episode 6

5.4K 409 3
                                    

Di perpustakaan.

Arsh sedang sibuk mencari buku mengenai salahsilah keluarga terunggul di rak-rak buku yang tinggi dan panjang.

"Hurmmm.. salahsilah keluarga.. salahsilah keluarga.. salahsilah keluarga.. mana eh salahsilah keluarga terunggul.. tak akan tak ada langsung." Arsh bermonolog.

"Buku tu ada di tingkat 3, rak no 4, baris ke 5, 7 dari kanan." Tiba-tiba suara perempuan berada di sebelahnya. Terus Arsh memusing kepalanya ke kanan.

Seorang gadis molek yang ketinggian hanya 160 cm memakai spek dan berambut pendek yang berwarna kuning. Dia memakai baju kot warna putih belang kuning.

"Sekejap! Dia ni PP ke?" Hati Arsh terdetik.

"Ah! Terima kasih." Ucap Arsh kepada gadis yang tidak dikenalinya itu dan terus pergi ke arah yang diperkatakan.

Arsh menjumpai buku yang dia cari dan kembali ke meja dimana Las sedang membaca majalah perang.

"Maaf lambat." Arsh memohon maaf sebaik sahaja dia duduk di mejanya.

"Tak apa. Dah dapat apa yang kau nak tu?" Tanya Las sambil mengangkat kepalanya seketika dan kembali menyambung pembacaannya yang tergantung tadi.

"Dah." Arsh mula membuka buku yang setebal eskopedia sehelai demi sehelai.

Suasana menjadi hening kerana tidak ramai pelajar di perpustakaan tersebut walaupun perpustakaannya amat besar.

"Weh! tengok ni." Las menunjuk seorang lelaki di majalahnya yang memakai topi. Dia duduk dibarisan belakang semasa kawad untuk Majlis Hari Jadi Tuanku IV ke 50 tahun lepas.

"Kenapa?"

"Dia ni salah satu senior yang gradute dekat sekolah kita."

"Eh? Yeke? Jadi? " tanya Arsh kebingunan sambil mengambil majalah tersebut untuk diperhatikan dengan teliti wajahnya.

"Dia tulah yang terselamat masa buat misi kelas AAA 3 tahun lepas. Semua rakan seperjuangan dia meninggal dan dia yang terselamat." Terang Las dengan suara yang perlahan.

"Eh???? Misi kelas AAA???"

"Ye!"

"Bukan sesuatu yang normal ke untuk seseorang tu capai ke misi kelas AAA?" Tanya Arsh lagi.

"Aduh! Kau ni Arsh." Sambil menepuk kepala.

"Untuk seseorang sampai ke misi kelas AAA adalah purata sebanyak 1/10000." Mereka dikejutkan suara dari belakang mereka. Mereka berpaling wajah kebelakang. Dan mereka terlihat seorang gadis yang Arsh terjumpa tadi.

"Ah! Awak perempuan yang tolong saya tadikan. Terima kasih sebab tolong." Ucap Arsh.

"Tak apa." Sambil mengangkat tangan kanannya.

"Marilah duduk." Pelawa Arsh.

Gadis tersebut duduk dikerusi yang dipelawa oleh Arsh sebentar tadi.

"nama?" tanya Las.

"Zulian. Pelajar tahun 2A kelas 002." jawab gadis tersebut dgn membetulkan kedudukan cermin matanya.

"Apa maksud tadi akak Zulian?" tanya Arsh.

"Kesusahan sebuah misi bergantung kepada kelasnya. Misi terbahagi kepada kelas D, C , B, A, AA, AAA." Muka Zulian series. Zulian tarik nafas seketika dan hembus sebelum menyambungnya.

"Misi kelas D adalah sebuah misi yang paling senang. Misinya seperti tolong orang. Cari duit dana, bantu mangsa perang atau bencana." Jelas Zulian.

"Mak ai. Senang betul misi kelas D. Bila nak jadi pro kalau macam tu." serentak Las dengan Arsh berkata.

"Sebab itu orang disekolah ni gelarkan mereka di kelas D. 'Pelajar moral' sebab semua kerja itu mereka yang sattlekan. Pelajar ini paling senang nak dibuli." terang Zulian dengan riak wajah langsung tidak berubah.

"Bagi misi kelas C mereka perlu berlawan dengan raksasa kelas rendah. Mereka diajar untuk bantuan kecemasan semasa berlaku perlawanan manusia dengan raksasa."

"Misi kelas B. Mereka akan berlawan dengan raksasa kelas serdahana. Misi kelas B juga diajar ketepatan mata dari jarak jauh. Mereka selalu dihantar untuk berlawan dengan raksasa yang digelar Vee, See dan Zee."

"Vee?? See?? Zee??" tanya Arsh.

"Mereka adalah raksasa kelas serdahana. Vee adalah raksasa Tanah manakala See adalah raksasa laut dan Zee adalah raksasa hutan. Walaupun mereka adalah raksasa kelas pertengahan. Tak ramai yang berjaya melepasi halangan. kebanyakkan mereka terpaksa minta bantuan cikgu untuk selamatkan mereka."

"Misi kelas AAA?" Tanya Arsh.

"Misi kelas ni bukan calang-calang. Mereka antara pelajar kuat dan cemerlang. Mereka kena lawan naga kelas ngeri. Naga yang dilawan mereka bukan calang-calang. 1000 yang dihantar misi tu hanya 10 yang selamat. Contoh yang terselamat mamat ni." terang Zulian sambil menunjuk muka lelaki dalam majalah.

"Tak ramai dapat misi kelas AAA. Ramai tak sanggup." Jelas Zulian lagi.

"Begitu. Oklah Arsh. Aku nak balik ni. jumpa esok." kata Las sambil mengangkat buku dan mencampak ke rak buku.

Majalah yang dicampak oleh Las berpusing laju tetapi berhenti sebalik sahaja sampai ke tempat asalnya dan masuk dengan elok dan teratur.

"Aku nak pinjam buku ni dulu." Kata Arsh sambil berlalu ke Kaunter pinjaman.

Selepas 5 minit.

Mereka berpisah dan balik ke rumah masing-masing.

Bersambung

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now