Episode 18

4.8K 348 35
                                    

Di dalam gerabak KGEKT.
Tiba-tiba...

Terasa gegaran kecil. Sebuah pentagram biru aktif dibawah KGE. Sihir ampungan diaktifkan.

"Perhatian! Para penumpang sila memakai tali pinggang keledar kerana keretapi ini akan memasuki ke dalam demensi B dalam masa 5 saat. Diulangi para penumpang diarahkan untuk memakai tali pinggang keledar kerana keretapi ini akan memasuki ke demensi B dalam masa 5 saat." Suara perempuan terminal KGE kedengaran di pembesar suara dalam gerabak.

Para penumpang menekan butang khas yang menyimpan tali pinggang keledar disisi tempat duduk. Tali pinggang muncul dengan serta-merta dan kerusi lekat dengan lantai gerabak.

Gegaran lebih kuat dari permulaan dan pengiraan dimulakan.

"5..4..3..2..1.. Keretapi akan bergerak sekarang." Suara perempuan terminal memberitahu.

KGE mula terapung, digerbang pintu mula berpusar menandakan demensi B dibuka dan KGE bergerak memasuki demensi B perlahan-lahan.

Apabila KGE memasuki demensi B, KGE mula bergerak dengan kelajuan 300km/j sehingga KGE selamat melepasi demensi B.

"Para penumpang tidak dibenarkan membuka tali pinggang keledar sehingga keretapi selamat melepasi demensi B." Suara perempuan terminal memberi arahan.

Para penumpang berbual sesama sendiri kerana para penumpang boleh menekan butang hijau dikerusi dan kerusi tersebut akan berpusing sama ada ke hadapan atau ke belakang.

Ramai diantara mereka menekan butang tersebut untuk berbual dan ada sebahagian daripada mereka hanya melelapkan mata.

Sementara Arsh dan Zulian,
Mereka hanya menyepi sahaja. Arsh memasang lagu dengan earphone nya manakala Zulian memandang ke luar tingkap seoleh-oleh memerhati sesuatu di dalam kegelapan luar.

"Mereka datang." Zulian bermonolog perlahan. Arsh membuka matanya sedikit.

Tiba-tiba gegeran yang kuat di gerabak mereka sehingga para penumpang lain mula ketakutan dan ada diantara mereka panik sehingga menjerit.

Mereka semua melihat ke luar tingkap dan terlihat ada angin kuat sedang melanggar gerabak mereka.

"Para penumpang sila bawa bertenang kerana kita sedang dilabggar oleh angin dari demensi B. Para penumpang dinasihatkan tidak membuka tali pinggang  keledar kerana kami akan meningkatkan kelajuan keretapi sehingga berjaya keluar dari demensi B. Harap bersabar." Kali ini suara lelaki yang kedengaran.

"Nampaknya suara ni adalah suara pemandu KGE" Arsh berkata dalam hati.

Keretapi bergerak dengan kelajuan 400km/j akan tetapi malang tidak berbau apabila gerabak terakhir yang Arsh dan Zulian naiki tercabut dari gerabak-gerabak lain.

"Kita terkeluar dari landasan!" Salah seorang dari penumpang menjerit.

"APA?!" Semua menghayut dengan terkejut kecuali Arsh dan Zulian.

Arsh dan Zulian memandang sesama sendiri dan mengangguk kepala kerana mereka tahu apa mereka perlu lakukan.

Mereka segera membuka tali pinggang keledar. Arsh mula mengambil peranan untuk menenangkan para penumpang lain yang ketakutan.

"Bawa bertenang! Bawa bertenang!" Arsh meninggikan suara sedikit untuk menenangkan para penumpang.

"Macam mana nak bertenang kalau gerabak keluar dari landasan?!" Seorang pakcik dalam lingkungan 30-an menjerit geram.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant