Episode 52

3.3K 214 24
                                    

Dihadapan pintu kampung,

Mereka berjalan dan selepas beberapa langkah mereka berpecah. Las bergerak ke tempat mereka bertukang semula manakala Kapten Soa berjalan beriringan dengan pakcik tersebut.

Disituasi Las,

Macam manalah agaknya Arsh sekarang? Adakah dia sudah siap tugasnya atau dia sedang menjalankan tugas yang sepatutnya Las pikul.

"Aku bukan suka sangat orang ambil alih tugas aku."

Selepas belok beberapa kawasan akhirnya dia sampai ke destinasinya.

Kayu-kayu yang sudah siap dipotong sudah tersusun cantik manakala kayu serta papan yang tidak dipotong bertaburan disekeliling.

"..." Las terkebil-kebil sebelum mengeluh kecil.

Nampaknya tugasnya langsung tidak diambil alih oleh Arsh. Adakah Arsh belum siap tugasnya disana atau Arsh tidak tahu tempatnya bertukang? Mungkin Arsh silap tempat dimana dia pergi menolong penduduk kampung bertukang.

"Apa boleh buat. Tuhan cakap ni kerja aku.. Nak tak nak kena siapkan."

Las menyising lengan baju semula dan mengambil kapak yang tersadai di dahan pokok berhampiran tempat dia berdiri.

Las mengambil dan melambung lambung kapak tersebut udara beberapa kali sambil memandang kayu-kayu, papan-papan serta dahan-dahan yang masih tersadai.

Sebenarnya dia sedang membina rumah kayu atau lebih mudah kenderaan yang menyerupai rumah untuk menolong penduduk kampung meletak barang pindahan. Hal ini, memudahkan tugas permindahan.

Jika dia tidak ditipu tadi pasti tugasnya sudah hampir siap dan mungkin sudah siap sekurang-kurangnya 2 kenderaan. Seronok gamaknya main tipu-tipu. Las masih lagi melambung-lambung kapak ke langit dan menyambutnya tanpa memandang kapak tersebut.

Untuk sampai ke tempat dia bertukang, mereka perlu melepasi disebalik bukit yang terletak di hujung barat kampung.

Dia berhenti melambung dan memandang sekeliling. Tiada siapa. Derianya juga tidak dapat menangkap sesiapa pun disekelilingnya. Bermakna tiada sesiapa di sekelilingnya.

Las mencampak kapak langit dan sebaik sahaja kapaknya hampir mengena kepalanya dengan jarak 4meter, muncul pentagram biru disekeliling kawasan dan mengapungkan kayu, dahan serta papan yang belum dipotong ke udara.

Muncul pedang katana ditangannya, lalu berlari dengan pantas ke kawasan berpentagram dan bertindak memotong kayu-kayu dengan beberapa kali potongan cantik. Pentagramnya hilang lalu terjatuh kayu, papan dan dahan yang sudah siap dipotong ke tanah.

Siap.

Masa yang perlu diambil tidak sampai 10 saat menyebabkan kapak yabg dilambungnya tidak sempat jatuh ke tanah. Dia sudah siap aktiviti memotong.

Dia memasukkan semula katananya ke dalam rumahnya dan hilang dengan sendiri.

Las mengutip kayu-kayan tersebut untuk diasingkan ketegorinya. Kemudian mulalah aktiviti bertukangnya.

KETANG, KETUNG, KETANG, KETUNG~

Tanpa disedari masa sudah berlalu ke hari senja. Las langsung tidak sedari masa mula bergerak pergi. Dia masih leka mengikat rotan pada hujung kenderaan.

Tangannya melecet diabaikan, tubuhnya berpeluh diabaikan, dan pakaiannya comot dengan tanah dan debu pokok juga diabaikan. Rambutnya yang menutupi mata sebelahnya disepit dengan papan yang dia potong menyerupai pin rambut khas untuk rambutnya

Itulah Las, sekali ia memulakan tugas tiada apa yang mampu memberhentikan tugasnya. Dia akan beri 100% komitmen dan tumpuan pada tugasnya.

Sesekali rotan yang diikatnya terlepas dari pegangan sehingga melibas mukanya. Nasib baik dia memakai ini yang menutup sekali wajahnya melainkan dahi dan matanya. Walaupun tertutup tetap rasa sengat dilibas dengan rotan.

"Adoi!" Las mengosok perlahan pipinya.

"Sikit je lagi. Aku cuma perlu ikat mati rotan ni." Las bermonolog sendiri.

Dia menguatkan gengamannya. Kepayahan untuk dia menarik rotan yang kemas digulung langsung tidak mematahkan semangat Las. Sebaik sahaja dia berjaya mengikat mati rotan tersebut, dia melepaskan lelah berat.

