Episode 79

3.1K 196 13
                                    

Hari perperiksaan semakin menghampiri pelajar sekolah Aqua Kristal.

Tekanan kian dirasai.

Masa berehat semakin panjang membolehkan pelajar belajar sendiri.

###############
Hari pertama peperiksaan,

Subjek pertama peperiksaan adalah subjek Klaster, Sejarah Angkasa serta Matematik Asas.

Sekolah Aqua Kristal sepi sehinggakan bunyi jarum mampu didengari seluruh sekolah jika taburkan di dewan terbuka.

Setiap masa peperiksaan untuk setiap subjek adalah 4-5 jam.

Klaster adalah subjek seni bina dimana memerlukan penggunaan sihir untuk "menghidupkan" sebuah ukiran, lukisan atau binaan.

Subjek Klaster adalah subjek wajib A untuk membolehkan pelajar Aqua Kristal kekal berada didalam sekolah berprestij tinggi.

Klaster membawa makna Hidupkan sesuatu yang mati. Jika dilihat dari konsep penyihiran;

Seseorang akan mencipta sesuatu melalui apa sahaja benda yang boleh diukir atau dibentukkan menggunakan bahan tersebut,

Selepas siap diukir, diwarna, dan dihias, seseorang perlu menyediakan kata sihir atau lebih mudah, jampi atas kertas, yang khas untuk membolehkan benda yang diukir hidup selepas membaca jampi tersebut.

Jampi yang terhasil oleh seseorang tidak boleh sama dengan jampi orang lain.

Tidak perlu risau kerana boleh merujuk dalam buku teks. Klaster rujukkan yang boleh dihasilkan serta jampi juga diletakkan sekali.

Mereka tidak boleh membawa buku ketika peperiksaan, maka oleh sebab itu, mereka perlu menghafal cara pembuatan serta kata sihir.

Mudah bukan?

Ya, mudah untuk tahun satu, dua dan tiga sahaja tetapi tidak mereka yang berada ditahun 4 dan 5 kerana pelajar senior perlu menghasilkan sesuatu klaster yang baru yang tidak dihasilkan atau dicatat dalam buku teks.

Dalam Klaster mereka perlu terkandung pentagram didalamnya.

Pentagram didalamnya akan berinteraksi dengan jampi diatas kertas jika dibaca membolehkan klaster tersebut hidup.

Klaster adalah subjek khas untuk sekolah Aqua Kristal sahaja dan tidak terdapat disekolah kesateriaan yang lain. Ini kerana, Klaster adalah ilmu sihir diraja dan tidak boleh dipelajari oleh orang lain melainkan pelajar sekolah itu sahaja.

###############
Hari peperiksaan kedua,

Subjek peperiksaan hari ini adalah Geografi, Bahasa Aqua, dan Geografi matrik.

Masa peperiksaan juga adalah sama untuk setiap waktu peperiksaan 4-5 jam.

Jarak antara peperiksaan pertama dengan kedua adalah 2 hari.

#############
Hari peperiksaan ketiga,

Peperiksaan hari ini adalah lebih kepada peperiksaan fizikal dan tenaga stamina.

Mereka perlu maraton 100 kilometer. Maraton kali ini mereka perlu merentasi perumahan, kedai, danau, jalan hutan serta padang berpasir untuk sampai ke garis penamat di sekolah mereka semula.

Masa diberikan adalah 10 jam sahaja.

Peperiksaan untuk subjek ini amatlah meriah sehingga penduduk Bandar Aqua turut meraikannya dengan menjual makanan, minuman, berkemah disepanjang jalan untuk melihat mereka beraksi malah terdapat pasukan sorak.

Mereka akan diberi ujian disetiap garis penanda contohnya:-

Dijalan perumah, mereka perlu berlari maraton seperti biasa manakala dijalan kedai mereka perlu berlari pecut sambil diletak halangan berpagar serta kawasan licin disepanjang jalan.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now