Episode 65

3.7K 216 46
                                    

Pada hari Jumaat malam,
Dirumah Arsh,

Arsh mengeliat selepas penat menyiapkan kerja sekolah diberi. Dia meletak cermin matanya di meja. Sebenarnya Arsh tidak rabun mahupun silau tetapi entah mengapa dia suka memakai cermin mata ketika belajar dirumah.

Arsh memandang langit disebalik tingkap kecil yang tidak berlangsir.

Langit berwarna biru pekat dan ada sedikit berwarna gelap. Langit malam itu, menunjukkan hari akan hujan. Warna merah lembut gah dipacarkan oleh sang rembulan seperti gula-gula kapas.

Arsh tersenyum kecil. Terasa dadanya lapang apabila melihat ketenangan alam.

"Dah macam-macam kenangan aku cipta dekat sini.. Yang baik, yang buruk, yang ntah apa-apa.. Semua sudah selamat tercipta diotak."

"Teringin kali pertama aku di Bandaraya Aqua ni..." Arsh tersenyum kecil sambil menyandar dikerusi.

"Kali...Pertama...?" Arsh bagaikan menyedari sesuatu.

"Kali pertama aku di Aqua...adalah... hari pertama.. aku ke sekolah.. atas katil...bunyi loceng..." Arsh beralih wajah ke arah katil dan sekeliling biliknya.

Kemas dan terutur. Tiada apa yang pelik.

"Pelik! Aku... Langsung tak ingat.. bila masa aku berpindah ke sini..." Bisik hatinya. Dia bergerak ke pintu bilik dan menerungi tangga batu dan kayu dibahagian pemegang.

Sebaik sahaja dia mencecah anak tangga terakhir. Dia memandang sekeliling.

"Aku.. Langsung tak ingat...Saat-saat aku bersama keluarga disini... Kenapa.. aku tak ingat langsung...?"

Dia bergerak ke arah bingkai gambar berhadapan cermin hias dan terdapat bunga angerik.

Dia mengapai bingkai gambar. Gambar keluarga disebuah taman berlantarkan sungai. Wajah mereka tersenyum gembira. Arsh tersenyum kecil dengan gelagat mereka.

Dia segera geledah kawasan ruang tamu untuk mencari album keluarga lagi.

25 minit kemudian,

Habis bersepah ruang tamu, ruang makan dan stor digeledahnya. Tiada.

"Pelik.." Sepatah bibirnya berkata sambil memandang kawasan yang digeledahnya seperti tokang pecah.

"Komputer!" Dia memanggil komputer, si penjaga rumah.

"Tuan panggil saya?"

"Aku nak tanya.. Mana album dalam rumah ni?" Ujarnya sambil mengangkat buku berwarna merah dan membeleknya. Tiada apa yang menarik.

"..."

"Komputer?" Arsh memandang komputer apabila langsung tiada maklum balas. Selama ini tidak pernah dia tidak membalas.

"..."

"Mana album keluarga aku?"

"Ke..kenapa... Tuan carinya?"

"Apa yang engkau sembunyikan?" Dia memandang Komputer yang masih setia di sebelahnya.

"Tia..da pape.."

"Komputer.." Arsh melepas mengeluh.

"..."

"Biar aku teka.. Kalau aku dapat tahu kebenaran.. kau sudah tidak diperlukan lagi.. atau lebih tepat.. kau tak akan wujud lagi... Betulkan..?" Ujar Arsh tidak memandang komputernya. Matanya tertutup dengan rambutnya.

"...!" Komputer mengeluarkan tanda seru menandakan dia sedang terkejut dengan keterangan Arsh. Bagaimana ia tahu?!

Dia bergerak mengemas semula ruang tamu. Dia mengangkat buku-buku dan disusun ditempat asal.

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Kde žijí příběhy. Začni objevovat