Episode 49

3.6K 254 16
                                    

Berhampiran dengan Planet Erwy,

"Perhatian kepada semua anak kapal. Sila bersiap sedia. Kita akan memasuki ke ruang penarikan graviti Erwy." Suara Kapten Soa kedengaran melalui pembesar suara.

Semua anak kapal masing-masing memaut di pengayut disekeliling kapal serta memakai penapisan oksigen yang bersebelahan tempat mereka bergayut.

Dibilik kawalan pemandu,

Kapten Soa juga memakai penapisan oksigen bagi mengelakkan ganggu penafasan atau lebih tepat kekurangan Oksigen semasa melepasi planet Erwy.

Dia memakai tali pinggang keledar sebelum menekan butang yang berwarna-warni.

Pergerakkan kapal menjadi perlahan dan lurus selari antara bulan dan Erwy.

Muncul sebuah pentagram besar di hadapan 300 meter dari kapal mereka.

Kapal mereka memasuki pentagram itu dengan kelajuan 200km/j. Berlaku gegeran kerana pemintasan ruang masa dan penarikan graviti.

Masa diambil untuk melepasi ruangan masa hanya dua minit sahaja. Keadaan kembali ke seperti biasa.

Kapten Soa menaktifkan sistem lutsinar untuk mengaburi pihak Xcie dan penduduk Erwy sendiri.
Sudah menjadi kebiasaan untuk pasukan dari Aqua untuk menjalankan misi tanpa diketahui umum.

Pendaratan di lurah bukit dipilih. Hal ini kerana berdekatan dengan perkampungan serta penyamaran.

"Kita selamat sampai dan mendarat. Anak kapal boleh membuka penapisan Oksigen." Ujar Kapten Soa.

Dia membuka tali pinggang keledar serta melepaskan penutup mulut yang menyalurkan oksigen.

Dia mematikan enjin kapal lalu bergerak ke ruang makan untuk bertemu dengan anak kapalnya.

Sebaik sahaja dia melepasi pintu yang berpusar, dia melihat anak buahnya sudah bersiap dan sudah beratur sebaris bagaikan sedang menanti arahannyan

"Bagus betul. Belum sempat suruh beratur dah beratur." Ujar Kapten Soa sepontan.

Mereka tidak menjawab atau ketawa dengan kenyataan Kapten Soa kerana mereka sudah bersedia untuk menerima arahan.

"Baiklah. Ini misi pertama buat kamu semua melainkan Cashen. Kita disini untuk menjalankan misi yang diarahkan oleh pihak istana. Seperti kamu semua sedia maklum tugas kita untuk mengawal serta melindungi penduduk dari serangan Uiff semasa berpindah. Gadaikan nyawa jika perlu untuk menjayakan misi ini. Kita perlu bekerjasama satu sama lain sebagai satu pasukan, faham?" Suara kapten Soa kedengaran tegas.

"Faham!" Serentak mereka bersuara.

Di lereng bukit yang dipenuhi lumpur,

Di lereng bukit yang dipenuhi lumpur bagaikan baru hujan menyingah Erwy. Suasananya sedikit sejuk.

Terdapat satu laluan denai menuju ke perkampungan kecil. Masa diambil oleh mereka hanya 10 minit.

Di pagar kampung,

Suasana riang apabila pendudukan kampung sedang mengemas rumah, mengikat kayu, memasak, memotong kayu, mengendong papan dan anak-anak kecil yang berkejaran satu sama lain dengan gelak ketawa yang mendamaikan.

Kampung yang berlapikkan tanah merah dan terdapat haiwan ternakan di hujung kampung. Rumah dibina dengan kayu serta papan tanpa paku hanya diikat dengan akar kayu serta rotan buluh. Atap mereka hanya memakai atap buluh yang ditutupi dengan rumput kering yang sangat tebal serta dihimpap dengan batu kecil san serdahana besar. Hanya ada lingkungan 50 buah rumah sahaja disitu termasuk kedai-kedai.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now