Episode 93

3.1K 186 51
                                    

Di tempat rekreasi, Bandar Ranunculus.

Angin sempoi bahasa membawa angin sejuk dan mendamaikan. Rambutnya dipukul angin itu dengan pukulan lemah-lembut bagaikan mengajaknya menari-nari.

Angin dari tingkat rekreasi paling atas diatas bukit adalah paling menyeronokkan kerana bebas dari pencemaran bunyi manusia.

Dia mendongak kepalanya ke langit sambil memejamkan matanya.

Ah~

Mendamaikan dan menenangkannya. Alangkah indahnya jika hari-hari sebegini. sudah pasti mengembirakan hatinya.

"Weh. Kau tak nak kembali ke perlawanan tu ke?" Suara itu datang dari seekor makhluk yang kecil tubuh dan berambut dikepalanya.

Lelaki itu langsung tidak menjawab soalan dia. Dia kekal melelapkan matanya dan membiarkan angin sejuk itu terus mengusap halus matanya.

Kau tak risau ke?

"Miauuummm~"

"Risau?"

Iyalah.

"Risau."

"Jangan buat muka tak ada perasaan sambil kata macam tu!" Ujar makhluk itu sambil mengeluarkan kukunya yang berkilat dari kakinya yang comel.

Lelaki itu membuka mata sambil bibirnya lemparkan sengihan. Dia mengusap kepala makhluk itu dengan penuh kasih sayang.

Kemarahan makhluk itu bertukar dengan bunyi "bbeerr", menandakan dia suka diusap sebegitu.

Lelaki itu mengangat tangan kanannya separas matanya. Tangannya mengeluarkan asap yang sejuk. Makhluk berbulu dikepalanya itu merenung tangan tuannya dengan anak mata yang sangat tajam.

Ah! Anak matanya tajam bukanlah kerana marah tetapi cahaya yang semakin kuat terhasil dari tangan tuannya.

Makhluk itu melompat dari pagar besi dan duduk disalah sebuah bangku khas untuk makhluk-makhluk sepertinya untuk berehat. Bangku itu nampak keras seperti batu bata namun menjadi sangat lembut seperti belon air apabila makhluk itu duduk diatasnya.

Selesanya~~

Kata makhluk itu sambil duduk selepas penat menekan-nekan bangku kenyal itu.

"Miauuu...mm....TUAN!!!" Makhluk itu terkejut apabila melihat tuannya sudah terjatuh dilantai dan pengsan.

Terkejut bukan kepalang apabila baru seminit dia tidak melihat tuannya dan tuannya sudah pengsan. Telinga haiwannya juga tidak dapat menangkap bunyi tuannya jatuh.

Adakah kerana dirinya leka bermain tekan-tekan bangku tadi?

Mustahil!

Mustahil!

Mustahil!

Telinganya adalah telinga yang paling peka pada bunyi. Masakkan dia tidak dengar bunyi benda seberat tuannya jatuh, jikalau bunyi jarum jatuh dari 500 meter darinya pun mampu mendengarnya dengan jelas.

Lantas dia melompat turun dari kerusi lembut itu dan berlari kearah tuannya.

Tuan! Tuan! Tuan! Bangun!

Tangan comelnya itu menepuk-nepuk muka tuannya.

Selama ini tuannya ada sakitkah? Mengapa dirinya tidak mengetahuinya? Adakah tuannya sedang diambang maut?

Muka lelaki tu semakin pucat dan sejuk.

"AAARRRSSSSHHHH!!!"

BANGUN!!!!!!

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now