Episode 44

3.8K 250 15
                                    

Diterminal angkasa lepas,
Mereka mendaftar untuk mendapat transaksit pelepasan ke perhentian bulan untuk pertukaran kapal.

Selepas mereka mendaftar mereka tunggu sebentar sehingga kebenaran dibenarkan.

Tiada apa yang dibual. Mereka leka memandang sekeliling. Sememangnya terdapat berbagai orang dan makhluk angkasa dengan pakaian seragam berbeza disitu.

Sini adalah terminal ketiga terbesar selepas terminal utama di metropolitan Matahari dan terminal kedua di Bandaraya Bulan. Terminal ini diberi nama Terminal Dubiqua. Nama ini diambil berdasarkan nama galaksi Dubiq yang terselindung dengan kabus angkasa dan tempat itu adalah tempat yang jarang diterokai.

Las leka bermain permainan video di internet manakala Arsh memandang sekeliling. Ini kali pertama dia jejak kaki disini. Sememangnya tempat ini cantik dan berelektronik tinggi.

Sabrina hanya diam tidak bersuara. Otaknya masih ligat memikir mimpinya. Kapten Soa hanya duduk sambil memejam mata.

"Maafkan menganggu.." Suara perempuan didepan mereka berjaya menarik perhatian mereka.

"Ya?" Kapten Soa membuka mata dan berdiri.

Ketinggian kapten Soa jauh lebih tinggi berbanding gadis memaksa gadis itu mendonggak.

"Penyataan transaksit tuan sudah selesai. Sila beratur disitu untuk mendapat tiket. Di perhentian utama di bulan sudah ada kapal penerbangan masa untuk tuan." Ujar gadis yang berambut merah jambu paras bahu. Rambutnya beralun.

"Ah.. Baik.. Terima kasih." Ujar Kapten Soa sopan.

Gadis itu mengangguk sebelum bergerak meninggalkan mereka berempat.

"Jom.. Transaksit kite berjaya.. Kita kena kumpul dekat sana untuk dapat tiket."

"Baik!" Ujar mereka serentak.

Mereka bergerak ke tempat yang Kapten Soa tunjuk.

Di dalam keretapi angkasa,

"Tak sangka! Rupanya keretapi, aku ingat kapal angkasa." Ujar Arsh sedikit teruja.

"Kau ni dah kenapa? Tak pernah tengok?" Ujar Las terlepas kata.

"Kali pertama.. Kau pernag datang ke?" Tanya Arsh sambil membuka topinya.

"Pernah.. Dulu masa aku dapat misi.." Ujar Las terlepas kata.

"Aik?! Ni bukan misi pertama kau ke Las? Sejak bila kau ada misi lain?" Tanya Arsh curiga.

"Aah! Kau bukan misi pertama ke?!" Sabrina menyokong.

"Alahai.. terlepas kata." Las bermonolog.

"Las....~" Serentak mereka memandang Las curiga.

"Jangan merepek ler.. Tadi masa dekat perhentian aku dah siasat pasal keretapi ni... Lagipun tadi adakan penerangan pasal kapal yang bakal kita duduk." Las sengaja tidak menjawab soalan mereka.

"Betul juga tu.." kata Sabrina bersetuju.

Las melepas lelah mendengar penyokongan Sabrina. Arsh masih curigai dengan keterangan Las.

Mereka duduk di kerusi bertiga manakala kerusi Kapten Soa dan Cashen di belah kanan dan ada jarak untuk laluan diantara mereka. Keretapi ni lebih kecil berbanding Keretapi Graviti Elektronik.

"Selamat datang diucapkan kepada penumpang Keretapi angkasa dan terima kasih menggunakan keretapi angkasa dari Syarikat XX. Destinasi kita adalah ke terminal transaksit dibulan. Jadi untuk memastikan keselamatan anda sebagai penumpang sila memakai tali pinggang keledar. Keretapi api ini akan bergerak dalam 5 minit lagi. Sila pastikan anda sudah memakai tali pinggang." suara perempuan kedengaran.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now