Dia duduk sambil tangannya kebelakang menahan tanah dan kakinya melunjur ke tanah.

"Haaa.. Baru siap 3 rumah.." Ujar Las sambil memandang 3 rumah siap terpasang.

Untuk tarik satu rumah ini dia memerlukan 2 ekor kuda atau 6 tenaga manusia.

Besar tiga rumah itu mampu memuatkan 5 manusia didalamnya. Sepatutnya masa diambil untuk menyiapkan serumah adalah 4jam tetapi dengan kemahiran Las ia mampu menyiapkan tiga buah rumah 6 jam sahaja.

"Penat giler.." Las memandang langit.

"Lah.. Dah senja... Aku rasa aku mula kerja pukul 1 tadi.. Tak sangka dah lewat petang.."

Las memandang sekeliling. Hutan. Walaupun hutan ini tidak setebal hutan hujan tetapi masih gelap dan sunyi. Las bukanlah seorang yang penakut.

Krughhhh.

Las memandang perutnya yang sudah berkeroncong.

"Oh.. Kali terakhir aku makan dalam hutan timur.. Patutlah aku lapar.." Dia memandang sekeliling.

Tiba-tiba dia teringat peristiwa kawan mereka yang lain keturunan dengan lain planet. Ya, sahabat mereka berbangsa Vrykolakas. Mereka banyak luang masa didalam hutan disekeliling sekolah untuk cari pari-pari. Semua itu berlangsung semasa perayaan manisan di planet aqua.

"Apa khabar agaknya Dietrich, si gebu gabas tu.. Hahaha.." Las tidak dapat tahan ketawa dengan aksi pujuk memujuk antara Glen, tuannya dengan Dietrich, si strigoinya.

Dia membuka semula rakamn video yang dia rakam saat aktiviti pujuk memujuk berlangsung. Dia curi-curi rakam tetapi disedari oleh Arsh.

Aksi pujuk memujuk sebab si strigoinya tak mahu bertukar pada wajah sebenarnya.

Videonya berubah pula saat Ailan dan Zulian menari sebab terpilih semasa mencari pasangan dengan mata tertutup. Sememangnya ada aura cinta diantara mereka. Cuma mereka belum meluahkan perasaan satu sama lain sehingga saat-saat akhir mereka di Planet Aqua. Ada kiasan diberi oleh Ailan pada Zulian.

Rakaman ini dia rakam tanpa disedari sesiapa di atas pokok sehinggalah seorang makhluk jin yang bernama Sylvan dari planet Glen tinggal dan duduk disebelahnya. Satu-satunya makhluk boleh kamching dengannya jika dibandingkan dengan Vrykolakas.

Dia ingat lagi semasa Sylvan mencabarnya berlawan. Pada awalnya dia menolak, tetapi dia didesak berkali-kali sehingga dia terpaksa angkur.

Khabar Glen masa tu si Sylvan ni handal bermain senjata dan sihir. Masakkan tak handal jika dia mampu pecah masuk liputan sihir yang menyerebungi Aqua tapi itu dia tak berapa yakin sebab selepas kehilangan penjaga sihir kuno, sistem sihir kuno berkurangan.

Semasa bertarung tu, dirinya mengakui bahawa Sylvan memang handal bermain pedang, pergerakkannya cukup pantas tetapi tidak cukup pantas bagi Las kerana Las mampu melihat setiap libasan dari Sylvan. Disebabkan itu dia memenangi perlawanan itu.

Paling lawak pernah dia hadapi semasa Sylvan mengunakan sihir tetapi disebabkan perbezaan graviti yang cukup jauh dimana tarikan graviti di Aqua 20 kali ganda lebih kuat dari planet mereka menyebabkan sihir Sylvan gagal sehingga huru-hara dan hampir terbakarkan bulu gebu milik Dietrich. Nasib baik ketika tu mereka di hutan, dan ada Ailan, Bess dan Glen mengawal keadaan. Memang huru-hara saat itu dan dia sempat rakam kerana dia sudah set kamera auto rakam. Dia memang tidak menolong semasa itu kerana dia tidak dapat kawal ketawanya.

Las ketawa kecil.

"Apa khabar agaknya mereka disana... Mereka dibintang yang jauh melepasi demensi..." Las menandang langit sambil tersenyum.

Langit sudah bertukar warna. Hutan gelap gelita. Hanya menampakkan langit yang dipenuhi bintang berderet diangkasa.

Dia sudah melupai perutnya yang berkeroncong kerana mengingati kenangan dua bulan lepas.

Dia bangun dan bergerak pulang untuk makan malam. Dia rancang untuk sambung sekejap lagi selepas makan.

Bersambung.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Where stories live. Discover now