Episode 15

5.3K 369 22
                                    

Malam, pukul 12, Dibilik Arsh.

Arsh sedang berbaring sambil memandang syiling kayu. Pemikiran Arsh mula melayang.

Imbas kembali, di tepi tasik.

Seorang gadis bertubuh sedikit gempal tapi tetap mempunyai tubuh yang cantik dan rambutnya pendek serta disepit dengan penyepit rambut bunga angerik di tepi telinga kirinya. Dia leka memandang tasik yang cukup cantik dan bersih yang terbentang dihadapanya sambil memeluk kakinya.

"KAK SERENNNNNNNNN!!!!" Lamunannya terhenti dan lekas memaling ke kanan sebaik sahaja namanya diseru.

Kelihatan adik-adiknya sedang berlari kearahnya. Ya, itulah Arsh dan Serena. Serena kelihatan comel apabila dia diikat toncang tengah dan wajahnya comot dengan tanah manakala Arsh juga serupa dengan Serena.

"Pfft... Ni comfirm jatuh masa nak datang ke sini." Seren ketawa kecil dengan telatah adiknya.

"Hati-hati nanti jatuh!" Kata Seren sambil melambai kearah adik-adiknya.

Sebaik sahaja dia berkata begitu Serena tersadung diakar pokok. Terkedu Seren ketika itu. Dia bangun dari duduknya dan bergerak kearah Serena yang sudah menangis.

Arsh sedang memujuk Serena sambil mengangkat badan Serena dari terus tersadung diakar pokok. Pergerakkan Seren terhenti dan matanya memerhati kelakuan Arsh yang sedang merawat Serena.

Arsh mengoyak sehelai kain seledang berwarna biru yang melilit lehernya lalu mengikatnya di kaki Serena untuk melindungi luka Serena dari dijangkiti kuman.

"Ok siap. Dahlah tu jangan menangis. Nanti luka tu hilanglah. Dah-dah." Pujuk Arsh sambil mengusap kepala Serena. Tangisan Serena kian reda hanya tinggal sedu-sedan.

"Pandai. Serena kena ingat sesuatu yang mengembirakan nanti sakit tu hilang sendiri." Pujuk Arsh lagi.

"Betul?" Serena memandang abangnya untuk meminta kepastian.

Arsh mengangguk.

"Betul apa Arsh katakan." Seren menyampuk perbualan mereka dan mengusap kepala mereka berdua.

"Kak Seren!" Mereka melemparkan senyuman kegembiraan kepada Seren.

"Kak Seren! Jom main bola ni!" Tunjuk Arsh dengan wajah yang ceria.

"Urmm! Jom kak Seren!" Pelawa Serena sambil menarik-narik lengan baju Seren.

Seren tersenyum dan bersetuju bermain dengan mereka.

Mereka bermain bola dengan pelbagai terlatah. Hanya kedengaran ketawa mereka yang tidak henti-henti. Tawa mereka dengan bunyi air tasik seiring sehingga tercipta melodi harmoni.

Hari semakin malam.

"Ok! Cukup-cukup! Mari balik dah dekat malam ni." Seren berkata.

Mereka berdua bersetuju. Mereka mencuci muka dan kaki di pinggir tasik.

"Nah air!." Seren memberi sebotol air mineral kepada adiknya.

Arsh duduk disebelah Seren. Mereka memerhati terlatah Seren yang kusyuk minum air mineral.

"Arsh." Seren memanggil Arsh tanpa memandangnya tapi ia tahu Arsh memandangnya.

"Arsh sayang Serena tak?"

"Urm!" Arsh menjawab sambil mengangguk.

"Sayang sangat!" Seren senyum kecil dengan jawapan Arsh.

"Akak minta tolong sesuatu dari Arsh boleh?"

"Apa dia?"

"Arsh sayang akak tak?"

Pahlawan Lagenda (Memori hilang)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora