Episode 72

3.3K 182 35
                                    

Dibawah pokok yang besar dan rendang di suatu tempat.

Suasana yang nyaman kerana disapa oleh sang angin. Sang angin umpama sedang berkejaran satu sama lain dibawah mentari yang terik.

Pokok-pokok mula kedengaran seperti sedang berbisik satu sama lain apabila dedaun bergeseran satu sama lain.

Tenang.

Itulah perasaan yang dirasai jika berbaring dibawah pokok yang besar dan rendang.

Seorang budak kecil berjantina lelaki sedang berbaring sambil melelapkan mata.

Siapa yang tidak mahu tidur jika suasana begitu mengasyikkan? Membazir sahaja jika tidak menghayati detik-detik tersebut.

Budak lelaki berambut hitam berpakaian singlet hijau serta berseluar pendek sedang lena dibuai mimpi. Tangannya kirinya dijadikan alas kepala saat dia tidur terlentang.

Dengkuran halus kedengaran dibibir si kecil. Nyenyak sungguh dia lena.

============
"Hei.. Bangunlah.." Suara yang dikenalinya menyebabkan dirinya terjaga dari lena.

"Gadis...?" Perkataan yang boleh didengari oleh telinganya sahaja.

Pandangannya kabur sebelum retinanya melakukan pengfokusan terhadap objek dihadapannya.

"Bangunlah.."

Selepas sahaja objek dihadapannya dapat dikenalpasti dan berjaya ditafsir oleh otak kecilnya baru dia memberi reaksi.

"Woahhhh!!!" Jerit lelaki itu didalam hati.

Terkejut apabila gadis itu merapatkan wajahnya dengan diri si budak lelaki itu. Terasa mahu tercabut jantung. Pantas budak lelaki itu menolak tubuh gadis itu kebelakang seiring dengan tubuhnya bangun dari baringan.

"Dah bangun?"

"Nak apa?" Suara lelaki itu dingin.

"Janganlah tidur sini! Demam karang!" Ujar gadis itu. Geram pula diri si gadis itu apabila sudah berulangkali pesan pada diri si lelaki ini supaya tidak tidur disitu.

"Nak tidur tu.. Tidur dekat atas katillah! Baru selesa." Dalam marah sempat gadis itu memberi cadangan.

"Bisinglah.." Budak lelaki itu mengomel dalam hati.

"Weh!! Dengar tak apa aku cakap ni.." Gadis itu memakai baju gaun beropol-ropol jenis paras lutut dan digayakan dengan rambut ikatan dandan silang empat kali.

Sememangnya mampu membuat jiwa lelaki budak lelaki itu goyang.

Ya, benar! Dia menyukai gadis yang sedang duduk disisinya itu kerana itu dia melayan gadis itu dengan dingin supaya debaran hati tidak diketahui.

"Kau ni bisinglah! Macam nenek!" Bidas lelaki itu sadis tanpa memandang gadis itu.

"Apa kau kata!! Jaahhhaaatt!!!" Kata-kata itu diseiringkan dengan cubitan ketam pada tubuh lelaki itu.

"Sakit! Sakit! Sakit!!" Budak lelaki itu cuba menggelak dari terus dicubit oleh gadis comel itu.

"Aku benci kau!" Bilang gadis comel itu.

Mulutnya dimuncungkan dan pipinya dikembungkan. Dia mengalihkan pandangan sehingga membelakangi budak lelaki itu.

Comel.

Terdetik budak lelaki itu sambil menjeling ke arah gadis comel itu dengan hujung matanya.

"Tak payah nak merajuk bagai.. Lagi nampak macam nenek.. Oh! Aku rasa kau mesti keturunan nenek kebayankan?" Lelaki itu cuba memujuk dengan sindiran.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now