Episode 43

3.5K 234 12
                                    

Sambungan episode lepas,

Sabrina terus berlari walaupun dia sudah tidak larat. Dia perlu cepat ke kampung dan minta bantuan penduduk kampung atau si kakaknya mati di baham Uiff.

"Kakak... Bertahan!" Sabrina yang lingkungan 7 tahun berlari dengan liringan air mata.

15minit kemudian..

Sabrina mula nampak cahaya kecil dihujung jalan. Dia sudah menghampiri perkampungannya. Dia percepatkan langkah.

Dia tahu apa yang akan berlaku tetapi dia perlu mencuba. Dengan keadaan tergesa-gesa dia bergerak menghampiri pintu pagar.

"Berhenti!!" Suara pengawal mula kedengaran lantang.

Sabrina memerlahankan pergerakkannya dan dadanya naik turun dengan laju. Dia terasa mahu pintam dan muntah dalam masa sama.

"Eh? Budak kecil?" Ujar salah seorang pengawal.

"Budak mana ni? Lari dari hutan malam-malam ni." Seorang lagi menyampuk.

"Ntah. Aku pun tak pasti." Seorang lagi mengeleng kepala.

"Jangan-jangan dia Uiff Jadian?!" Salah seorang pengawal yang kurus keding menyampuk.

Suasana sepi.

Keadaan Sabrina yang berdarah, pakaiannya terkoyak sana sini, kakinya salah satu tidak berselipar, rambut kusut masai dan penuh lumpur malah dia juga membawa balik pokok berduri dikakinya.

"Jangan gerak!" Salah seorang pengawal mengeluarkan senapang menghala ke tubuh si kecil.

"Kau mesi Uiff jadian yang cuba memecah masuk kampung!" Tegas salah seorang pengawal.

Pantas tubuh Sabeina yang kecil dihentak ke tanah.

Menggerang kesakitan si kecil itu.

Hati sabrina bengkek, panas apabila diperlakukan sebegitu tetapi dia masih perlu meminta bantuan.

"Too...ha..ha..long....ha..ha.." Sabrina cuba mengeluarkan suara malangnya suaranya dengar tidak dengar sahaja.

"Ha??"

"Apa kau cakap? Kami tak dengar."

"To..Long.." Suara halus Sabrina masih samar-samar bunyinya.

"Eh?? Si Uiff ni cuba cakap sesuatulah."

Mereka mengejek.

"Campak dia ke dalam sangkar." Arah seorang pengawal yang entah dari mana muncul.

Mereka membawa sangkar keluar.

Pantas Sabrina diangkat secara paksa dan dihumban ke dalam sangkar.

"Aku benci manusia seperti mereka! Benci.. Meluat!!" Hati Sabrina menghentak perasaan benci.

"Tolong! Selamatkan kakak saya!" Sabrina menjerit.

Para pengawal disitu terkejut dengan jeritan si Sabrina.

"Diam!!" Ujar salah seorang pengawal sambil cuba menikam Sabrina dengan lembing buluh.

Sabrina ketakutan! Dia tidak berani melihat.

Sepi. Tiada kesakitan yang dirasainya. Pelik!

Sabrina membuka mata perlahan-lahan. Alangkah terkejut apabila dihadapannya terdapat sekumpulan berpakaian seragam perak putih bersama mantel dibelakang.

Seseorang yang duduk seperti mencakung dan mantelnya berterbangan seperti dia baru lompat turun dari langit.

"lelaki..?" Hati sekecil berbisik. Matanya tidak berkelip melihat figura dihadapannya.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now