Episode 53

3.9K 237 86
                                    

Dirumah ketua kampung,

Dari luar lagi Las sudah menghidu bau yang enak. Bau yang menggoda jiwa lebih-lebih lagi dia sememangnya sudah kelaparan.

"Bau ni..." Las menghidu bau yang biasa dia bau.

"Baton dengan sos iton! Ni baton perang dengan sos iton dua rasa!" Hati Las teruja.

Ya, Las cukup gemar dengan baton perang dengan sos iton dua rasa. Apa yang dimaksudkan dua rasa adalah rasa masin dan pahit yang seimbang menyebabkan rasanya benar-benar lain dari sos iton kebiasaan. Sos iton boleh dicampur dengan bawang, cili, tomato, ulam, makanan laut, ayam atau daging. Sos iton dua rasa tidak boleh dicampur dengan ikan kerana terdapat tindakbalas kimia antara pokok vigo dengan ikan yang membawa masalah kancer jantung.

Sos iton dua rasa sangat baik untuk kesihatan terutamanya mereka mengidap sakit ginjal dan kudis telinga. Rasa pahit dari tumbuhan berduri yang mempunyai antibiotik, kalsium yang sama tinggi dengan kalsium susu lembu, Vitamin B2, pembuangan toksin di dalam ginjal serta anti kudis.

Garam bukit digunakan untuk memasak sos iton dua rasa. Mereka hanya perlu tambah sedikit sahaja garam dalam masakkan kerana penduduk Aqua cukup jaga pada penggunaan garam dalam masakkan. Jika kurang rasa mereka hanya perlu bahan-bahan masakkan yang membawa kepada kemasinan, seperti tumbuhan Vigo, iaitu sejenis pokok yang senang dibela kerana hanya memerlukan sedikit air sahaja dimana hanya perlu siram seminggu sekali dan hidup dengan mudah. Vigo rasa masin tetapi kandungan garam pada Vigo hanyalah 2% sahaja dan mampu memasinkan masakkan, selain itu, pokok Vigo mempunyai khasiat setanding delima dan buah aprikot tetapi pokok vigo tiada anti kancer seperti buah aprikot.

"Kejap.. Penduduk sini reti masak sos iton dua rasa ke?!" Las mengaru kepala tidak gatal.

Baru sahaja dia mahu memulas tombol pintu, Arsh sudah membuka pintu. Mereka berdua memberi reaksi tergamam kerana terkejut.

"Las! Balik pun kau! Aku ingat baru nak cari kau."

"Oh. Aku dah pulang."

"Selamat pulang. Kau ke mana weh? Aku bertukang tak nampak pun kau dekat situ. Aku ingat kau tak balik lagi masa tengahari tadi, sampai aku nampak kelibat kapten Soa di sebalik pokok-pokok bunga."

"Kitaorang kena tipu bulat-bulat."

"Asal?"

"Nanti aku cerita. Kau nak tolong aku sekejap lagi?"

"Tolong apa?"

"Tolong bertukang."

"Aik?"

"Nanti aku cerita."

"Ah! Ok."

Las dah agak yang Arsh pergi tolong penduduk kampung bertukang. Silapnya juga tidak beritahu tempat bertukangnya.

Arsh memberi laluan kepada Las untuk melepasinya. Arsh mengunci pintu sebelum mengikuti Las ke meja makan.

"Siapa masak?" Tanya Las apabila melihat Oti mengangkat periuk yang dipenuhi dengan sos iton.

"Sabrina." Jawab Oti ringkas.

"Eh? Saya masak nasi je. Yang sos iton tu.. Bini awak tu yang masak." Bidas Sabrina.

"Bini?" Oti terkejut dengan kata Sabrina.

"Las dah kawin ke?"

Las dengan Sabrina ketawa.

" 'Bini' yang aku maksudkan adalah Arsh."

"Hah?! Korang berdua kawin ke?! Kenapa aku tak tau pun?!" Semakin bertambah kekeliruan Oti.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें