episode 13

5.1K 365 5
                                    

DI KAFE RIANO,

Suasana di kafe Riano berkonsepkan elegen dan kemewahan. Bunga lily berwarna putih disusun di dalam pasu yang dihias cantik disetiap meja. Tingkap kafe tersebut dibuat oleh kayu jati berkualiti tinggi dan diukir indah oleh pereka dalaman profesional. Bunga-bunga dihias disekeliling kafe tersebut menaikkan lagi kecantikan kafe Riano.

Meja-meja yang berkilat dan dihias cantik-cantik oleh pemilik kafe tersebut serta bau roti dan manisan yang baru dibakar dan dihias serta sos iton yang menjadi kegemaran penduduk planet Aqua mengharumkan kafe tersebut. Kafe tersebut dipenuhi dengan pengunjung tetap mahupun yang baru.

Di meja Las, Arsh dan Sabrina.

"Bagi saya kopi moka satu dan roti daging iton 1 set." kata Arsh sambil memandang menu.

"Korang nak apa?" tanya Arsh sambil menutup menu.

"Saya nak sepotong kek marina dan kopi moka satu." jawab Las selepas beberapa minit memikirkannya.

Las meletakkan menunya diatas buku menu Arsh.

Mereka menunggu Sabrina membuat pesanan. Sebaik sahaja mereka berdua memandang Sabrina mereka terkedu dengan raut wajah Sabrina yang berkerut-kerut macam tahan marah yang amat dasyat.

"Sabrina?" tegur Las.

"Diam! Saya tengah fokus ni."

"Huh??" serentak Arsh dan Las bertukar pandangan.

Lama juga mereka mendiamkan diri menanti Sabrina membuat keputusan.

"GRRRR!!! Mana satu aku nak pilih ni! Nak ni ke nak tu? Yang ni nampak sedap tapi ni pun nampak mengliurkan. EH? Ini pon macam sedap. Mana satu ni!" Sabrina bermonolog dengan wajah berkerut.

"Sabrina?" Las dan Arsh menegur Sabrina yang bagaikan sedang berperang.

"Huh? Ya?" Sabrina mengangkat wajahnya yang sedang kebingungan.

"Apa kata kau pilih ja apa-apa?" cadang Las.

"Ya. Kami nak nak hantar pesanan ni." Arsh bersetuju sambil menunjuk butang penghantaran pesanan di hujung meja mereka.

"Ok! Tapi jangan terkejut eh kalau saya pilih pape pun?" Sabrina cuba meminta kepastian. 

Mereka berdua mengangguk kepala serentak.

"Saya nak macaroon ros 1 set, sepotong kek marina, kek keju manga, kek coklat leleh, roti scord epal 1 set, roti sord rendah kolestrol perisa rambutan 1 set, roti bakar 2 set bagi sos iton tapi kasi masam sikit eh dan akhir sekali saya nak air ais gunung 3 layer! Ok tu saja!" kata Sabrina sambil menutup menu dan menekan butang hantar.

Pesanan yang dilakukan oleh Sabrina membuatkan Las dan Arsh terkedu. Las dan Arsh saling berkomunikasi sesama sendiri dengan mata.

"Uish! Perut dia ada 10 ke apa?" Las menanya.

"Aku tak tahu. Memang orang perempuan melantak macam ni ke?"

"Ntah. Perut dia tak senak ke makan banyak-banyak tu?"

Arsh menganggkat bahu tanda tak tahu.

"Kita tengok sahajalah pasti tak habis nanti mesti dia suruh kita makan." kata Arsh melalui mata.

Las mengangguk.

"Mari sambil tunggu tu baik kita buat kerja sekolah." Cadang Arsh sambil mengeluarkan buku latihan Sains dan Pengiraan Matematik Angkasa. 

Mereka berdua bersetuju dengan cadangan Arsh. Sabrina mengeluarkan buku yang sama manakala Las mengeluarkan buku Sejarah Kuno.

Mereka mula menyepi dan membuat kerja sekolah masing-masing.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now