinggal.

"Ke mana menghilangnya anak buah aku ni....." Monolog Kapten Soa sambil memandang sekeliling sehingga dia melihat beberapa susuk yang sedang duduk.

Arsh, Sabrina dan Las sedang duduk di sebuah dahan pokok yang sudah dipotong.

Angin suam menyapa mereka yang sedang leka berbual.

"Hoi.. Bercakap pulak korang.. Buat kerja..." Tiba-tiba suara menyapa diri belakang.

"Kapten!"

"Dari korang melepak, baik korang pergi bantu orang kampung mengemas."

"Baik." Jawab mereka serentak dan mula berpecah untuk menjalankan sesi tolong menolong.

"Hais.."

"Tuan Soa!" Seorang Wanita menegur Kapten Soa dari belakang.

Pantas Kapten Soa beralih ke belakang. Terlihat seorang wanita yang mencecah lingkungan 30-an menyampanya dengan wajah risau.

"Ya?"

"Boleh tak tolong carikan suami saya?"

"Suami?"

"Ya, dia sebenarnya dari semalam lagi tak pulang ke rumah."

"Dia pergi mana?"

"Dia kata dia pergi hutan sebelah timur kampung untuk cari rotan. Rotan untuk ikat rumah bila berpindah nanti tapi sampai hari ni dia tak balik." Ujar wanita tersebut.

"Hurmm.. Baiklah.. Boleh bagitau saya ciri-ciri suami puan?"

"Ciri-ciri ya? Dia tinggi parah leher tuan, badannya kurus keding, masa dia keluar dia pakai baju warna kuning dan memakai gelang rotan yang di anyam bentuk bulan sabit.",

Kapten Soa sedang mencatat keterangan wanita itu di komputer gravitinya. Kecangihan komputer graviti itu mengagumkan wanita itu. Yalah, ini kali pertama melihat benda sebegitu dan peralatan begitu mana ada di perkampungan mereka.

"Baiklah. Saya faham. Saya akan carinya." Kata Kapten Soa dengan tenang.

"Terima kasih, tuan." Suara wanita itu ada tercalit lega selepas mendengar kata putus dari Kapten Soa.

Wanita itu bergerak meninggalkan Kapten Soa. Kapten Soa yang masih aktif komputer gravitinya menaip pesanan pendek pada salah seorang anak buahnya.

Selepas meninggu tidak sampai 5 minit muncul anak buahnya.

"Kapten panggil kami kenapa ya?" Tanya Arsh yang sedang memikul rumput kering yang beratnya dianggarkan 7kg dengan sebelah tangan manakala yang lain hanya menanti arahan dari Kapten Soa.

"Aku baru dapat permintaan salah seorang penduduk disini untuk mencari suaminya yang hilang dari semalam selepas masuk ke hutan. Jadi aku perlukan seorang sahaja untuk ikut aku ke sana." Terang Kapten Soa.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now