Episode 63

3.4K 210 22
                                    

Sambungan episode lepas,

Serpei bergerak kearah Sabrina yang memandangnya tanpa berkelip. Pantas tangannya memasukkan kepingan coklat Vlaze terakhir kedalam mulut Sabrina yang sedikit terbuka itu.

Wajah Sabrina bertambah merah seperti baru lepas menggigit cili padi! Serpei memandang Sabrina yang terduduk ke tanah kerana tidak menjangka tindakkannya.

Entah mengapa dia rasa mahu mengusik lagi gadis dihadapannya.

"Dia ni.. penduduk planet Erwy.." Serpei membuat andaian berdasarkan kefasihan gadis ini menutur bahasa Erwy.

Dia tidak pernah ke bintang Erwy tetapi mempelajarinya dalam subjek tambahan disekolah. Sudah semestinya Sekolah Kesatriaan Aqua Kristal. Satu-satunya sekolah yang mengajar pelajarnya berlajar bahasa bintang lain. Sudah semestinya gadis didepannya tidak tahu sekolah apa yang dia perkatakan. Nama sahaja dia 'bersekolah' tetapi sebenarnya dia sudah memasuki alam universiti khas.

Universiti khas yang dimaksudkan adalah universiti yang terletak didalam kawasan Sekolah Kesatriaan Aqua Kristal itu sendiri. Mereka memperlajari sesuatu ilmu lebih dalam berbanding budak sekolah tetapi adakalanya mereka menjalankan misi kelas S sehingga misi kelas SSS bersama budak-budak sekolah.

=======

Sabrina memandang Serpie yang merenungnya. Wajah Serpie dilindungi oleh manfelanya yang berkibar lembut dipukul angin malam. Wajahnya gelap kerana melawan cahaya. Sabrina terpaksa mengecilkan matanya.

Badannya tiba-tiba terasa sangat sejuk dan baju berkerudung yang dijumpai di lorong gelap tadi bukanlah jenis untuk musim sejuk kerana baju itu nipis.

"Apa masalah mamat ni?! Pandang aku macam tak pernah nampak perempuan!" Gertus hati Sabrina.

"Jangan cakap di nak apa-apakan aku? Dia nak ro...ro..."  Sabrina cuba mengungkapkan perkataan rogol tetapi tak berjaya.

"Kalau dia apa-apakan aku tahu aku kerat mamat ni!" Sabrina membalas kata didalam hatinya.

"Akta 73-2 (C) dibawah seksyen jenayah keatas wanita." Lelaki itu bersuara sambil mencangkung didepannya.

"..?" Sabrina terpinga-pinga.

"Itu akta dimana aku akan kena hukum sebat 30 sebatan dan menjalankan kerja amal selama 3 tahun jika aku mengapa-apakan kau.. Tapi tu.. Kalau aku rogol kau." Ujar Serpei sambil membuka manfelanya.

"..??" Sabrina semakin keliru.

Lelaki itu menarik kerudung Sabrina ke belakang dan melilit manfela dileher gadis itu dengan kemas. Sabrina menepis tangan Serpei kerana jarak antaranya dan lelaki itu hanyalah 15 inci. Cukup dekat untuk merasa nafas lelaki itu.

"Aku tau kau bukanlah penduduk Aqua.." Serpei menyarung semula kerudung gadis itu ke atas kepalanya. Sekali lagi Sabrina menepis dan menendang perut lelaki itu. Lelaki itu berjaya mengelak tendangan Sabrina.

"Comel." Hati lelaki itu sempat memuji apabila melihat gadis itu bagaikan kambing biri-biri yang dipakaikan baju.

Muka Sabrina tengelam dengan manfela tebal dan dililit berkali-kali dengan sengaja oleh lelaki dihadapannya.

"Mana dia boleh tau?" Hati Sabrina berbisik.

"Kau mesti fikirkan macam mana aku boleh tahukan?" Lelaki itu mengambil batu kecil berdekatan dan bermain-main dengannya.

Sabrina memandang lelaki itu disamping perutnya terasa kecut kerana seoleh-oleh lelaki dihadapannya boleh membaca hatinya.

"Aku tau....Dari bahasa yang kau sebut..."

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now