Episode 97

2.6K 188 15
                                    

Aku bagi tempoh 24 jam dari sekarang untuk kau bunuh dia! Kalau engkau tidak melaksanakan arahan ini aku tak teragak-agak mengambil tindakkan dan kau tau apa aku akan lakukan!

"Tak!!!! Kau tak bolehhhhhhhhh!!!!" Sabrina segera bangun dari katilnya dengan raut dipenuhi ketakutan.

"Eh? Mana ni?" Ucapan Sabrina selepas warasnya kembali.

Mana ni?

Katil siapa ni?

Hati Sabrina bercelaru.

"Kau dah bangun?" Suara seorang lelaki menyapanya.

"Eh?" Sabrina memandang kearah suara itu.

Seorang lelaki beraut comel memegang dulang berisi air dan dua roti skon bergerak kearahnya.

Sabrina memandangnya dengan perasaan sedikit cuak.

"Kau..... Siapa?" Tanya Sabrina takut-takut.

"Aku? Panggil Lieye." Jawab lelaki sambil meletak dulamg itu ke atas katil.

"Macam mana eja?"

"L.I.E.Y.E."

"Kenapa aku ada dekat sini??"

"Apa kata kau makan dulu?" Jawab Lieye dengan wajah tersenyum.

"Ah. . Ok. . " Sabrina mengambil roti skon dengan teragak-agak sebelum menyua ke dalam mulut namun suapannya terhenti apabila lelaki itu suara.

"Sebagai pembunuh upahan tidak kau rasa curiga kalau aku letakkan racun dalam makanan kau?" Suara sadis kedengaran.

Sabrina terperanjat dan memandang wajah lelaki itu yang dihiasi senyuman namun senyuman kali ini jelas kelihatan tidak ikhlas.

Segera Sabrina melompat turun dari katil dan membuka kuda-kuda.

"Kau siapa?" Wajah Sabrina kelihatan penuh curiga.

"Aku? Aku dah cakap taa-." Percakapannya tadi terputus apabila suara Sabrina dikeraskan lagi menanyakan soalan sama.

"Aku orang yang memerhatikan kau."

"Memerhatikan aku? Siapa hantar kau?"

"Siapalah agaknya." Jawab lelaki itu sambil mengambil roti skon yang masih diatas dulang dan mengunyahnya.

Mujur lompatkan Sabrina tidak menumpahkan air didalam dulang.

Sabrina memandang lelaki itu yang sedang mengunyah makanan sambil menelan air liur.

Perutnya menghasilkan bunyi gulu gulu gulu.

"Nak?" Tanya lelaki itu sambil memandangnya dengan pandangan suci.

"Tak nak!" Jawab Sabrina. Sekali lagi bunyi yang sama kedengaran.

"Hahahahahaha! Nah!" Lieye menghulurkan roti skon yang terjatuh atas katil kepada Sabrina.

Sabrina memandang makanan itu dan teragak-agak untuk mengambilnya.

"Tak nak? saya makan~" Ucap Lieye sambil berpura-pura memasukkan dalam mulutnya.

Sabrina segera melompat ke arah Lieye dan merampas roti skon itu darinya dan melarikan diri menggunakan pintu.

"Heh.. Dah lari ke?" Kata Lieye sambil memandang kearah pintu yang sudah terbuka.

Lieye bergerak kearah tingkap dan memandang Sabrina melarikan diri dari rumahnya.

"Sabrina Kolarship..." Ucap lelaki itu sambil membuka rak dan mengeluarkan sampul surat.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now